Kesusasteraan

tulisan atau karangan
yang indah bahasanya
dan baik isinya.


Perkembangan kesusasteraan Jawa bermula dengan kesusasteraan Jawa Kuno yang mengandungi unsur-unsur Hindu yang amat ketara terutamanya di dalam puisinya yang dipanggil kekawin.
Namun begitu unsur Hindu menjadi semakin berkurangan pada zaman kesusasteraan Jawa Tengahan.
Pengarang mula mencari jati dirinya dengan menggunakan unsur-unsur tempatan yang terdapat di sekeliling mereka.
Pada zaman Kesusasteraan Jawa Baru yang dikenali sebagai zaman Surakarta awal muncul bentuk penulisan baru.
Pada zaman ini karya sastera Jawa Kuno telah di salin semula dalam bentuk Jawa Baru, manakala dalam kesusasteraan Jawa Moden pula Balai Pustaka telah berperanan penting dalam menerbitkan buku-buku untuk bacaan kanak-kanak.

 

 

LATAR BELAKANG
PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN JAWA

Oleh: yusmilayati


>>Kesusasteraan Jawa Kuno

 

 

 

Kesusasteraan Jawa Kuno

Kedatangan orang Hindu telah membawa bersama mereka bahasa Sanskerta dan bentuk-bentuk penulisan sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. Hindu bukan setakat pada karya tetapi juga pada tinggalan candi-candi yang mendapat inspirasi daripada teks Ramayana sebagaimana candi Panataran dan candi Prambanan.

Kekawin merupakan suatu bentuk puisi yang digubah menurut aturan irama tembang India. Kata kekawin ini berasal daripada kata ¡°Kawi¡± yang bermakna pandai atau bijaksana. Perkataan ¡°Kawi¡± kemudiannya telah membentuk kata ¡°Kavya¡± yang bermaksud kebijaksanaan. Di dalam bahasa Jawa kuno kata ¡°Kawi¡± telah membentuk kata ¡°Kekawin¡± yang bererti kebijaksanaan. Akhirnya karya dari orang yang empunya kebijaksanaan ini dipanggil kekawin, tetapi kini lumrahnya kekawin bermaksud karya yang berbentuk puisi. Hal ini dapat dilihat pada hasil-hasil tinggalan pada zaman ini seperti Kekawin Ramayana, Kekawin Arjunawiwaha, Kekawin Smaradhahana dan Kekawin Bharata Yudha.

Di antara kekawin-kekawin tersebut, Kekawin Ramayana yang selalu menduduki tempat yang terhormat. Kekawin ini merupakan kekawin yang paling panjang pada zaman Jawa-Hindu. Usaha menyalin karya ini memakan banyak masa dan tenaga dan inilah bukti yang menunjukkan ia sebuah karya yang terkenal. Sebuah edisi kritis telah diterbitkan oleh
H. Kern pada tahun 1900. Edisi ini disusuli dengan terjemahan dalam bahasa Belanda yang dimulai oleh sarjana yang sama dan diselesaikan sesudah kematiannya oleh H. Juynboll. Kekawin ini menceritakan kisah percintaan antara Rama dan Sita. Mereka terpaksa menghadapi pelbagai cubaan, cabaran, halangan dan peperangan untuk hidup bersama. Peristiwa-peristiwa tersebut yang menjadikan kekawin ini menarik dan memberi pengajaran kepada khalayak.

Menurut Boris Parnickel kekawin-kekawin yang cukup panjang (ratusan rangkap) yang meniru sebuah genre puisi Sanskerta, yang disebut kawya, adalah hasil daripada usaha golongan pendeta Jawa yang turun menurun menyesuaikan bahasa Jawa lisan dengan tradisi tulisan bahasa Sanskerta dan bahasa Melayu Kuno. Usaha itu rupanya dimulai dengan pemilihan dan penterjemahan (secara prosa) daripada beberapa tulisan Sanskerta yang kebanyakannya bersifat keagamaan, seperti mantra, stava, sastra, dan purana.



Kekawin

Setiap karya kekawin terdiri daripada beberapa bab atau sarga dan setiap sarga mempunyai bait-bait yang dikenali sebagai ¡°pada-pada¡± dengan jumlah yang tidak menentu. Setiap bait ini terdapat empat baris yang dipanggil ¡°caturpada¡±. Pada setiap baris pula harus mempunyai jumlah suku kata yang telah ditentukan irama panjang pendek yang telah ditetapkan.

Sasterawan Jawa rajin memilih, meniru dan menyadur beberapa jenis kesusasteraan Sanskerta, dan boleh dikatakan mereka menguasai pelbagai bentuk yang luhur daripada kesusasteraan itu. Pada waktu yang sama sasterawan-sasterawannya juga sering mendekati kesusasteraan Sanskerta seolah-olah sebagai sastera lisan mereka sendiri. Pengolahan daripada kebudayaan India di Jawa amat terserlah dalam kesusasteraan Jawa kuno, menyebabkan Rabindranath Tagore sewaktu berkunjung ke Jawa berkata: ¡°Di mana-mana pun saya melihat India yang tidak dapat kukenal!¡±. Zoetmulder pula memberi pandangan bahawa watak-watak kekawin Jawa kuno pada hakikatnya adalah orang Jawa, cara berfikir dan tindak tanduknya bersifat Jawa dan latar belakangnya Jawa, walaupun semua itu diselimuti nama-nama dan kata-kata Sanskerta yang beratus jumlahnya.

 

 

Pembentukan candrasangkala itu mempunyai dasar atau pedoman yang disebut guru.
Guru itu mempunyai lapan bentuk iaitu:

i.    Guru ¨C dasanama. Jika ertikata sama atau bersamaan dengannya maka nilai bilangannya sama pula.
ii.   Guru ¨C sastra. Jika tulisannya sama meskipun ertinya tidak sama mempunyai nilai bilangan yang sama,
      misalnya : esti ¨C gajah, esti ¨C fikiran ¨C 8.
iii.  Guru ¨C wanda. Jika wanda, katanya ada yang sama nilai bilangannya, misalnya : dadi dan waudadi ¨C 4.
iv.  Guru ¨C wanga. Jika segolongan, sekeluarga maka nilai bilangannya sama pula, misalnya : ular, buaya,
       kerana termasuk reptilia maka sama-sama mempunyai nilai 8.
v.    Guru ¨C karja. Sesuatu barang yang af¡¯al (perbuatannya) mempunyai nilai bilangan yang sama, misalnya : mripat (mata)        dengan mandeng (melihat) sama dengan 2, pendeta dengan pitutur (nasihat) sama dengan 7.
vi.   Guru ¨C sarana. Sarana atau alat nilai bilangannya sama dengan penggunannya, misalnya : ilat (lidah) dengan rasa (perasaan)        sama dengan 6.
vii.  Guru ¨C darwa. Sifat-sifat barang mempunyai nilai bilangan yang sama dengan barang yang mengandungi sifat itu, misalnya :        panas dengan geni (api) sama dengan 3.
viii. Guru ¨C djarwa. Kata dengan tafsiran (sama djarwa) mempunyai nilai bilangan yang sama, misalnya : retu (kata susastera)        oleh djarwanya : obah, oreg, geger (gempur dan sebagainya) sama dengan 6.