OSTEOPOROSIS

    Osteoporosis paling biasa berlaku dalam wanita pertengahan umur dan tua. Wanita mempunyai risiko lebih tinggi daripada lelaki untuk menghidap osteoporosis. Ini kerana wanita mempunyai jisim tulang yang kurang dan mengalami kehilangan hormon estrogen yang melambatkan proses kehilangan kalsium tulang selepas menopaus. Dalam osteoporosis, tulang menjadi lemah dan rapuh menyebabkan tulang mudah patah terutamanya pada kawasan pelvis, gelang tangan dan tulang belakang. Simptom lain termasuklah sakit pada pelvis dan belakang badan, penguranagn tinggi badan dan postur badan yang bongkok.

    Terdapat bukti yang menyatakan bahawa pengambilan makanan kaya kalsium terutamanya pada peringkat kanak-kanak dan remaja adalah paling berkesan dalam mencegah atau sekurang-kurangnya meminimumkan tahap osteoporosis.

Tip rawatan:

Memperbanyakkan

    

Perbanyakakan pengambilan produk tenusu dan telur

     Pendedahan pada cahaya matahari

Mengurangkan

  

Kurangkan pengambilan coklat dan rhubarb