*Tembang gedhe atau Kawi

berasal dari puisi India Kuno dalam Kesusasteraan Jawa Kuno dan ia disebut sebagai kekawin. Ia mempunyai jumlah dan jenis yang banyak. Antaranya ialah citramengeng, Kusumawicitra, Sardulawi Kridita, Jagadpramudita, Sikarini dan sebagainya. Akan tetapi yang lazim digunakan di dalam kitab-kitab Jawa baru hanyalah Girisa. Walaupun begitu jenis yang lain masih digunakan tetapi tidak di dalam bentuk karangan tembang. Ia dipakai di dalam nyanyian pengantar dalam suatu irama gamelan dan suluk atau dikenali sebagai bawa. Girisa mempunyai lapan baris dan setiap baris mempunyai lapan suku kata. Contoh girisa adalah seperti berikuit:- 

 Anak putu angestokna (8a) 
 warah wuruke si bapa (8a)
 aja na ingkang sembrana (8a)
marang wuruke wong tuwa (8a)
ing lahir batin den bisa (8a)
anganggo wuruke bapa (8a)
teguhana jroning nala (8a)
pada nedyaa santosa (8a) 

Terjemahannya:-         
Anak cucu camkanlah,
nasihat-nasihat ayahanda,
jangan ada yang sembrono,
terhadap nasihat orang tua,
jika dapat lahir batin,
lakukanlah nasihat ayahanda,
teguhkanlah dalam hati, 
usahakanlah olehmu agar sentosa.

 

LATAR BELAKANG
PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN JAWA

Oleh: yusmilayati


>>Kesusasteraan Jawa Kuno

 

 

 

Kesusasteraan Jawa Tengahan

Kesusasteraan Jawa Tengahan dikatakan bermula pada zaman kegemilangan kerajaan Majapahit hingga abad 17. Walaupun kebanyakan karyanya masih ada persamaan dengan Kesusasteraan Jawa Kuno dan masih kuat berbau Hindu namun pada tahap ini pengarang Jawa sudah mula mencari jati dirinya dengan menukar corak penulisan kepada elemen-elemen tempatan. Pada masa ini bentuk kekawin sudah mulai pudar malahan bentuk ini sudah diganti dengan penggunaan kidung.

Kidung adalah puisi Jawa asli walaupun masih dijumpai vokal panjang tetapi tidaklah sebanyak yang ditemui di dalam kekawin. Ia juga turut dikenali sebagai tembang atau nyanyian. Sementara itu nama tembang dalam kidung pula amat bergantung kepada jumlah baris dalam bait dan vokal akhir pada setiap baris. Bahasa yang digunakan di dalam kidung ialah campuran Jawa Kuno dengan Jawa Baru tetapi susunannya masih menurut cara kuno dengan memakai *Tembang Gedhe yang sudah menyimpang iramanya seperti Kidung Subrataka yang muncul pada zaman Jawa Tengahan.

Sangtabyana ta pakulun
rancana cipta kumawi
Panji prakasa tembange
Ki Subrataka kang winuwus
luputa ring lara roga
nirmala waluya jati
luputta ring pamurung
luputta ring baya pati.

 

Terjemahannya:

Bahagialah tuanku
kisah cubaan akan dinyanyikan
dengan lagu panji prakasa
Ki Subrata yang dikisahkan
moga-moga terluput dari malapetaka
nirmala dan sihat wal¡¯afiat
luput dari halangan
luput dari bahaya maut.


Pada tahap akhir kebanyakan kesusasteraan Jawa tengahan ini sudah menampakkan penggunaan tembang macapat yang sehingga kini masih popular digunakan namun tembang macapat pada waktu ini kurang baik caranya jika dibandingkan dengan karya-karya pada zaman Jawa Tengahan.



Tembang Macapat

Tembang macapat merupakan puisi Jawa yang digunakan untuk mengisahkan kejadian sejarah, falsafah pendidikan ataupun cerita-cerita panji atau tidak. Tembang-tembang ini sering dinyanyikan menurut irama-irama tertentu baik disertai gamelan atau tanpa gamelan. Justeru itu menembang tidak dapat dipisahkan dengan seni suara.

