Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan Selamat
Sejahtera. Setinggi-tinggi
tahniah dan terima kasih diucapkann kepada pihak pengurusan SK St Dominic
yang telah berjaya membina laman web rasmi sekolah dan memberi ruang kepada saya di
Bicara PPD ini. Usaha ini adalah bertepatan dengan hasrat pihak kementerian untuk
menjayakan
sistem pendidikan bertaraf dunia dan meningkatkan lagi imej sekolah ini dalam arus
pendidikan
masa kini.
Sesungguhnya penglibatan pihak
sekolah dalam dunia internet dan multimedia ini amat
dialu-alukan terutamanya sekolah-sekolah di daerah Lahad Datu ini selain berusaha gigih
untuk
meningkatkan pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum. Ia akan memberi kesan yang positif
terhadap warga pendidik dan pelajar-pelajar.
Perkembangan teknologi maklumat atau IT di
mana teknologi internet merupakan antara elemen
utamanya yang semakin popular seharusnya digunakan oleh warga pendidik dengan sebaik-
baiknya dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar. Pihak sekolah juga boleh berhubung
antara satu sama lain atau mendapatkan maklumat-maklumat terkini melalui jaringan
internet.
Akhir kata, sekali lagi saya
mengucapkan syabas dan tahniah kepada sekolah ini dan semoga
usaha murni ini akan memberi sesuatu yang terbaik buat warga pendidik dan para pelajar
dalam
menghadapi cabaran pendidikan di alaf baru.
Sekian, terima kasih.
" Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia "
Saya yang ikhlas,
( EN GIMSON ABDAN )
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu,
Lahad Datu, Sabah.
20 Mei 1999 |