Sejuk-Sejuk Angin Kuala [MCKK Magazine 1983]
by Farid Nawawi

Buat Amir, bersama senyum dan tangismu serta seribu kenangan yang meruntun hati.

Lima musim berlalu, lima bicara aku dengari, Iima lagu aku nikmati namun segalanya berlalu terlalu pantas untuk aku jadikan memori. Segala-galanya bermula di hujung jemari ibu. Tatkala rnentari petang tersenyum dan airmata meniti antara lurah-lurah pipinya yang berkerut dimamah zaman. Aku lalu memeluk ibu dan sebuah janji kupahatkan pada dinding hati. Ibu lirikkan sekuntum senyum. Di penjuru matanya yang rnasih bergenang jernih, kuperhatikan ada secangkir kemurnian yang mengepal seribu restu. Maka aku pun mengertilah, sebenarnya ibu terlalu sayang padaku.

Masih terlalu segar dalam ingatan malam pertama ku di Prep School. Dalam common-room kami diperkenalkan buat pertamakalinya apa itu kehidupan mengikut ertikata yang sebenarnya. Malam itu aku duduk di belakang saja sambil dalam hatiku menyumpah-nyumpah gelaqat abang-abangku di depan yang nampaknya seronok dan bangga menengking dan menakut-nakutkan rakanku yang lain Ah Pedih hatiku dan tanpa kusedari setitik airmata berderai di lantai pecah ratusan fragmen yang membiru menjadi ratusan kenangan; dan pada malam itu juga tatkala berbaring di ranjang, angin kuala datang berbisik padaku buat pertamakalinya rnembawa pesanan dad rembulan maka jadilah mereka rakan-rakanku yang paling setia.

Kini hampir enam puluh kali bulan hamil dan remangnya yang mengulit-ulit setiap tiang bata kuningsusu di sini telah niengajarku menjadi pejuang, pencinta dan pencita. Dalam perjuanganku untuk membina cinta pada bangsa dan menggamit cita, aku jadi perindu dan pemuja, anehnya bulan juga mengajarku jadi pemalu; malu pada manusia-manusia seperti mereka, juga aku dan warna-warna yang mencorakkan dunia kecilku.

Malam terlalu kelam lantas Iagi kesepian rnengajakku menjadi manusia pengelamun... kenangan meruntun hati.

Semalam kuperhatikan adik berlari-lari lagi di padang hijau yang luas itu. Sambil tersenyum riang dia menendang sebiji bola bujur antara dua palang tinggi. Sebenarnya aku mengenali adik Iewat semusim lalu. Tatkala itu die baru kenal bau nyaman udara kental Kolej Melayu dan aku pun awal-awal petang lagi sudah berada di gelanggang itu memerhati dan sesekali mengajarnya care bermain dengan betul. Kini setelah malu berganti mesra aku mula memahami perasaan dan hatinya dan aku pun mengertilah adik sepertiku juga harus menyayangi dan perlu disayangi. Semoga berbahagialah rnereka!

Kesepian tiba-tiba temoda bila sebuah jeritan menikam keheninqan yang masih dara lagi malam ini. Lantas aku tersenyum memikirkan tentang manusia-manusia yang menjadi terlalu gah dan alpa dengan kekuasaan mereka. Mereka lantas tidak meletakkan diri mereka sebagai sebahagian dari komuniti Kolej Melayu tetapi sebagai satu kuasa luar yang bermaksud untuk menawannya. Malah mereka juga bercakap tentang peperangan dengan komuniti KoIej Melayu sendiri sambil melupalcan hakikat bahawa sekiranya mereka rnenang dalam peperangan itu, mereka juga meletakkan diri mereka di pihak yang kalah. Alangkah ceteknya pemikiran kita.

