RASIONAL PENANAMAN SENTANG
| tanaman sentang | rasional sentang | tanaman jati | tanaman orkid | program skk |
| taman_burung | makmal_komputer | keceriaan & kemudahan | akuarium_ikan | membudaya AlQur'an |

Penyerahan anak sentang dari bekas pengetua (Pn. Waginah) kepada bekas YDP PIBG (Tn. Hj. Saparmin) Bekas pengetua Pn. Waginah melancarkan penanaman pokok sentang.

Sentang atau nama saintifiknya "Azadirachta Rexcelsa" sejenis spesis balak yang boleh ditanam bagi tujuan komersil. Keistimewaan pokok ini ialah dari segi pertumbuhan yang cepat dan boleh ditebang selepas lima tahun. Pokok Sentang yang berumur lima tahun mempunyai diameter batangnya antara 20cm hingga 30cm yang jelas mengatasi pertumbuhan pokok-pokok lain seperti jati, pine dan mahagony. Harganya di pasaran ialah sekitar RM400.00 setan

Matlamat : Menambahkan dana PIBG Sekolah
Rasional : - SMKTM mempunyai kawasan lapang dan tanah kosong seluas hampir 0.4 hektar. -Tanah dan saliran yang sesuai bagi tanaman pokok sentang.
-Tidak memerlukan penjagaan yang rapi dan bebas dari serangan serangga
-Usia pembesaran pokok adalah singkat iaitu antara 5 tahun hingga 10 tahun dengan penjagaan yang paling minimum.
- Permintaan kayu untuk industri perabot dan pembinaan yang sentiasa meningkat.

Mengikut kajian oleh Pertubuhan Peladang Segamat Utara , 0.4 hektar (1,210 batang pokok dengan jarak tanaman 6' X 6 ' ) boleh menghasilkan jualan kayu balak berjumlah RM199,700.00 dengan kos sebanyak RM6,241.00 dalam masa 10 tahun.
Anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi 0.4 hektar adalah seperti berikut :

Perbelanjaan

Tahun 1 RM
Benih (1,210 pokok X RM1.50) 1,815.00
Pembangunan Tanah 200.00
Upah menanam (1,210 X RM0.60) 726.00
Baja 150.00
Penagaan 100.00
Lain-lain 100.00
Jumlah 3,091.00

 

Tahun 2 - 10 RM
Baja (RM150.00 X 9 Tahun ) 1,350.00
Penjagaan / pemangkasan

900.00

Lain-lain

900.00

Jumlah 3,150.00

Pendapatan

Tahun 6 ( 605 pokok X RM80.00 RM48,400.00
Tahun 8 (302 pokok X RM200.00) RM60,400.00
Tahun 10 (303 pokok X RM300.00) RM90,900.00
Jumlah RM199,700.00




Untung/Rugi

Pendapatan sehektar RM199,700.00
Perbelanjaan

RM 6,241.00

Untung RM193,459.00

Sumber : (PP Segamat Utara )