|
Kesusasteraan tulisan atau karangan Perkembangan kesusasteraan Jawa bermula dengan kesusasteraan Jawa
Kuno yang mengandungi unsur-unsur Hindu yang amat ketara terutamanya
di dalam puisinya yang dipanggil kekawin.
|
| >>Kesusasteraan
Jawa Kuno |
|
Pembentukan candrasangkala itu mempunyai dasar atau pedoman yang disebut guru.
Guru itu mempunyai lapan bentuk iaitu:i. Guru ¨C dasanama. Jika ertikata sama atau bersamaan dengannya maka nilai bilangannya sama pula.
ii. Guru ¨C sastra. Jika tulisannya sama meskipun ertinya tidak sama mempunyai nilai bilangan yang sama,
misalnya : esti ¨C gajah, esti ¨C fikiran ¨C 8.
iii. Guru ¨C wanda. Jika wanda, katanya ada yang sama nilai bilangannya, misalnya : dadi dan waudadi ¨C 4.
iv. Guru ¨C wanga. Jika segolongan, sekeluarga maka nilai bilangannya sama pula, misalnya : ular, buaya,
kerana termasuk reptilia maka sama-sama mempunyai nilai 8.
v. Guru ¨C karja. Sesuatu barang yang af¡¯al (perbuatannya) mempunyai nilai bilangan yang sama, misalnya : mripat (mata) dengan mandeng (melihat) sama dengan 2, pendeta dengan pitutur (nasihat) sama dengan 7.
vi. Guru ¨C sarana. Sarana atau alat nilai bilangannya sama dengan penggunannya, misalnya : ilat (lidah) dengan rasa (perasaan) sama dengan 6.
vii. Guru ¨C darwa. Sifat-sifat barang mempunyai nilai bilangan yang sama dengan barang yang mengandungi sifat itu, misalnya : panas dengan geni (api) sama dengan 3.
viii. Guru ¨C djarwa. Kata dengan tafsiran (sama djarwa) mempunyai nilai bilangan yang sama, misalnya : retu (kata susastera) oleh djarwanya : obah, oreg, geger (gempur dan sebagainya) sama dengan 6.