MASALAH PROSTAT
Kelenjar prostat terletak di bawah pundi kencing dan terlibat dalam penghasilan semen. Pembesaran prostat paling kerap berlaku dalam lelaki berumur 50 tahun ke atas terutamanya yang berumur antara 60 hingga 70 tahun. Pembesaran prostat boleh menyebabkan kekerapan dan gangguan dalam membuang air kencing. Simptom lain termasuklah kesakitan semasa membuang air kencing dan kegagalan membuang air kencing. Masalah pembesaran prostat mungkin disebabkan oleh pertumbuhan maglinan. Oleh itu, lelaki yang mengalami simptom tersebut di atas haruslah berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Kajian di US mendapati bahawa pengambilan lemak haiwan yang banyak boleh meningkatkan risiko terhadap kanser prostat. Kajian-kajian lain pula menyatakan bahawa risiko terhadap kanser prostat ditingkatkan oleh pengambilan alkohol.
Peningkatan pengambilan zink dalam diet dapat membantu melegakan simptom dalam pembesaran prostat. Ini kerana zink dapat merencat penghasilan dihidrotestosteron yang mengakibatkan pembesaran prostat. Vitamin E dan sesetengah asid lemak yang hadir dalam ikan berminyak juga dapat melegakan simptom kerana mempunyai tindakan anti-inflamasi.
Tip Rawatan:
Memperbanyakkan
makanan yang kaya dengan zink seperti kerang.
makanan yang kaya dengan vitamin E seperti kacang, bebenih dan sayuran hijau.
ikan berminyak seperti sardin.
Sardin
Mengurangkan
teh dan kopi.
daging merah dan produk tenusu.
alkohol.
Kurangkan pengambilan teh