Jika dibandingkan dengan puisi tradisional memang tidak ada persamaannya kerana pada masyarakat umum Melayu kini, mereka hanya boleh berpantun dan bersyair kerana kedua-duanya mempunyai struktur dan hukum-hukum yang khusus, tetapi tentang bahasa berirama yang lain seperti yang ditemui dalam teks-teks lipur lara memang tidak ada yang mengetahui bagaimana cara untuk menggubahnya seperti yang terdapat dalam Hikayat Malim Deman. Jika dilihat pada penggubahan tembang macapat pula, boleh dikatakan seseorang yang boleh menembang akan tahu perbedaan di antara tiap-tiap tembang. Hal ini disebabkan setiap tembang di dalam kelompok tembang macapat mempunyai struktur, hukum dan irama yang sudah ditentukan. Misalnya tembang dari jenis ¡°Kinanti¡± yang mempunyai enam baris dengan lapan suku kata pada setiap baris. Bunyi hujung setiap baris juga ditentukan:-

Baris i ¡-.. 8u
Baris ii ¡-.. 8i
Baris iii ¡-.. 8a
Baris iv ¡-.. 8i
Baris v ¡-.. 8a
Baris vi ¡-.. 8i39


Setiap jenis tembang ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan isinya bergantung kepada pengarangnya sama ada ia berbentuk cerita, nasihat, cerita yang menggembiran atau kasih sayang. Contohnya pada permulaan setiap hikayat Jawa sering menggunakan jenis tembang dhandhanggula dan jika isinya mengenai babak-babak asmara jenis asmaradana pula akan digunakan. Cara ini dapat diperhatikan di dalam setiap karya kesusasteraan Jawa yang digunakan hingga kini seperti Kitab Layang Semaun, Panji Jayengtilem, Panji Sekar dan sebagainya. Sebenarnya terdapat lima belas jenis tembang di dalam kelompok tembang macapat dan ianya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1. Tembang macapat atau tembang cilik. Jenis-jenisnya ialah Kinanti, Pucung, Asmaradana,     Mijil, Maskumambang, Pangkur, Sinom, Dhandhanggula dan Durma.
2. Tembang tengahan atau tembang dagelan. Jenis-jenisnya ialah Gambuh, Megatruh     (duduk-wuluh), Balabak, Wirangrong dan Jurudemung.
3. Tembang gedhe atau Kawi. Jenisnya hanya satu iaitu Girisa.

Pada zaman Jawa Tengahan ini teknik penulisan Hindu sudah mulai berkurangan dan pengarang Jawa sudah mendapatkan corak jati diri merka sendiri secara menampilkan tokoh-tokoh tempatan seperti yang terdapat pada watak-watak Panji. Tidak dapat dinafikan unsur moral seperti yang terdapat dalam Ramayana dan Mahabharata masih terus dikekalkan. Bagaimanapun sebahagian besar daripada keistimewaan Kesusasteraan Jawa Tengahan itu berakar kepada tradisi kesukuan Jawa yang menipis dan mencernakan hasil-hasil daripada kebudayaan India yang dipinjam oleh kesusasteraan Jawa, dan pengasingan kesusasteraan Jawa dari dunia luar yang makin terserlah dapat memperkuatkan tendensi itu.



Pembentukan candrasangkala itu mempunyai dasar atau pedoman yang disebut guru.
Guru itu mempunyai lapan bentuk iaitu:

i.    Guru ¨C dasanama. Jika ertikata sama atau bersamaan dengannya maka nilai bilangannya sama pula.
ii.   Guru ¨C sastra. Jika tulisannya sama meskipun ertinya tidak sama mempunyai nilai bilangan yang sama,
      misalnya : esti ¨C gajah, esti ¨C fikiran ¨C 8.
iii.  Guru ¨C wanda. Jika wanda, katanya ada yang sama nilai bilangannya, misalnya : dadi dan waudadi ¨C 4.
iv.  Guru ¨C wanga. Jika segolongan, sekeluarga maka nilai bilangannya sama pula, misalnya : ular, buaya,
       kerana termasuk reptilia maka sama-sama mempunyai nilai 8.
v.    Guru ¨C karja. Sesuatu barang yang af¡¯al (perbuatannya) mempunyai nilai bilangan yang sama, misalnya : mripat (mata)        dengan mandeng (melihat) sama dengan 2, pendeta dengan pitutur (nasihat) sama dengan 7.
vi.   Guru ¨C sarana. Sarana atau alat nilai bilangannya sama dengan penggunannya, misalnya : ilat (lidah) dengan rasa (perasaan)        sama dengan 6.
vii.  Guru ¨C darwa. Sifat-sifat barang mempunyai nilai bilangan yang sama dengan barang yang mengandungi sifat itu, misalnya :        panas dengan geni (api) sama dengan 3.
viii. Guru ¨C djarwa. Kata dengan tafsiran (sama djarwa) mempunyai nilai bilangan yang sama, misalnya : retu (kata susastera)        oleh djarwanya : obah, oreg, geger (gempur dan sebagainya) sama dengan 6.