Keluaran Keempat (3 Februari 1997)

    Menyusur era teknologi perkongsian maklumat
    DI MANAKAH KITA?

    IPDA, BANDAR DARULAMAN, 3 Feb.

    Kini telah tujuh bulan kita bersama-sama mengharungi suka duka, pahit getir sebagai ‘pelajar dewasa’ dalam usaha untuk memperlengkapkan diri dalam menyusuri arus era teknologi maklumat. Banyak ilmu yang diperolehi, berbagai pengalaman yang sama-sama kita alami. Kita tidak seharusnya berpuashati (complacent) dengan apa yang telah kita capai setakat ini. Ini kerana, semakin banyak yang kita tahu, makin banyak pula rasanya ‘kita tahu apa yang kita tidak tahu!’

    Dalam dunia teknologi, inilah fenomena yang terpaksa kita hadapi. Teknologi bergerak begitu pantas menyebabkan kita sering ketinggalan di belakang. Secara relatifnya, bagi setiap teknologi baru yang berjaya kita kuasai, tiga atau empat teknologi yang lebih baru dan canggih akan muncul. Perkembangan pesat teknologi dilihat seolah-olah tidak berpenghujung. Oleh itu, pada hari ini, pada saat ini, sudi-sudilah bertanya kepada diri, di manakah kita?

    Baru-baru ini, YAB Perdana Menteri dah ‘ketuk-ketuk’ pintu Kementerian Pendidikan, nak intai tengok apa persediaan kementerian dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar ‘fasih’ komputer (bukan setakat celik komputer). Nak isi 50,000 tenaga mahir multimedia dalam Koridor Raya Multimedia. Kalau setakat 5 orang, TM2pun boleh hantar wakil, tapi 50,000 dalam masa dua hingga lima tahun... Tak kan nak panggil Bangla dan Indon jugak?

    Hari ini masih ada di antara kita berbangga dengan ‘kebolehan’ menyebut MSC, multimedia, teknologi maklumat, Internet dan sebagainya. Bagaimana dengan kebolehan kita dalam bidang-bidang berkenaan? Takkan dengan menghantar hompej kita ke www, kita rasa dah cukup. Ini bukan kes fardhu kifayah, kalau ada orang lain buat, kita tak payah. Bukankah lebih afdhal jika ‘orang lain’ itu adalah kita sendiri? Kita buat, kita libatkan diri. Jadilah ‘information technologist’ yang sebenarnya bukan sekadar ‘rhetoric information technologist’.

    Kita mungkin akan kembali ke sekolah beberapa bulan lagi (dan yang bernasib baik - mungkin dua tahun lagi). Selama kita berada di sini, mungkin ada di kalangan pelajar yang kita tinggalkan di sekolah dulu, sudah begitu ‘asyik-masyuk’ dengan Internet di rumah. Kita di sini masih berteori-teori

    Katakanlah bila kita balik nanti, ada pelajar yang mintak tolong kita hantarkan hompej yang disediakannya ke WWW. Takkan nak beritahu, “Cikgu belum beli modem lagi...” atau “Komputer yang cikgu order, tak sampai-sampai lagi...”. Alahai, parah kita! Itu tidak mengambil kira rakan-rakan guru yang ‘begitu sabar’ menunggu kepulangan kita semata-mata nak mengenakan kita. Pastinya, akan ada yang meminta kita melakukan kerja-kerja Super-cyber dan memerlukan kita menjadi 'Super-sabar'! Percayalah..

    Maka, izinkan sekali lagi, bertanya di manakah kita?

    TM2 Tangkap Kontrak Selenggara Bilik Selenggaraan Komputer

    Pada 22 Januari yang lalu, TM2 Electrical Wizards Sdn. Bhd. (TEW) (satu lagi anak syarikat TM2) telah berjaya menangkap kontrak menyelenggara sistem pencahayaan bilik Selenggaraan Komputer. Kerja-kerja selenggaraan diketuai oleh pengurus TEW, Sdra. Zainal dan dibantu beberapa kakitangan sokongan termasuk PRO yang menjadi mandor.

    Menurut jurucakap TEW, sistem pencahayaan bilik berkenaan perlu diupgrade. Ini bagi membolehkan peserta yang menyertai bengkel selenggaraan komputer dapat memasang semula komputer tanpa sebarang skrew berlebihan.

