sejarahsek.gif (7445 bytes)
bar44.gif (3405 bytes)
[ Home ] [ Bicara GB ] [Bicara PPD] [ Pengenalan ] [ Sejarah ] [ Pentadbiran ]
[ Kurikulum ] [ KoKurikulum ] [ Staf ] [ Takwim ] [ PIBG ] [ Lencana ]
[ Forum ] [ Jalinan ] [ WebMaster ]

dominic21953.JPG (19583 bytes)

Gambar kenangan pada hari pertama persekolahan pada 7hb Januari 1953. Merupakan satu-satunya sekolah Inggeris pertama di Lahad Datu ketika itu yang mempunyai 47 pelajar berdaftar. En Michael Yong
( bertanda X ) merupakan guru pertama yang bertugas di sekolah ini.

 

Nama sekolah ini adalah sempena nama Rev. Father Dominic Bekema. Secara
rasminya sekolah ini dimulakan pada 7 Januari 1953. Sehubungan dengan itu
Rev. Father Dominic Bekema bertugas sebagai penyelia kepada sistem
pembelajaran di sekolah ini dan En C.S Rajayah sebagai penasihat sekolah.

Pada mulanya pentadbiran sekolah dijalankan oleh En Michael Yong berserta
pembantunya En Chong Yui Choi. Mereka berdua merupakan guru pertama
yang mengajar di sekolah ini. Pada tahun 1954 jawatan guru besar telah
disandang oleh En Chong Yui Choi sehingga tahun 1955.

Pada 30 Disember 1955 Rev Father John Clementi telah dihantar ke Lahad Datu
bagi menyelamatkan sekolah ini daripada ditutup. Dengan daya usaha beliau,
sekolah ini dapat diperbesarkan dan bilangan pelajar telah bertambah.

Pada tahun 1956, Rev Father John Clementi dan Rev Father Chee telah
mengusahakan bagi mendirikan sebuah lagi bangunan dua tingkat. Jumlah kelas
juga telah ditambah.  Di tingkat bawah dijadikan kelas dan bahagian atas
dijadikan gereja dan rumah paderi.

Pada tahun 1963 sehingga 30 Jun 1971 En Joseph Chelaya memegang jawatan
guru besar dan diganti oleh En Peter Tang Wang sehingga tahun 1997. Dan
jawatan guru besar kini disandang oleh En Michael Naning Achoi.

Gambar Kenangan SK St Dominic

email_bagus.gif (3221 bytes)
Sekiranya anda mempunyai maklumat sejarah SK St Dominic atau gambar
kenangan sekolah ini, sila hantar melalui email di atas atau menghubungi
pihak kami melalui telefon.
Terima Kasih!!!