LUPUS ERITEMATUS

Penyakit sistem imun yang tidak dapat dirawat ini menyebabkan mekanisme pertahanan badan untuk menyerang tisu penghubung, sendi, otot dan organ-organ badan yang lain, dengan tanda-tanda pembengkakan, kesakitan dan keroskan organ. Penyakit ini biasanya bermula dengan simptom sakit kepala, keletihan yang keterlaluan, kesakitan pada otot dan sendi, serta ruam kulit. Lupus eritematus menunjukkan ciri-ciri ruam yang berlaku di kedua-dua belah pipi dan menyeberangi hidung. Lupus boleh berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan pesakit berasa kurang sihat, dan ia boleh berlanjutan sehingga berbulan dan bertahun-tahun lamanya. Kebanyakan pesakit adalah sensitif terhadap cahaya matahari dan kebanyakan daripada mereka terdiri daripada wanita.

    Tiada sesiapa yang mengetahui penyebab sebenar lupus eritematus, tetapi pesakit boleh mengawal penyakit ini dengan penggunaan drug dan dengan mengikuti rancangan diet yang dikemukakan oleh pakar diet. Jenis diet yang disarankan bergantung kepada tahap penyakit. Sebagai contoh, sesetengah pesakit digalakkan untuk mengambil makanan berkalium, manakala pesakit yang mengalami masalah renal perlu kurangkan pengambilan kalium.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

  

Mengelakkan

Elakkan daripada manjadi obes

    Sesetengah nutrien adalah penting untuk memastikan sistem imun kita dapat berfungsi dengan baik, sebagai contoh karoten beta dalam buah-buahan dan sayur-sayuran), vitamin C (dalam kiwi) dan zink (dalam tiram dan hasil laut lain). Kajian menunjukkan pemakanan ikan berminyak seperti herring dan salmon boleh membantu melawan inflamasi yang disebabkan oleh lupus.

    Obesiti merupakan faktor yang boleh menerukkan lagi keadaan, manakala mengawasi berat badan dari semasa ke semasa dapat mengawal penyakit ini. Ini adalah penting lebih-lebih lagi dalam pesakit yang mengambil steroid.

    Orang yang mengalami lupus dinasihatkan untuk elakkan diri daripada cahaya matahari, jadi mereka perlu mendapatkan bekalan vitamin D daripada makanan seperti telur, mentega, susu, ikan berminyak, marjerin dan bijirin diperkaya.

    Oleh sebab ramai pesakit lupus yang mendapat masalah renal dan tekanan darah tinggi, mereka patut kurangkan pemakanan bergaram. Minumlah sekurang-kurangnya1.7 liter air sehari untuk memastikan renal kita berfungsi pada tahap optimum selain mencegah jangkitan trek urinari.