    TeknoMedia melangkah setapak lagi

    TeknoMedia TM2 telah ‘dilantik secara rasmi’ oleh Ketua Jabatan B&K Tuan Haji Ismail Ahmad sebagai perekabentuk tidak rasmi kepada Jabatan B&K. Sehingga kini, TeknoMedia telah dipertanggungjawabkan merekabentuk kulit buku program Penyuburan Diri KDPK dan KDP 14 Minggu (Ambilan Februari) dan kulit majalah KDPK, Wajah.

    Terdapat ura-ura untuk mempelawa pihak TeknoMedia menerbitkan buletin rasmi KDPK. Bagaimanapun, sekiranya tawaran berkenaan menjadi kenyataan, pihak TeknoMedia terpaksa menolak kerana menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja.

    Buat masa ini, pihak TeknoMedia terpaksa menumpukan tugas menerbitkan Buletin TM2 (hardcopy) dan Buletin TM2 On-line di WWW di samping menjadi perekabentuk rasmi Kumpulan TM2.

    TeknoMedia juga terlibat dalam kerja-kerja mencetak T-shirt khas untuk semua warga TM2 yang dijangkakan selesai menjelang penghujng Februari ini, InsyaAllah.

    Oleh: Kay Ee TM2 aka spidey@lelabah

    Menyedia dan melancarkan hompej

    Keluaran lalu menerangkan mengenai proses pencarian maklumat di World Wide Web serta beberapa tapak web yang menarik untuk dikunjungi.

    Untuk keluaran ini, Dunia Siber (DS) akan cuba menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh beberapa pembaca DS iaitu, bagaimana menghasilkan hompej dan meletakkannya di WWW.

    Sebenarnya, Kay Ee sendiri bukanlah pihak yang arif hendak membicarakan kes hompej ini. Bagaimanapun, untuk tidak mengecewakan, Kay Ee akan cuba memperkatakannya berdasarkan pengalaman menghasilkan hompej TM2.

    Menghasilkan hompej tidaklah begitu sukar. Seperti yang telah dinyatakan beberapa kali, untuk menghasilkan hompej kita cuma perlu tahu beberapa kod hypertext markup language (html). Penggunaan html adalah sama sepertimana kita mula-mula menggunakan pemproses perkataan WordStar satu ketika dahulu. Kita menggunakan kod tertentu untuk bold, italic, underline dan sebagainya. Begitu juga dengan html - tidak banyak perbezaan.

    Kini, telah wujud perisian khas html yang mirip pemproses perkataan Microsoft Word. Tak perlu lagi bersusah payah menghafal kod, memadai dengan mengklik ikon-ikon tertentu untuk menyediakan halaman yang berformat html. Mudah, semudah Word yang biasa kita gunakan sekarang ini. Kemudahan ini terdapat dalam perisian Netscape Navigator 3.01 Gold dan juga MSWords untuk versi Office97. Oleh itu, sesiapa sahaja yang berminat dapat menyediakan hompej dan halaman web masing-masing tanpa menghadapi banyak masalah.

    Kita berbalik kepada penyediaan halaman hompej berformat html cara tradisional tadi.

    Untuk makluman, HOMPEJ (HOMEPAGE) sebenarnya merujuk kepada halaman web pertama yang mengandungi maklumat asas, senarai kandungan, senarai hubungan (links), pembilang (counter) dan lain-lain. Pada kebiasaanya, halaman ini dinamakan index.htm. Semua halaman tambahan bolehlah diberi nama mengikut kesesuaian tetapi mestilah mempunyai penambahan (extension) htm, sebagai contoh; bahan01.htm, bahan02.htm dan seterusnya. Semua halaman berkenaan mestilah dihubungkan daripada index.htm. (Untuk kemudahan, eloklah kesemua halaman ini disediakan di dalam satu subdirektori).

    Sebelum kita menempatkan hompej ke WWW, kita hendaklah mengujinya dulu secara ‘off-line’ menggunakan perisian Netscape Navigator atau Microsoft Explorer. Pastikan kesemua halaman tambahan dapat diakses melalui halaman utama, index.htm.

    Pada masa ini, terdapat banyak pengendali tapak (WWW site administrators) yang menyediakan kemudahan kepada pengguna meletakkan hompej masing-masing sama ada secara langganan (berbayar) ataupun secara percuma. Bagaimanapun, untuk tapak percuma, kandungan bahannya dihadkan kepada 500 kilobait atau kurang.

