" Manusialah yang mencipta masalah,
dan dialah yang tentunya dapat menyelesaikan masalah masalah itu
atau berupaya mencapakkannya ke dalam laut jika boleh. "

( William James )

PENDEKATAN PEPERIKSAAN

KESUSASTERAAN
MELAYU

( SPM )

wb01059_.gif (1899 bytes)

Beberapa perkara yang menjejaskan markah

Tulisan tidak boleh dibaca
Kesalahan ejaan yang keterlaluan
Penguasaan bahasa lemah
Menjawab dalam bentuk nota ringkas
Tidak menyatakan bahagian yang dijawab

wb01059_.gif (1899 bytes)

TEKS PROSA

wb01059_.gif (1899 bytes)

Soalan konteks / petikan / pemahaman

  1. Soalan jenis ini biasanya dipecahkan kepada beberapa bahagian. Oleh itu calon-calon perlulah menyatakan bahagian-bahagian yang dijawab. Jawapan yang diberi tidak perlu meleret
  2. Oleh kerana isi jawapan bagi soalan sebegini adalah mengenai peristiwa/isi/maksud, aspek sastera dan nilai/unsur, calon-calon perlu beri perhatian kepada:

Soalan-soalan berbentuk pernyataan

  1. Markah akan diberi kepada ' fakta yang disokong dengan contoh '
  2. Antara soalan jenis ini :
  • bina fakta yang mengandungi pengajaran/saranan/nasihat
  • bentuklah ayat jenis mengajar.
  • gunakan kataganti ' kita ' dan ' lah ' semasa membuat penyataan
  • berikan contoh kiranya diminta oleh soalan
  • Nyatakan fakta / penyataan persoalan
  • berikan contoh walaupun tidak diminta
  • Biasanya merangkumi soalan-soalan tentang nilai / unsur kemanusiaan, kemasyarakatan, moral, Islam, sejarah, positif dan sebagainya.
  • calon-calon perlulah menyatakan nilai atau unsur yang disoal
  • selitkan peristiwa-peristiwa daripada teks yang menggambarkan nilai atau unsur sebagai contoh.

Soalan tentang gaya bahasa.

  1. calon-calon perlu menyatakan aspek-aspek bahasanya.
  2. bagi aspek-aspek tertentu, selitkan contoh.
  3. tumpukan kepada aspek-aspek :
  • bahasa sesuai / seimbang dengan suasana
  • sintaksis ayat ( pendek / sederhana / panjang )
  • dialog ( panjang / sederhana / pendek )
  • ragam / unsur bahasa
  • personafikasi
  • metafora
  • semile
  • dialek / pinjaman / kata asing
  • sinkof
  • pengulangan
  • ironi
  • paradoks
  • dan lain-lain

Soalan tentang tema / pemikiran

  1. Penyataan tema / pemikiran, dan
  2. huraikan tema / pemikiran yang dinyatakan.

Soalan tentang plot dan teknik penulisan.

  1. jenis plot ( kronologi atau tidak kronologi ) dan jelaskan maksudnya
  2. jalinan /struktur plot ( permulaan, perkembangan, peleraian cerita )
  3. unsur / teknik plot ( imbas kembali, imbas muka, klimeks, anti klimeks, kejutan, kebetulan dan sebagainya )
  1. Soalan yang meminta calon-calon membicarakan unsur plot atau teknik penulisan seperti imbas muka, imbas kembali, ketegangan dan sebagainya, calon-calon perlulah terlebih dahulu memahami kehendak soalan. samada meminta calon-calon menghurai / memberi:

Soalan tentang watak dan perwatakan

  1. sifat luaran watak ( fizikal )
  2. sifat dalaman watak ( psikologi )
  1. Perlukisan secara langsung, dan
  2. Perlukisan secara tidak langsung

Soalan jenis perbandingan.

  1. Jawapan boleh dibuat satu persatu atau secara berselang-seli.
  2. Elakkan daripada membuat perbandingan secara sebelah menyebelah.
  3. Jawapan juga perlu memperlihatkan perbandingan. Oleh itu gunakan ` kata banding '.
  4. Tumpukan jawapan kepada:
  • tema / pemikiran
  • plot
  • watak / perwatakan
  • bahasa
  • latar / setting / situasi
  • bentuk ( untuk puisi )

 

Home || Back || Up

wb01059_.gif (1899 bytes)

TEKS PUISI

wb01059_.gif (1899 bytes)

 

Soalan tentang isi / maksud

  • perkataan / rangkaikata
  • baris / rangkap
  • keseluruhan isi

Soalan mengenai tema / pemikiran.

  1. Calon-calon perlulah memperkatakan DUA aspek berikut:

Soalan tentang struktur / bentuk.

  1. huraian bentuk
  2. membuktikan bentuk
  1. Jenis bentuk ( distichon, terzina, quatrain, quint, sextet, septime, oktavo, soneta, bebas)
  2. Bilangan bahagian dalam puisi (jika ada)
  3. Bilangan rangkap dalam puisi
  4. Jumlah baris setiap rangkap
  5. Keseimbangan baris (dengan memberi jumlah perkataan/sukukata yang digunakan oleh penyair)
  6. Rima akhir (tradisi / separuh bebas / bebas). kemukakan juga contoh rima puisi itu.
  7. kesimpulan perbincangan itu. ( tradisi/separuh tradisi / bebas)

Soalan tentang gaya bahasa.

  1. huraian gaya bahasa puisi
  2. pengertian / definisi unsur / gaya bahasa
  1. Calon-calon perlulah membincangkan:
  • personafikasi
  • metafora
  • semile
  • imejan
  • ironi
  • invesi
  • pengulangan
  • sinkof
  • dan lain-lain unsur bahasa

( selitkan contoh yang sesuai dari teks )

Soalan tentang nada dan perasaan.

  1. Nyatakan jenis perasaan yang terhasil daripada puisi tersebut. ( marah, kesal, simpati, kecewa, sedih dan sebagainya )
  2. Secara ringkas huraikan sebab timbulnya perasaan-perasaan itu dengan menyelitkan contoh yang berkaitan dengan perasaan yang dinyatakan .
  1. Nyatakan jenis nada yang terdapat dalam puisi tersebut (murung, romantis, patriotik, sinis dsb)
  2. Huraikan sebab/alasan timbulnya nada tersebut dari aspek:

Soalan tentang unsur / nilai

  1. Nyatakan unsur atau nilai yang terdapat dalam puisi itu.
  2. Buat huraian dengan memetik contoh daripada puisi.
  1. bincangkan juga unsur bahasa puisi itu (lihat ragam / unsur bahasa)
  2. bincangkan unsur bunyi yang terdapat dalam puisi tersebut ( rima akhir, asonansi, alitrasi dll )
  3. secara ringkas huraikan nadanya

Soalan perbandingan.

  1. Tema / pemikiran dan persoalan
  2. Pengajaran / mesej
  3. Unsur / nilai:
  4. Kemanusiaan
  5. Kemasyarakatan
  6. Moral

Home || Back || Up || Next

wb01059_.gif (1899 bytes)

Serambi | Diriku | Famili | Warung | Koleksi | Link | Carian