Tiada siapa yang dapat
menerangkan dengan tepat asal-usulnya. Dalam kehidupan manusia, ia mempunyai sejarahnya
yang tersendiri. Tiada sejarawan yang sastera yang dapat memastikan tentang bermulanya
puisi.
Walaupun begitu, pada
awalnya disedari bahawa pengucapan yang puitis ini telah lahir dalam bentuk rangkap yang
primitif daripada beberapa kegiatan dan upacara suku bangsa awal. Bangsa-bangsa yang tidak
mempunyai sastera tertulis telah menggunakan bentuk-bentuk yang puitis, berirama dan indah
dalam beberapa perayaan suku bangsa mereka.
Puisi yang awal mungkin ada
hubungannya dengan muzik dan tarian. Apabila satu satu suku bangsa atau suku kaum itu
mengalami peristiwa atau bencana besar seperti peperangan, perpindahan, banjir dan
seumpamanya, maka sudah menjadi semacam kebiasaan bagi mereka untuk mengabadikan
peristiwa-peristiwa itu dalam bentuk tarian dan nyanyian.
Apakah puisi? Mengikut:
(1) Samuel Taylor Coleridge
Puisi adalah kata-kata terbaik dalam
susunan terbaik.
(2) Edgar Allan Poe
Puisi adalah adalah ciptaan
tenteng sesuatu keindahan dalam bentuk berirama. Citarasa adalah unsur yang diutamakan.
Hubungan dengan budaya intelek atau dengan suara hati hanya merupakan hubungan yang
selari. Jika bukan secara kebetulan, ia tidak ada kena mengena langsung sama ada dengan
tugasnya atau dengan kebenaran.
(3) William Wordsworth
Puisi adalah pengucapan
yang imaginatif dari perasaan yang mendalam, biasanya berirama....... pengucapan secara
spontan tentang perasaan yang memuncak timbul dari daya ingatan ketika berada dalam
keadaan tenang.
(4) Matthew Arnord
Puisi........ kritikan
tentang kehidupan menurut keadaan yang ditentukan oleh kritikan untuk kritikan itu sendiri
melalui beberapa peraturan tentang keindahan dan kebenaran yang puitis.
(5) Theodore Watts-Dunton
Puisi adalah satu
pengucapan yang konkrit dan artistik tentang fikiran manusia melalui penggunaan bahasa
yang emosional dan berirama.
(6) Andrew Bradley
Puisi yang sebenar adalah
terdiri daripada rangkaian pengalaman tentang bunyi, imej, pemikiran dan emosi - yang kita
alami sewaktu kita membacanya dengan cara sepuitis mungkin.
(7) Edwin Arlington
Robinson
Puisi adalah bahasa yang
menyampaikan sesuatu yang sukar hendak dinyatakan, tidak kira sama ada puisi itu benar
atau sebaliknya.
(8) Auden
Puisi lebih merupakan
pernyataan perasaan yang bercampur-baur.
(9) Shelley
Puisi adalah rakaman
detik-detik yang paling indah dalam hidup kita (manusia)
(10) H. B. Jassin
Puisi merupakan pengucapan
dengan perasaan yang didalamnya mengandungi fikiran-fikiran dan tanggapan-tanggapan
(11) Baha Zain
Puisi tidak berbicara
segalanya dan tidak kepada semua. Ia adalah pengucapan suatu fragmen pengalaman dari suatu
keseluruhan seorang seniman.
(12) Muhammad Hj. Salleh
Puisi adalah bentuk sastera
yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Dalam segala
kekentalan itu, maka puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana.
(13) Shahnon Ahmad
Puisi adalah rekod dan
interpritasi pengalaman manusia yang penting dan digubah dalam bentuk yang paling
berkesan.
(14) Usman Awang
Puisi bukanlah nyanyian
orang putus asa yang mencari ketenangan dan kepuasan dalam puisi yang ditulisnya. Taoi
puisi ialah satu pernyataan sikap terhadap sesuatu atau salah satu atau keseluruhan
kehidupan manusia.
(15) A. Samad Said
Puisi pada hakikatnya
adalah satu pernyataan perasaan dan pandangan hidup seorang penyair yang memandang sesuatu
peristiwa alam dengan ketajaman perasaannya. Perasaan yang tajam inilah yang menggetar
rasa hatinya, yang menimbulkan semacam gerak dalam daya rasanya. Lalu ketajaman tanggapan
ini berpadu dengan sikap hidupnya mengalir melalui bahasa, menjadilah ia sebuah puisi,
satu pengucapan seorang penyair.
Demikian beberapa pendapat
tentang erti puisi daripada beberapa penyair, pengkaji dan pengkritik yang terkenal dalam
bidang puisi.
Dan daripada
pendapat-pendapat yang kita telah kumpulkan itu ada beberapa ciri yang kalau kita padukan
kesemuanya maka lahirlah garis kasar tentang pengertian puisi yang sebenarnya.
Ciri-ciri itu antara
lainnya termasuklah imaginasi, pemikiran, idea, nada, iarama, kesan pancaindera,
susunkata, kata-kata kiasan, kepadatan, perasaan, perasaan yang bercampur-baur dan
sebagainya. Dan bila pula diperhalusi lagi ciri-ciri ini, maka puisi boleh kita bahagikan
kepada tiga eleman pokok iaitu; ( 1 ) Isi ( pemikiran, idea dan emosi ) ( 2 ) Bentuk ( 3 )
Kesan. Dan kesemua elemen ini tercakup menerusi satu media iaitu bahasa.
Apakah fungsi puisi?
-Matthew Arnold
Puisi merupakan
keistimewaan tersendiri, ia memberikan sumbangan kepada perbendaharaan pengalaman atau
pengetahuan manusia.
-Aristotle
Puisi yang bersifat tragis
berupaya membersihkan kerohanian manusia melalui rasa simpati atau belas kasihan
-Maliere
Puisi mampu memperbetulkan
manusia ke arah jalan yang lurus disamping menggelikan hati.
-Shelley
Puisi memperkuatkan organ
moral manusia sama seperti pendidikan jasmani yang memperkuatkan urat-urat dalam badan,
dan puisi juga cuba membawa kita untuk melihat apa yang kita tidak berupaya melihat ,
untuk mendengar apa yang tak terdaya kita dengar.
-Waldo Emerson
Puisi mengajar sebanyak
mungkin dengan kata-kata sedikit mungkin.
-Shahnon Ahmad
Puisi adalah untuk
menyemarakkan kesedaran. Umtuk memanusiakan kembali manusia itu, meninggikan budi pekerti,
membentuk perwatakan dan juga membangkitkan semangat untuk bertindak.
-Usman Awang
Puisi adalah untuk
menimbulkan kesedaran atau keinsafan dalam diri dan hati
kesimpulannya, puisi
ternyata besar makna dan gunanya kepada kehidupan kita. Ia mampu membawa perutusan atau
pesanan, baik secara langsung mahu pun tidak. Ia juga mampu membentuk penyair dan
masyarakatnya semula. Ia boleh mengembalikan kemanusiaan manusia yang kian pudar. Dan apa
yang nyata, puisi bukan ' as escape from life' tapi ' as escape into life'.
BERSAMBUNG