Idealisma generasiku
 

Mukaddimah

Idealisma adalah satu terbitan istilah  seorang falsafah terkenal zaman Greek,  Plato, yg menghurai maksud  'idealism' sebagai sesuatu yang wujud pada realiti.  Dan membataskan bahawa semua perkara yang lain adalah refleks atau biasan daripada  idea.  Beliau menambah dengan tegas bahawa idea yang paling baik adalah idea yang menjurus kepada kebaikan.  Beliau percaya,  sesiapa yang mencapai hakikat idealisma yg baik adalah wajar untuk  menggunakan kemahiran tersebut  'to serve humanity'.   Lawan kepada 'idelism' adalah 'materialism' yg meletakkan material sebagai realiti sebenar dalam kehidupan.
Jika Idealisma diungkapkan dalam falsafah Islam, maka definisinya lebih terperinci dan mendalam.  Setiap idealisma itu bersangkut paut bukan hanya kepada manusia tetapi berhubung terus kepada yg Maha Esa.  Lantaran itu,  ketelusan dari segi niat,  uslub, manhaj dan pelaksanaan idea adalah perlu selaras dengan syariat Islam.

Memandangkan idealisma adalah sesuatu yang  amat penting dan merupakan satu wawasan kepada halatuju perjuangan, maka ia perlu dipupuk dan disemai dari peringkat umbi lagi.
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisaa', ayat 9 yg bermaksud:
"Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, seandainya meninggalkan dibelakang mereka zuriat  keturunan yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan mereka).  Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar".
"Jika kamu ingin merenung masa depan umat, lihatlah generasi mudanya pada masa kini"
                                                                  Filasuf terkenal,  Muhammad Iqbal
Daripada dua peringatan diatas, saya menyimpulkan kepada perlunya keperluan idealisma yg benar dipupuk ke atas generasi muda agar kelansungan perjuangan dapat diteruskan.
Dewasa ini, berbagai - bagai idealisma samada berbentuk fahaman politik, ekonomi dan sosial  di momokkan sehingga tercetus kekeliruan dan percanggahan prinsip dalam jati diri generasi ini.  Ini mengakibatkan ramai generasi muda yang masih samar dengan tujuan hidup dan khayal dalam permasalahan yang bukan bersifat ummah serta   hanyut dalam keuntungan peribadi.  Persoalan yang timbul disini ialah,   apakah idealisma yang bersifat pragmatik dan praktikal untuk generasi ini dan bagaimanakah cara yg berkesan dalam membangkitkan kesedaran terhadap idealisma tersebut?

Saya ingin menghuraikan persoalan ini dalam lingkungan bangsa melayu, jesteru itu,  pemerhatian khusus perlu diberikan untuk mencari kekuatan lingkungan ini (bangsa melayu) sebelum terus membicarakan perihal idealisma.

............ bersambung dalam artikel seterusnya  (Melayu dan Islam : Olahan sejarah) ..
 

"Jika idealisma tidak dipupuk, maka perjalanan generasiku masih jauh"
 

Kembali ke....
[ DuniakuArtikel 1Artikel 2Artikel 4 ]