PROGRAM SEKOLAH KE KERJAYA (SKK)
| tanaman sentang | rasional sentang | tanaman jati | tanaman orkid | program skk |
| taman_burung | makmal_komputer | keceriaan & kemudahan | akuarium_ikan | membudaya AlQur'an |


Salah satu agensi  latihan SKK ialah di makmal komputer sekolah sendiri. Banyak komputer rosak yang perlu dibaiki segera.

pelajar SKK menjalani latihan mantainance dan troubleshooting komputer diselia oleh En. Anuar (staf makmal)

PENDAHULUAN :

Program Sekolah Ke Kerjaya (SKK) telah dijalankan dibeberapa buah sekolah terpilih. Diantara yang terpilih ialah SMK Tengku Mahkota Muar, Johor. Program SKK SMK Tengku Mahkota Muar ini telah dimulakan pada bulan Januari 1999. Pengambilan pertama adalah daripada kalangan pelajar tingkatan 4 yang mendapat pencapaian peperiksaan PMR 4 D kebawah dan kelas ini telah dinamakan Tingkatan 4 SKK.

Pada peringkat awal seramai 25 orang pelajar yang terdiri daripada 22 lelaki dan 3 perempuan telah menyertai program ini. Mereka telah ditempatkan di beberapa agensi yang dipohon berdasarkan minat para pelajar dan kini jumlah pelajar ini (5 SKK) adalah berjumlah 20 orang iaitu 17 leleki dan 3 perempuan.

 Pada tahun 2000 ini, seramai 38 orang pelajar baru telah mengikuti program ini iaitu 10 pelajar lelaki dan 28 pelajar perempuan. Ini menjadikan jumlah pelajar 5 SKK dan 4 SKK yang mengikuti program ini ialah seramai 58 orang pelajar. 

Para pelajar telah ditempatkan dibeberapa buah agensi bagi menjalani LTK iaitu pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula jam 9.30 pagi hingga jam 4.30 petang  pada hari-hari persekolahan.

 KONSEP SKK

SKK ialah satu program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi mengembangkan potensipelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan kemahiran bolehguna melalui pengalaman tempat kerja. Program latihan diadakan dengan kerjasama pihak agensi luar.

 OBJEKTIF SKK

 1.      Untuk membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan pembelajaran staraf dengan kebolehan dan keupayaan mereka dari segi akedemik. 

2.      Untuk mengembangkan potensi dan kemahiran bolehguna pelajar melalui pengalaman tempat kerja. 

3.      Untuk memanfaatkan masa pelajar di peringkat sekolah menengah terutama untuk mereka yang berpencapaian rendah akedemiknya.

 OBJEKTIF P&P

1.     
Membantu pelajar yang berpencapaian rendah menguasai tajuk-tajuk tertentu dalam huraian sukatan pelajaran bagi mata pelajaran teras dan elektif di tingkatan 4 dan 5. 

2.      Membantu guru menyediakan pelajar berpencapaian rendah menduduki peperiksaan SPM dan memperolehi kelulusan yang staraf dengan keupayaan mereka.

PEMILIHAN PELAJAR

1.      Pelajar memperolehi 4 D Ke bawah dalam PMR

2.      Berminat untuk menyertai program SKK

3.      Mempunyai rekod kedatangan yang memuaskan di sekolah

4.      Mendapat persetujuan / kebenaran ibu bapa/ penjaga

 
PAKEJ PEMBELAJARAN

1.      Pakej pembelajaran program SKKmengandungi dua kompenan :-

 ·         Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)            ·         Latihan Tempat Kerja (LTK)

 

PAKEJ MATA PELAJARAN

PELAJARAN TERAS                     PELAJARAN ELEKTIF 

Bahasa Melayu                              Perdagangan

Bahasa Inggeris                             Pendidikan Seni

Sains

Matametik

Sejarah

Pen.Islam / Bahasa Cina

 

PROSEDUR PROGRAM

 1.      Pelajar-Pelajar yang lulus 4 D Ke bawah dalam peperiksaan PMR dan ditempatkan dalam satu kelas.

 2.      Perbincangan diperingkat pentadbiran sekolah yang terdiri daripada Pengtua, GPK 1, GPK HEM, Penyelaras Program SKK, Ketua Panitia Mata Pelajaran , Kaunselor dan  AJK yang dilantik.

 3.      Membuat ujian minat kerjaya dan temuduga terhadap pelajar berkenaan.

 4.      Berbincang dengan pelajar tentang program SKK yang akan diadakan. 

 5.      Berbincang dengan ibu bapa/ penjaga tentang program SKK.

 6.      Meminta ibu bapa / penjaga pelajar terlibat dengan program SKK mengisi borang  (surat kebenaran ibu/bapa)

 7.      pelajar-pelajar diminta mengisi borang prosedur / peraturan dan surat akuan. 

 8.      menghubungi agensi agensi yang sedia menerima pelajar-pelajar yang terlibat dengan program ini untuk diberi latihan kemahiran.