PARAS GULA DARAH

Hampir kesemua makanan berasal daripada tumbuhan mengandungi karbohidrat yang kemudian akan pecah ke bentuk glukosa semasa proses pencernaan. Glukosa diserap dalam usus dan menjadi sumber tenaga utama dalam badan. Sesetengah glukosa boleh disimpan dalam hati dan otot dalam bentuk glikogen yang kemudian dapat dipecahkan untuk menghaslkan glukosa apabila bekalan tenaga menjadi rendah.

Apabila Senaman Membantu

Toleransi glukosa dapat diperbaiki jika pengambilam karbohidrat dibahagikan kepada hidangan kecil dan kerap, tetapi bukan hidangan berat dan jarang. Senaman fizikal dari semasa ke semasa yang dapat menyingkirkan glukosa daripada aliran darah kepada otot, turut dapat membantu meningkatkan toleransi glukosa, begitu juga dengan penurunan berat badan. Makanan berkanji, buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu melambatkan kadar penyerapan glukosa.

    Tahap glukosa darah dapat dikawalatur oleh hormon, terutamanya insulin serta pemakanan yang kaya dengan karbohidrat akan meningkatkannya. Peningkatan tahap glukosa ini akan merangsang pankreas untuk merembeskan insulin, di mana ia merangsang penyingkiran glukosa daripada aliran darah ke dalam hati dan otot. Apabila insulin yang dirembeskan terlalu banyak, 'rebound' tahap glukosa darah akan berlaku justeru menyebabkan simptom hipoglisemia iaitu tahap glukosa darah rendah sementara seperti kesejukan dan iritabiliti. Hipoglisemia dapat dirawat dengan memakan amaun glukosa atau sukrosa yang kecil.

    Glukosa juga merupakan sumber tenaga utama kepada otak. Otak kita tidak dapat menyimpan glukosa dan bergantung kepada bekalan daripada aliran darah. Penurunan paras glukasa darah secara mendadak akan menyebabkan perubahan emosi, iritabiliti, koma mahupun kematian. Bagaimanapun, otak kita dapat mengadaptasi ke satu tahap dengan menggunakan badan keton yang dihasilkan semasa metabolisme lemak hati sebagai tenaga alternatif apabila tahap bekalan karbohidrat badan adalah rendah.

Elak Dari 'Jerat Gula'

Oleh sebab sebarang bentuk gula dapat mencapai aliran darah dengan cepat, maka metabolismenya juga cepat, dengan itu tahap gula darah akan menurun dalam masa 20-30 minit daripada paras asal, akhirnya merangsang keinginan untuk memakan snek bergula seterusnya. Keadaan ini mencipta satu kitar 'prngekalan sendiri' atau self-perpetuating' yang dikenali sebagai 'jerat gula'.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

  Sayur-sayuran

Mengelakkan