LECUR BAKAR

Mangsa kebakaran perlukan diet untuk menggantikan bendalir, protein, sodium, kalium dan asid lemak esensial yang kebanyakannya hilang apabila tisu badan mereka musnah. Lecur bakar tahap pertama menyebabkan kemerahan kulit; lecur bakar tahap kedua menyebabkan penghasilan blister; lecur bakar tahap ketiga melibatkan pemusnahan sel-sel kulit, mendedahkan kulit kepada jangkitan bakteria serta merosakkan otot di lapisan bawah.

    Orang yang mengalami lecur bakar yang teruk memerlukan banyak kalori dan makanan berprotein tinggi untuk tujuan pembaikpulihan tisu. Dalam kes-kes yang serius, nutrisi ini diberikan secara intravena.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

   

Jus buah-buahan dan air amat penting dalam kes lecur bakar

 

Banyakkan pemakanan bijirin dan kekacang

                                                                   

Mengurangkan

  Kurangkan pengambilan kopi

Mengelakkan

    Vitamin C, zink (yang banyak terdapat pada daging dan shellfish) serta asid lemak esensial yang terdapat pada ikan berminyak dan minyak sayuran memainkan peranan penting untuk merawat luka akibat lecur bakar.

    Pengambilan  teh dan kopi perlu dikurangkan kerana kedua-duanya merupakan diuretik; alkohol perlu dielakkan kerana ia boleh mendehidrasikan badan dan mengeringkan kulit pesakit.