    Terdapat beberapa pengendali tapak web tempatan yang menyedialan perkhidmatan ini secara percuma tetapi terpaksa melalui pelbagai karenah. Mereka hanya menerima hompej berdasarkan kesesuaian dan mengikut budi-bicara mereka. Ini bermaksud, kita tidak bebas melakukan pengubahsuaian dan pindaan terhadap kandungan hompej kita dari masa kesemasa.

    Keadaan ini berbeza dengan kemudahan yang disediakan oleh pengendali tapak web luar negara, khususnya di Amerika Syarikat. Dengan menggunakan kata-laluan (password), kita bebas melakukan pindaan dan pengubahsuaian ‘on-line’ terhadap kandungan hompej kita pada bila-bila masa.

    Namun begitu, untuk mendapatkan tapak web sedemikian bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak ‘man-hours’ terpaksa dihabiskan untuk ‘belayar’ dari satu tapak pengendali ke tapak pengendali yang lain untuk mencari tapak yang bersesuaian dengan keperluan kita.

    Setelah itu, pengguna perlu mendaftarkan nama hompej di tapak web berkenaan. Proses pengesahan memakan masa antara 1 jam hingga beberapa hari bergantung kepada pengendali tapak yang dipilih. Sekiranya pendaftaran diterima, pihak pengendali tapak akan menghubungi pengguna melalui e-mel bagi memaklumkan pengguna supaya membuat pengesahan dan seterusnya mengaktifkan tapak hompej yang telah didaftarkan terdahulu.

    Maka, langkah meletakkan fail-fail htm (hompej dan fail-fail sokongan) bermula dari sini. Untuk tujuan itu, adalah penting pengguna memilih pengendali tapak yang menyediakan kemudahan protokol pemindahan fail (file transfer protocol - ftp) yang mudah dikendalikan. Ftp merupakan protokol yang digunakan dalam proses memindahkan fail-fail htm dan grafik daripada harddisk komputer pengguna ke pelayan (server) pengendali tapak web secara on-line.

    Ada pengendali yang menyediakan perkhidmatan ftpnya sendiri dan ada yang menyediakan perkhidmatan ftp melalui pihak ketiga (mirror sites). Adalah lebih mudah menggunakan cara yang pertama. Jika tidak, fail-fail yang hendak kita pindahkan terpaksa di’transit’ dan ‘membeli belah’ di Jepun atau Taiwan sebelum sampai ke server pengendali tapak web di AS. Begitulah kira-kira... and please correct me if I'm wrong.

    Sehingga kini, pihak TeknoMedia telah berurusan dengan Angelfire.com, Tripod.com dan GeoCities (kesemuanya beroperasi di AS) dan mendapati proses pemindahan fail paling mudah dilakukan di Tripod.com.


    GLOSSARI: (Internet/world wide web)

    Pengimbas Web (Web Browser)

    Pengimbas web ialah suatu perisian yang membolehkan pengguna Internet mengimbas dan meneroka maklumat dalam World Wide Web (WWW).

    NCSA Mosaic ialah pengimbas web grafik yang pertama. Kini pengimbas web yang paling popular ialah Netscape Navigator. Selain itu terdapat juga pengimbas web yang dikeluarkan oleh Microsoft iaitu Explorer.

    Enjin Pencari (Search Engine)

    Enjin pencari ialah sejenis perisian yang direkacipta untuk membantu pengguna mencari maklumat dalam WWW dengan mudah dan pantas. Enjin pencari ini melakukan kerja-kerja mengkatalog dan mengindeks lokasi halaman web dan URLnya. Berikut disenaraikan beberapa enjin pencari yang dapat dicapai melalui WWW.
    Netscape: http://www.home.netscape.com
    AltaVista:http://www.altavista.digital.com
    Yahoo!: http://www.yahoo.com
    Infoseek: http://www.infoseek.com
    HotBot: http://www.hotbot.com
    Lycos: http://www.lycos.cs.cmu.edu
    eXcite!: http://www.excite.com
    WebCrawler: http://www.webcrawler.com dan lain-lain.
    (sumber: The Basics of ... Internet, Computimes Shopper Malaysia, Series #1)

    Mel Elektronik (Electronic Mail - e-mail)

    Satu cara menghantar mel yang sangat menarik jika dibandingkan dengan cara konvensyenal. Anda boleh menghantar mel atau sisipan (fail MS Words, bunyi (.wav atau .mid), grafik dan lain-lain ke mana sahaja dengan mudah dan cepat. Malah anda boleh menyelitkan kad raya yang disertakan dengan lagu raya (format .wav/.mid) pada musim perayaan ini.

