" Andainya sejarah dapat mencatatkan kesalahan sahaja
dan tidak merekodkan pencapaian yang dibuat oleh tokoh-tokoh,
nescaya kita tidak menemui seorang pun yang boleh dinamakan tokoh yang agung. "

( Napoleon Bornaparte )

ANTOLOGI PUISI

LUKISAN ZAMAN

Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada || Perasaan || Bunyi || Keindahan || Mesej || Perbandingan

ISI DAN MAKSUD

Soalan 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Soalan begini seringkali meminta pelajar-pelajar memberi satu huraian makna atau maksud atau erti :

- perkataan, rangkaikata atau baris
- rangkap atau keseluruhan isi sesebuah puisi

2. Pelajar-pelajar perlulah membuat hurian dengan jelas dan gunakan bahasa biasa yang padat dan ringkas.

3. Ketika menghurai, berikan penjelasan kepada unsur bahasa seperti kiasan, metafora, semile atau perlambangan yang terdapat dalam puisi tersebut.

4. Semua kata nama ganti seperti aku, engkau, dia, kita dan sebagainya yang terdapat dalam puisi itu hendaklah diberi penjelasan tentang objek atau benda yang di maksudkan sebenarnya.

5. Sekiranya soalan yang disoal itu adalah puisi yang berbentuk simbolik, pelajar-pelajar digalakkan supaya memberi maksud yang tersirat.

CONTOH SOALAN 1

Baca dengan teliti Sajak " PADA TANAH YANG INDAH ( M/S 63) " oleh A. Samad Said, kemudian huraikan maksud baris-baris berikut:

(a). Dalam mata yang bersih merayap cahaya yang jernih
(b). Dalam hari berlari berbaja kasih di hati
(c). Azam besi berumbi: melebur penjajah di bumi!
(d). Dalam rindu berpadu, hitam dendam terpendam

CADANGAN ISI JAWAPAN

(a) Dalam kesedaran yang semakin meluas turut pula lahir harapan yang baik

(b) Dalam perubahan waktu dan masa yang semakin cepat perasan kasih semakin pula timbul dengan mendalam

(c) Tekad dan keazaman semakin bertambah kuat dan teguh untuk menghapuskan kuasa penjajah di tanah air

(d) Dalam perasaan rindu dan cinta yang semakin mendalam lahir sama perasaan benci yang telah lama ujud tersimpan di hati.

CONTOH SOALAN 2

Baca dengan teliti Sajak " KE MAKAM BONDA ( M/S 61 ) " oleh Usman Awang, kemudian terangkan maksud rangkap ketujuh tanpa mengubah makna asalnya.

CADANGAN ISI JAWAPAN

Penyair menegaskan bahawa bakti dan perngorbanan ibunya yang telah lama meninggal dunia itu tidak sama dengan bakti yang diberikan kepada ibunya. Ibunya memberikan rasa kasih sayang yang tiada beza dan batsan kepada dirinya, adik-adik serta seluruh keluarganya. Bagi penyair, sikap begini adalah sikap manusia yang paling tinggi, suci dan amat mulia nilainya.

CONTOH SOALAN 3

Baca dengan teliti Sajak " GUNUNG PAGI ( M/S 101 ) " oleh Muhammad Haji Salleh, kemudian terangkan maksud rangkap pertama tanpa mengubah makna asalnya.

CADANGAN ISI JAWAPAN

Penyair bangkit dari tidur pada waktu pagi sebelum matahari terbit. Pada waktu itu kabut pagi masih lagi menyelubungi pelantar rumahnya dan puncak gunung yang berdekatan dengan rumah penyair masih lagi berkabus putih. Anjing penyair juga masih lagi tidur di bawah para kerana keletihan memanjat anak tangga dan mengikuti penyair melawat kebun jagung dan memancak pancang tanda kebun kacang kelmarin.

CONTOH SOALAN 4

Telitikan " PANTUN SINDIRAN DAN KIASAN ( M/S 12 ) " nyatakan maksud yang terdapat dalam pantun tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

Rangkap Pertama

Sekiranya kita takut menghadapi sebarang cabaran dan risiko dalam perjuangan yang akan kita tempuh atau pekerjaan yang akan kita lakukan ada lebih baiknya kita tidak usah melakukannya.

