IMPOTEN
Faktor fizikal, psikologi dan emosi merupakan faktor utama yang menyebabkan impoten kronik, iaitu ketidakupayaan seseorang untuk mencapai dan mengekalkan ereksi. Impoten biasanya disebabkan oleh kesan sampingan pelbagai masalah fizikal seperti aterosklerosis, diabetes, penyakit tiroid, penyakit yang mengganggu sistem saraf, trek urinari dan genital, atau drug yang dipreskripsikan seperti drug antihipertensi. Selain itu, impoten juga boleh disebabkan oleh tekanan, fatigue, keresahan, rasa bersalah, malu dan bimbang, ia diterukkan lagi dengan tabiat merokok, mengambil alkohol dan kafein. Lelaki yang mengalami keadaan ini perlu cuba sedaya upaya untuk mengurangkan pengambilan nikotin dan kafein (yang dijumpai dalam kopi dan sesetengah minuman berkarbonat), yang akan mengkonstriksikan saluran darah dan kemudiannya menghalang aliran darah. Alkohol boleh membantu mengurangkan halangan ini, bagaimanapun ia harus dielakkan. Jika anda mesti minum, hadkanlah pengambilannya kerana alkohol boleh melemahkan isyarat saraf. Pengambilan alkohol yang tinggi juga mengurangkan penghasilan hormon lelaki iaitu androgen.
Satu kajian yang dilakukan oleh Amerika Syarikat baru-baru ini mencadangkan lelaki yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi mengalami risiko tinggi untuk menjadi impoten pada masa akan datang. Kolesterol boleh menyumbat arteri yang dirangkai ke penis, dengan itu mengurangkan tekanan darah yang diperlukan untuk mengekalkan ereksi. Pada 1993, Jurnal daripada Persatuan Perubatan Amerika melaporkan lebih daripada 50% lelaki yang berumur 50 tahun dan lebih mengalami kesukaran mengekalkan ereksi akibat daripada penyumbatan arteri penis.
Tip Rawatan:
Memperbanyakkan
hasil laut terutamanya kerang, siput dan kupang, ofal, daging tanpa lemak, kekacang dan makanan yang kaya dengan zink yang lain
kerang daging tanpa lemak
Mengurangkan
alkohol
kopi, teh dan minuman berkarbonat
merokok
Kurangkan amalan minum teh dan kikiskan sikap merokok
Untuk mengurangkan ancaman daripada paras kolesterol darah yang tinggi, diet kita haruslah kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin gandum tulen, amaun daging tanpa lemak yang mencukupi, dan kurangkan lemak tepu yang banyak terdapat dalam mentega, keju, lemak pada daging dan kulit ternakan.
Zink Boleh Membantu
Makanan yang mengandungi kandungan zink tinggi seperti tiram, boleh meningkatkan nafsu seks dan amat digalakkan pengambilannya. Kekurangan mineral akan menyebabkan impoten. Dalam satu kajian ke atas lelaki impoten yang diterbitkan oleh The Lancet menunjukkan pengambilan zink memperbaiki potensi dan meningkatkan penghasilan hormon seks iaitu testosteron ke paras normal.
Zink juga digunakan untuk merawat impoten di dalam pesakit dialisis buah pinggang. Pastikan anda memakan makanan yang kaya dengan zink seperti makanan laut, ofal lentil, kacang soya, kekacang lain, telur, daging dan benih gandum.