    Anda boleh menerima mel walaupun ketika anda tidak menggunakan komputer kerana semua mel anda akan disimpan. Sekiranya anda login ke Internet atau WWW, anda cuma klikkan icon sampul surat yang terdapat di penjuru kanan sebelah bawah skrin anda, dan semua mel anda akan didownload ke komputer anda. Cuba anda klik di sini untuk menghantar e-mel anda sekarang!


    Update...update... Merujuk keluaran lalu (Alamat Domain)
    Alamat domain bagi Jaring: 192.228.128.20
    atau 192.228.128.18
    atau 161.142.2.17 Kuala Lumpur
    atau 161.142.227.17 Pulau Pinang
    atau 161.142.212.17 Johor Baharu

    e-mel daripada: Sdra. Nizar (TM1) ..tengkiu!


    GLOSSARY: C Programming (submitted by En. Hashim Asman)

    BCPL (Basic C Programming Language)

    Basic CPL Richards 1969, British systems language, a decendant of CPL and the inspiration of B and C. BCPL is a low-level, typeless and block-structured, and provides only one-dimensional arrays. Case is not significant, but conventionally reserved words begin with a capital. Flow control: If-Then, Test-Then-Else, Unless-Do, While-Do, Until-Do, Repeat, Repeatwhile, Repeatuntil, For-To-By-Do, Loop, Break and Switchon-into-Case-Default-Endcase.

    BCPL has conditional expressions, pointers and manifest constants.

    BCPL had both procedures: ‘Let foo(bar) Be command’ and functions: ‘Let foo(bar) - expression’. ‘Valof $(..Resultis..$)’ causes a compound command to produce a value. Parameters are call-by-value.

    Program segments communicate via the global vector where system and user variables are stored in fixed numerical locations in a single array. BCPL was used to implement the TRIPOS OS, which was subsequently reincarnated as AmigaDOS.

    Next coming issue: C, C*, C++

    "A person who has a computer now and is willing to share his knowledge is more important than the guy who invented the computer." - Dr.Mahathir, (17-1-1997)

    emailed by: chewks@tm.net.my


    SUDAHKAH ANDA MEMBERIKAN SUMBANGAN BAHAN UNTUK BULETIN TM2?

    Jika belum, silakan. Anda boleh menyumbangkan apa saja bahan yang anda fikir sesuai untuk dikongsi warga TM2. Tak kira apa bahan sekalipun - multimedia! Anda boleh sediakan dalam bentuk Word, text files, bertulis tangan (style lama...), melalui faks, e-mail ataupun voice-mail (bacakan saja bahan anda ke dalam peti pesanan mel suara TM2 di talian 924 2121 / 714 1194 selepas bunyi beep) Mudah boy, ANGKAT, TEKAN, BACA DAN LETAK.


    Sila hubungi Sidang Redaksi sekiranya anda ada bahan:Ketua Eksekutif TM2: Tel: 700 5893 / 924 2121 (fax) e-mail: azubirms@tm.net.my
    Setiausaha Eksekutif TM2: Tel: 7141194 (fon/fax) e-mail: rohazi@tm.net.my
    PRO TM2: Tel: 733 4836 e-mail: afauzi@hotmail.com
    Buletin TM2 bukan sebarang buletin.. kami tidak mengikut paradigma yang sama. Kami menyajikan kelainan. Ianya tidak dapat diakses di mana-mana kedai buku, kedai suratkhabar ataupun di pasar-pasar malam. Hanya di TM2.

    ARKIB: Buletin TM2 On-line keluaran lalu:

    Buletin TM2 On-line Keluaran Tarikh Keluaran
  • Pertama (Pengenalan)
  • 7 Januari 1997
  • Kedua
  • 14 Januari 1997
  • Ketiga
  • 21 Januari 1997
    Jangan lupa... Tandatangan Buku Pelawat TM2 sekarang!

    Kembali ke


    Buletin TM2 diterbitkan oleh TeknoMedia
    (satu lagi anak syarikat subsidiari milik Kumpulan TM2)