Kepercayaan : Satu perbahasan umum..
Seorg ahli falsafah pernah menekankan bahawa manusia memerlukan sesuatu untuk dipercayai untuk menjadi manusia.  Kepercayaan yang disandarkan mondorong manusia  meningkatkan status hidupnya dari satu tingkat ke tingkat yang lain.  Samada kepercayaan itu adalah kepercayaan yang karut atau benar, ia  adalah menjadi lumrah bahawa manusia tidak boleh hidup tanpa pegangan yg berbentuk kepercayaan. Imbasan kembali ke atas tamadun-tamadun agong dunia yg pernah muncul dari abad ke abad membuktikan realiti ini.

Pada asasnya, kepintaran pemikiran yg dimliki manusia tidak dapat membatasi keperluan 'untuk mengetahui' sesuatu ke atas segala yg terjadi disekelilingnya.  Lantaran dari sifat  itu, mendorong manusia mengenal satu kepercayaan asas tentang alam.  Iaitu, alam mempunyai satu hukum tertentu yang menyebabkan ianya bergolak dan berevolusi sedemikian.  Itu adalah kepercayaan asas manusia. Kepercayaan yang menyebabkan manusia akur bagaimana sebiji benih dapat  menjadi sebatang pokok yg besar dlm jangka masa tertentu.
Dengan memahami hukum asas tersebut, pemikiran manusia meronta-ronta untuk mengkaji bagi mendapatkan jawapan bagaimana hukum alam tersebut terlaksana.  Dan siapakah disebalik pelaksanaan hukum tersebut ?  Oleh itu, timbul  dan bercambah berbagai teori dan ideologi yang menjadi kepercayaan kepada penganutnya.

Sedikit penilaian....
Melihat kepada sebatang pokok yang merimbun, kita akur bahawa pokok tersebut tidak akan hidup tanpa empat asas yang utama.  Tanpa air, tanpa udara, tanpa cahaya dan tanpa tanah.   Pokok membesar dan mati dengan satu keharusan hukum alam.  Ia tidak boleh melanggari hukum tersebut.   Ketidakupayaannya untuk berfikir lantaran tidak mempunyai akal,  menjadikannya satu penganut yang taat kepada hukum alam (taat kepada Pelaksana hukum alam).  Begitu juga manusia, beliau tidak boleh hidup tanpa empat asas di atas.  Tetapi adakah beliau seorang yg taat kepada hukum alam, kepada Pelaksana hukum alam  ?  Minda dan kebolehan berfikir menjadi perkara utama yang membezakan antara manusia dan pokok.  Antara manusia dan makhluk yang lain.   Akal manusia yang terbatas membawa manusia menerokai sesuatu yang terlintas di pemikirannya. Beliau memerlukan sesuatu untuk menerajui akal dan pemikirannya supaya mendapat jawapan atas apa yang diterokainya.   Beliau memerlukan satu 'kepercayaan'.  Sesuatu yang boleh disandarkan.

Agama sebagai satu kepercayaan.  Konsep agama adalah amat luas menyelubungi keseluruhan corak hidup manusia.  Manusia telah dicipta dengan akal sebagai peneroka, dan agama sebagai pembimbing dlm penerokaan itu.  Dengan itu, konsep kepercayaan dan agama tidak boleh terpisah atau dipisahkan untuk mencari sesuatu jawapan mengenai kehidupan.

Apa yang ingin saya tekankan disini ialah penganut yang TAAT adalah mereka yang telah mendapat jawapan dlm penerokaannya tentang hidup dan mancapai satu mertabat merelakan dirinya disabit dengan hukum atas kepercayaan (agama) yang dipercayainya.   Akal pemikiran manjadi selari dengan kepercayaan dlm agamanya, telah sebati dengan hukum yg dipercayainya.  Beliau akan menjadi seperti pokok di atas, iaitu taat tanpa upaya untuk melanggari hukum tersebut kerana mengetahui natijah yg bakal dialami jika melanggarinya.   Bagi pokok....akibat  pelanggaran hukum itu.....ialah kepupusan.  Bagi manusia...akibatnya..?  Itu terpulang kepada individu terhadap apa yg dipercayai dlm agamanya.  Oleh itu marilah kita luangkan masa untuk berfikir adakah kita seorang yg taat yg mencapai mertabat sedemikian.  Adakah kita telah mendapat jawapan  dlm kehidupan kita ini..?    Jika tidak, bermakna konsep kepercayaan dlm diri kita masih lemah dan perjalanan untuk kita mencapai martabat itu masih jauh........ jawapan masih kabur.
 


Kembali ke....
[ DuniakuArtikel 2Artikel 3Artikel 4 ]
 
Copyright1999Naza