Rangkap Kedua

Walaupu hati dan perasaan kita terharu dan sayu melihat penderitaan dan kesusahan yang dialami dan dihadapi oleh orang lain tetapi bagi orang yang menanggung segala penderitaan dan kepayahan itu tentunya berlebihan lagi merasakan keperitan itu.

Rangkap ketiga

Kita tidak perlu terburu-buru dan kurang sabar dalam melakukan sesuatu perkara yag kita sendiri belum tentu pasti mendapatkannya.

Rangkap keempat

Kita perlu sabar dan jangan bertindak terburu-buru membuang atau melupakan sesuatu yang telah menjadi milik kita, cuma semata-mata mengharapkan pengganti yang masih belum pasti kita perolehinya.

CONTOH SOALAN 5

Berdasarkan sajak " MASIHKAH KAU BERMAIN SERULING ( M/S 135 ) " oleh Zurina Hassan, apakah seruan penyair kepada rakan-rakannya golongan seniman/penyair?

CADANGAN ISI JAWAPAN

Penyair menyeru:

1. Supaya jangan terlalu asyik memperkatakan tentang perkara-perkara yang melibat kan persoalan diri sahaja sehingga mengabaikan persoalan-persoalan yang berlaku di luar diri.

2. Supaya peka kepada masalah-masalah yang berlaku di kampung-kampung. Di kampung sawah padi terbiar dan tidak dapat diusahakan dengan sempurna. Di kampung juga kehijauan serta keindahanya telah hilang akibat cuaca kering.

3. Agar rakan-rakannya sedar akan gejala-gejala buruk yang berlaku di kota/bandar. Anak-anak muda yang inginkan kenikmatan hidup yang berhijrah dari kampung menjadi penganggur dan telah hilang keluhuran budi bahasanya.

4. Supaya peka yang bangsa Melayu berpecah-belah akibat fahaman politik yang berbeza.

5. Supaya sedar yang dunia semakin parah akibat perang dan pembunuhan berlaku di mana-mana.

6. Supaya sedar yang peranan golongan seniman/penyair adalah melibatkan semua hal di atas itu.

CONTOH SOALAN 6

Apakah nasihat-nasihat golongan tua kepada golongan muda yang terdapat dalam " SYAIR PESANAN AYAHANDA ( M/S 31 ) "

CADANGAN ISI JAWAPAN

Golongan tua menasihati golongan muda supaya:

1. Segala suruhan dan perintah ketua ( raja ) hendaklah dipatuhi dengan hati yang ikhlas dan penuh dedikasi.

2. Setiap pekerjaan yang dilakukan perlulah dilaksanakan dengan gigih, jujur dan ikhlas zahir dan batin.

3. Bila sudah berpangkat dan menjadi orang besar atau kenamaan perlulah berbudi bahasa dan bersopan-santun supaya tidak dibenci oleh orang lain atau masyarakat.

4. Setiap tutur kata yang dilafazkan mestilah beradat. Tingkah-laku juga perlu dijaga supaya sopan disamping sentiasa bersabar dan menjaga hati dan perasaan orang lain.

5. Lakukanlah perkara-perkara yang boleh menyenangi hati orang lain kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang bijak dan akan termasyhur serta disanjung ramai.

6. Dengarkanlah nasihat orang tua dan waspada dengan godaan syaitan. Dalam pergaulan, bergaullah dengan orang-orang yang baik dan berakal. Jauhkanlah diri kita daripada orang-orang yang tidak berakhlak.

7. Berfikirlah dengan waras dan ikutilah pesanan serta didikan guru supaya setiap tutur kata dan perlakuan kita menjadi tertib, sopan dan tidak liar seperti anjing pemburu.

8. Sekiranya tutur kata dan tingkah-laku kita kasar dan kita juga tidak mempunyai perasaan malu kepada orang lain, nescaya semua orang akan benci.

9. Orang-orang yang memiliki sikap di atas adalah orang yang tidak berakal cuma menganggap diri sendiri saja yang pandai dan betul. Mereka ini adalah orang yang menunjukkan sifat takburnya tanpa mengira tempat. Akibatnya mereka akan sentiasa bermusuhan dengan sesiapa sahaja.


Soalan 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6

wb01059_.gif (1899 bytes)

Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada || Perasaan || Bunyi
Keindahan || Mesej || Perbandingan

wb01059_.gif (1899 bytes)
Serambi | Diriku | Famili | Warung | Koleksi | Link | Carian
Home || Up || Next