KERESAHAN
Setiap orang pasti pernah mengalami kerisauan atau keresahan pada sesuatu masa, tetapi apabila keresahan menjadi kronik, ia menjadi satu masalah perubatan yang memerlukan konsultansi doktor. Walaupun ini merupakan satu tahap psikologikal, keresahan boleh ditunjukkan melalui simptom fizikal, dan terdapat pendapat perubatan yang mendakwa bahawa diet dapat mengurangkan malah menghapuskan sesetengah daripada simptom ini.
Simptom fizikal termasuklah kekeringan mulut, berpeluh, sesak nafas, degupan jantung yang kuat, pening, sakit dada, diarea dan keletihn. Selain itu, keresahan juga boleh menekan sistem imun.
Tip Rawatan:
Memperbanyakkan
daging, telur, keju, kekacang dan sayur-sayuran hijau yang merupakan sumber pelbagai vitamin yang baik
buah-buahan sitrus untuk mendapatkan vitamin C
minuman bersusu manis
Daging Telur
Mengurangkan
teh, kopi dan minuman berkarbonat yang mengandungi kafein
coklat
alkohol
Kurangkan pengambilan makanan bercoklat dan alkohol
Kehilangan selera makan dan tertinggal hidangan (skipped meal) boleh mengganggu corak pemakanan normal. Sebagai akibatnya, kekurangan pengambilan makanan akan menyebabkan penurunan berat badan serta kekurangan nutrisi. Ekoran daripada pengurangan nutrisi akan menerukkan lagi keresahan individu. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kekurangan magnesium dan vitamin B6 boleh dikait dengan keresahan. Apbila kita menghadapi tekanan, badan kita akan menggunakan simpanan Vitamin C. Kepada sesiapa yang mengalami keresahan kronik boleh mendapat manfaat daripada pengambilan mineral dan vitamin ini. Oleh itu, amatlah penting untuk memperolehi diet seimbang setiap masa. Elakkan makanan yang bukan sahaja boleh menyebabkan keresahan , tetapi juga masalah-masalah lain seperti heartburn yang dikaitkan dengan pencernaan.
Kafein yang dijumpai dalam kopi, teh dan sesetengah minuman berkarbonat serta coklat boleh menjadi perangsang kepada keresahan. Amaun yang kecil sudah mampu untuk menunjukkan perubahan mental dan fizikal, manakala amaun yang lebih besar boleh menyebabkan agitasi kepada mereka yang sensitif kepada kafein.
Kereka yang mengalami keresahan selalunya memilih untuk meminum arak, tetapi pendekatan ini akan menerukkan lagi keadaan. Ramai orang yang percaya bahawa alkohol boleh bertindak sebagai penenang atau perangsang, padahal ia merupakan agen pendepresan. Tambahan pula, semasa waktu penarikan (withdrawl phase), yang berlaku 6-12 jam selepas minum, paras glukosa darah menjadi rendah dan ini menyebabkan kecenderungan untuk merasa resah.