| Fahaman barat satu penilaian.... |
Rasul kita nabi Muhammad s.a.w telah
meninggalkan warisan rohani dan kebudayaan yg agung, yang telah menaungi
dunia dan memberi arah kepada kebudayaan dunia selama dalam beberapa
abad yang lalu. Warisan yang telah memberi pengaruh besar pada masa lampau
ini dan pastinya begitu jua untuk masa depan ialah kerana ia adalah agama
yg benar dan meletakkan dasar kebudayaan berdasarkan wahyu Allah, metoda
ilmu pengetahuan dan rasional akal. Dengan ini kita maklum akan perbezaaan
ketara antara barat dan Islam.
Apa yang saya lihat, kebudayaan
barat telah menghasilkan satu pemikiran yg secara tidak langsung
memisahkan antara perasaan manusia dengan pemikiran manusia, antara pemikiran
metafizik dengan ketentuan - ketentuan ilmu positif (realiti) yg berlandaskan
tinjauan dan penyelidikan materalisma. Dengan demikian, masalah
rohani dan spiritual adalah dianggap sebagai masalah yang bersifat
peribadi semata-mata. Maka timbul satu pemikiran materialisma
dimana ukuran ekonomi adalah ukuran kejayaan. Jatuh dan bangunnya sesuatu
bangsa adalah diukur dengan ukuran ekonomi. Pengaruh pemikiran
ini berjaya mencetuskan ideologi dimana ekonomi adalah dasar bagi kehidupan
dan ia adalah penentu kepada kebahagiaan umat. Secara tidak langsung
erti kepercayaan (dan agama) dalam kehidupan umum dianggap tidak penting
dalam menambah jalan bagi umat manusia mencapai kebahagiaan.
Bila ini berlaku dalam realiti
dunia sekarang maka tidak hairan bagi kita melihat keangkuhan barat menindas
bangsa2 lain dengan menggunakan kekuasaan ekonomi. Sebagai analogy,
umpama saya dan saudara berebut sekeping biskut. Dengan kurangnya
kekuatan rohani dan dibelenggu dengan nafsu haiwani maka kita berebut dan
bersaing untuk mendapatkan biskut tersebut, dengan itu kita sama2 menunggu
kesempatan yg baik untuk mendapatkan biskut itu. Secara tidak langsung,
saya dan saudara adalah lawan yang bersaing dan tidak dilihat sebagai teman.
Apa yang saya ingin tekankan disini, ialah manusia itu sebenarnya mempunyai
etika haiwani dalam diri. Apabila kita meletakkan pegangan dalam
konsep keuntungan semata - mata, ciri-ciri perikemanusiaan, cinta dan persaudaraan
akan lenyap. Begitulah yang terjadi kepada negara2 yg telah ditindas
dari segi ekonomi apabila pengaruh pemikiran yg berkonsepkan ekonomi mengatasi
nilai rohani dan agama.
Dewasa ini ialah bukti
yg paling nyata terhadap apa yg saya sebutkan. Pertentangan dan persaingan
ialah gejala pertama dalam ekonomi sekaligus menjadi gejala asas dalam
kebudayaan barat. Kalau kita lihat dari fahaman individualisma, buruh
akan bersaing dengan buruh, pemilik modal bersaing dengan pemilik
modal. Buruh dan pemilik modal pula adalah dua lawan yg sentiasa
bersaing. Pendukung fahaman ini berpendapat bahawa persaingan dan
pertentangan ini akan membawa kepada kebaikan dan kemajuan kepada
umat manusia. Menurut mereka ini akan meransang mereka supaya bekerja
lebih tekun serta menjadi dasar yg adil dalam membahagikan kekayaan.
Dalam fahaman sosialisma pula,
mereka mempercayai bahawa ia adalah satu keharusan alam dimana pejuangan
kelas harus disudahi dengan kekuasaan berada ditangan kaum buruh.
Selama mana persaingan dan perjuangan mengenai harta itu dijadikan pokok
kehidupan, selama pertentangan antara kelas itu wajar, maka
pertentangan antara bangsa juga wajar. Dari sinilah munculnya
konsep nasionalisme itu dengan sendirinya memberi pengaruh yg menentukan
terhadap sistem ekonomi. Apa yang saya maksudkan disini ialah apabila
adanya perjuangan bangsa-bangsa untuk menguasai harta itu wajar,
bagaimana mungkin perang dapat dicegah dan perdamaian dapat dijamin ?
Dan saya menyakini bahawa fahaman kapitalisma adalah serupa atau lebih
buruk natijahnya dari fahaman-fahaman ini. Bagaimana mungkin kita
mengelak dari fahaman2 ini apabila ia telah sebati dengan jiwa dunia dimana
unsur2 yang dibawa adalah lebih kepada unsur material semata - mata tanpa
dilindungi oleh unsur rohani atau spiritual ?
Barat telah pergi kepada satu
peringkat dimana mereka tercari - cari pegangan baru yg dapat menyelamatkan
mereka dari terus terjerumus ( dari penyembahan harta). Mereka mempercayai
akan kebangkitan Islam dalam satu masa yg akan datang, tetapi tidak
ingin menerima hakikat untuk mempercayai bahawa kekuasaan baru yg bakal
menjelma itu akan datang dari Islam. Saya dengan yakin mempercayai
hakikat kebangkitan ini berdasarkan kepercayaan bahawa tamadun dan budaya
Islam ini didirikan diatas kekuatan rohani dan prinsip - prinsip kehidupan
yg murni. Dan atas dasar inilah yg akan menjamin sesuatu kebudayaan
itu dari terus runtuh. Barat tentunya maklum dengan perkara ini dan
menjalankan pelbagai helah untuk menghancurkan Islam. Saya tidak
mahu menyentuh tentang helah yang dibawa oleh barat dalam perbincangan
ini.
Saya percaya bahawa lagi keras
Islam itu ditindas maka lagi kuat Islam itu akan bangun.(seperti yang kita
lihat dalam sejarah nabi membangunkan umat). Kini kita berada dalam
situasi yang sedemikian (yg kuat ditindas). Oleh itu marilah kita
memberi saham kepada kebangkitan Islam ini. Memberi sokongan
dan dokongan jihad kepada jalan Allah. Moga apa yang kita usahakan
diterima Allah sebagai antara jihad umatnya terhadap agama yg direhdaiNya.