EPILEPSI

Epilepsi adalah sejenis penyakit akibat rangsangan ketidakseimbangan impuls di dalam otak. Ia boleh disebabkan kerosakan otak akibat kecederaan sebelum ini, semasa atau selepas kelahiran, akibat tumor, demam ketika kanak-kanak atau disebabkan oleh jangkitan. Adakalanya epilepsi adalah disebabkan daripada keturunan, dan sehingga kini tiada penyebab yang dapat dikesan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan serangan epilepsi dan keadaan ini mendorong doktor untuk mengawal penyakit ini melalui diet.

    Seizur epilepsi berbeza daripada intensiti dan frekuensi yang berubah daripada kehilangan memori ringan yang lebih dikenali sebagai absences (dahulu dikenali sebagai petit mal) sehingga konvulsi yang berlaku beberapa kali dalam masa satu hari. Tekanan, demam, pengambilan alkohol berlebihan dan menstrual adalah berpotensi untuk menyebabkan serangan epilepsi.

    Drug digunakan dalam kawalan pelbagai jenis epilepsi, malahan drug menolong 80 % daripada pesakit bebas daripada seizur. Bagaimanapun drug-drug ini masih ada kesan sampingannya, semakin ramai doktor yang menggunakan kaedah diet bersama-sama dengan penggunaan drug untuk mengawal penyakit ini.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

         

susu dan bijirin                                         nanas      

      

Mengelakkan

   Kurangkan pengambilan alkohol

    Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin B6 yang dapat dibekalkan daripada sumber daging, bijirin gandum tulen dan kekacang, serta kekurangan vitamin D yang dapat dibekalkan daripada ikan berminyak dan produk daripada haiwan terutama keju dan susu diperkaya akan menyebabkan serangan epilepsi. Sesiapa yang mengalami epilepsi harus mengambil suplemen di bawah pengawasan pakar perubatan.

    Sesetengah mineral juga dapat membantu dalam individu tertentu. Magnesium (dijumpai dalam tepung gandum tulen, millet, figs, daging, ikan dan kekacang) ; zink (didapati dalam daging dan ofal, benih gandum, kekacang, ketam  dan tiram ); dan kalsium (didapati dalam kebanyakan produk tenusu) telah dibukti dapat mencegah konvulsi dalam sesetengah individu.

    Terdapat beberapa bukti yang menyatakan bahawa seizur kongenital berkait rapat dengan kekurangan mineral surih mangan dalam diet ibu yang mengandung. Sumber mangan yang baik termasuklah beras, roti gandum tulen, benih gandum, buckwheat, kacang lima, kerang, sardin, blackberries, figs dan nanas.

    Terdapat juga kes yang menunjukkan bahawa kekurangan nutrisi dan paras glukosa yang rendah boleh mengimplikasikan seizur epilepsi. Oleh yang demikian, pesakit yang mengalami epilepsi harus mengekalkan paras glukosa darah dengan mengamalkan pemakanan normal, seimbang dan teratur.

    Campuran salad dan buah-buahan mentah dikatakan boleh menjadi alternatif dalam mengurangkan intensiti dan frekuensi kejadian epilepsi.

    Pengambilan alkohol yang berlebihan akan menerukkan lagi penyakit ini. Minyak evening primerose juga didapati menyebabkan serangan dalam pesakit epilepsi. Oleh yang demikian, elakkanlah pengambilan kedua-dua bahan ini.