HIATUS HERNIA

Keadaan ini adalah biasa dan ia berlaku apabila sebahagian daripada perut menekan laluannya ke dada melalui kelemahan satu bukaan (hiatus) di mana ia merupakan satu laluan esofagus ke kaviti abdominal. Ekoran daripada itu, jus asidik dalam perut menyebabkan aliran balik ke esofagus. Keadaan ini akan mengakibatkan heartburn kronik (yang akan diterukkan dengan terbaring di atas lantai) , indigesi, flatulen, rasa terbakar yang kesakitan di bahagian belakang kerongkong ataupun tiada simptom langsung.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan 

rosemary                fennel                            mint                        sage

Mengurangkan

Mengelakkan

  

Kurangkan pengambilan makanan bergoreng

Jika anda mengalami hiatus hernia, elakkan hidangan yang besar dan berat di mana ia akan mengembangkan perut anda. Sebaliknya, cuba makan 4 hingga 5 kali sehari dengan hidangan yang bersaiz kecil. Hentikan tabiat merokok di mana ia akan meningkatkan asiditi perut. Kurangkan makanan yang akan menerukkan indigesi seperti makanan digoreng dan berminyak, serta makanan yang mempunyai kandungan asid tinggi seperti jeruk dan cuka, yang akan menerukkan keadaan heartburn.

    Minumlah air dan teh herba (tetapi bukan peppermint, jangan keliru dengan mint). Alkohol dan kopi serta teh peppermint mengendurkan sfinkter esofagus, yang akan menyebabkan pengaliran balik jus dari perut. Elakkan minuman berkarbonat kerana ia akan menyebabkan sendawa manakala makanan yang terlalu panas atau sejuk boleh mengakibatkan iritasi.

    Jangan berbaring selepas makan, dan cuba jangan makan atau minum apa-apa sahaja tiga jam sebelum tidur. Semakin sedikit makanan dalam perut, semakin kuranglah rasa ketidakselesaan ketika berbaring. Sesetengah pengamal perubatan menambahkan herba tertentu kepada makanan ketika memasak kerana ia dapat membantu pencernaan, terutamanya rosemary, sage, tarragon, fennel, dill dan mint.

    Satu langkah untuk mengurangkan ketidakselesaan ketika tidur adalah dengan meninggikan hujung kepala sebanyak 7-8 cm (3 inci) ke atas kedua-dua belah kaki.