Kadangkala aku menjadi hairan pula bila tiba hari Jumaat. Perasaan tidak puas hati serta cernaan-cernaan yang berupa kata-kata kesat seringkali dilemparkan apabila nama-nama mereka diumumkan kerana dikenakan ‘confinement’. Pelaiar-pelajar seperti ini tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri kerana kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan sebaliknya menuduh pihak herkuasa sebagai tidak adil dan penindas ala-Yahudi. Maka timbtillah konfrontasi yang hangat antara kedua belah pihak di mana bakat-bakat pembahas yang tidak pernah diketahui timbul dengan hujah-hujah spontan. Ekoran dari konfrantasi ini, kegagalan dan kekecewaan sedngkali membawa kepada ledakan-ledakan emosi yang panah lantas tingkap-tingkap kaca dan dinding tandas menjadi mangsa-mangsa tak berdosa.

Seharusnya aku tidak tenlalu optimis ke atas pihak-pihak berkuasa. Pemah satu ketika dulu aku juga berada di sebelah pihak yang tertindas. Hanya untuk mengabdikan beberapa momen manis bersama adik tatkala embun pagi mula menintik, aku telah diajukan dengan tuduhan-tuduhan melulu lantas aku dihukum dengan sekerasnya tanpa kenal-pasti lagi. Dari pemerhatianku, satu kesimpulan telah aku ikat ketat, bahawa Kolej Melayu kini sudah tidak mampu lagi melahirkan putera-putera pemimpin yang benar-benar layak dan berkaliber.

Nun dari sayup kejauhan malam terdengar peluit keretapi seolah mengajakku pulang. Sahutan burung-burung malam semacam mengalu elegi nindu. Rakan sestudiku sudah lama lena tentu sekali. Kedinginan udara pagi mula mendakap sekujur tubuh kurusku yang hanya dibaluti sehelai kain kusam dan baju tidur kumal.

Sejak dari dulu lagi, bila pertamakaji kakiku menjejak bumi kuala. aku telah digelari dengan nama penuntut Kolej Melayu. Masyarakat meletakkan nama itu ditahap yang terlalu tinggi dari hakikat kebenarannya sehinggakan apabila kami menemui kegagalan dalam apa juga bidang, kegagalan itu dianggap sebagai satu kemustahilan dan tidak dapat pada logiknya berlaku. Lantas watak-watak kami di serongkan. Tidak dapat aku nafikan bahawa tanpa sedar, kegagalan-kegagalan itu adalah benpunca dan sikap kolejian kebekangan ini. Ketidakacuhan dalam pelajaran dan ketidaksungguhan bermain merupakan epidemik-epidemik merhahaya yang menyerang kolejian berakibat dari rasa tertindas dan kongkongan yang berpunca dari perubahan-perubahan mendadak pada kolej ini.

Kita adalah pelajar-pelajan yang tenpisah, bukan dan kampung (petai dan tempoyak) tetapi terpisah dari masyarakat untuk lahir dalam satu masyarakat baru yang akan membimbing pelajar-pelajar elit kaum Melayu ini untuk menjadi pemimpin-pemimpin tangan sawo rnatang dimasa hadapan. Dengan itu kita tidak harus berlaku tidalc adil tenhadap nama dan kebanggaan Kolej Melayu itu kerana Kolej Melayu adalah kita dan kita adalah Kolej Melayu!

Angin kuala silir-semilir yang berhembus dari hilir datang lagi menesah-nesah resah membawa utus dari kejauhan. Bisiknya nun di hujung belantara sang unggas berbicara tentang kemanusiaan. Maka bila berbicara tentang kemanusiaan aku pun menjadi hairan dan aib memikinkan bagaimana makhluk Allah yang digelar unggas itu lebih mengerti akan kemanusiaan dari manusia sebenarnya sendiri. Alangkah aftakurnya manusia ini

.:main .:9599inc .:mckk-comnet .:links .:database .:virtus .:articles .:classified .:about mckk .:downloads .:about
MCNET developed and designed by
9599inc. Articles, graphics and information listed here are property of MCNET unless stated.
For further enquiries, contact the webmaster at
n3a@9599.org