PENYAKIT ALZHIMER
Ujian seperti tomografi berkomputer (computerised tomography) atau skan-skan yang lain adalah penting untuk membezakan penyakit Alzheimer daripada penyakit-penyakit sistem saraf pusat yang lain. Penyakit Alzheimer adalah sejenis perkembangan dementia, di mana sel-sel saraf mula merosot dan otak menunjukkan tanda-tanda 'wasting'.
Apabila mencecah zaman pertengahan, penyakit Alzhimer menjadi penyakit yang sering menyerang kaum tua. Ia dapat dicirikan dengan peningktan kekeliruan, kehilangan memori, apati, dan depresi yang teruk.
Apabila kerosakan fungsi mental berlaku terutama gangguan memori jangka masa pendek boleh menjadi lebih teruk sehingga pesakit tidak berupaya untuk menguruskan hal-hal penjagaan diri sendiri.
Nasihat Kepada Pembantu
Kepada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap penjagaan pesakit (biasanya pasangan pesakit, anak lelaki atau perempuan), keadaan ini mungkin amat kejam atau menghampakan kerana pesakit tidak dapat mengenali orang yang amat mengasihi mereka. Selalunya, penjaga boleh menetapkan satu matlamat untuk mengekalkan kualiti hidup yang baik dan cuba memastikan diet bernutrisi untuk pesakit. Oleh sebab pesakit mula kehilangan selera makan secara beransur-ansur dan kurang upaya untuk menjaga diri mereka, pesakit mempunyai risiko yang tnggi untuk mengalami kekurangan nutrien. Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan suplemen-suplemen seperti vitamin B12, C, D dan E, karoten beta dan asid folik berjaya memperbaiki keadaan penyakit ini. Selain itu, terdapat juga bukti-bukti yang menyatakan bahawa kekurangan zink dan selenium cenderumg umtuk menyebabkan penyakit Alzhimer.
Satu kejayaan yang minor telah dicapai dalam rawatan penyakt Alzhimer dengan pembekalan ko-enzim Q10, di mana ia menunjukkan banyak manfaat kesihatan dalam golongan tua. Oleh itu, makanan seperti ofal, bayam, alfalfa, ubi kentang, keladi dan kacang soya yang kaya dengan bahan ini amat bagus untuk pesakit ini. Haruslah ingat bahawa pesakit mungkin mengalami kesukaran untuk memegang sudu, garpu atau pisau, oleh itu, rancangkanlah hidangan yang boleh dimakan dengan pergerakan fizikal yang paling minimum dan koordinasi yang paling sedikit jika boleh.
Sebab-sebab yang Mungkin
Sebab penyakit Alzhimer berlaku masih tidak dapat dipastikan. Beberapa ahli kaji USA percaya bahawa faktor genetik merupakan faktor yang paling mungkin menyebabkan keadaan ini.
Untuk berdekad lamanya, ahli kaji mempercayai aluminium mempunyai kaitan yang rapat dengan dementia. Walaupun hubungan antara aluminium dengan dementia masih tidak dapat dipastikan dengan konklusif, aluminium telah dijumpai dalam bentuk-bentuk tompok kerosakan sel, atau plak di dalam otak dalam pesakit Alzhimer menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan perkembangan penyakit ini. Ia kelihatan masuk akal, dan oleh itu, adalah digalakkan jika makanan yang dimasak memalui bekas aluminium boleh menyebabkan pencernaan yang lemah terhadap kepekatan tinggi garam mineral. Jangan sekali-kali gunakan kuali aluminium untuk memasak makanan berasid seperti rhubarb, acar, jem limau atau tomato, kerana kepekatan asid tinggi mereka boleh meningkatkan amaun aluminium yang dimakan.
Silikon, dalam bentuk asid silisik, mengelakkan badan kita daripada menyerap aluminium. Sumber-sumber silikon termasuklah alfalfa, rumpai laut, kobis, salad, bawang, sayuran hijau dan susu. Satu jenis silikon didapati dalam barli yang tumbuh semasa menjerang bir, dengan itu satu cubitan kecil setiap hari atau setiap dua hari dibukti membantu dalam keadaan penyakit Alzhimer. Bagaimanapun, pengambilan alkohol yang berlebihan perlu dielakkan.
Penambah dan Antasid
Baca label pada pembungkus kek dan biskut. Penambah yang digunakan sebagai agen penaik, adalah sodium aluminium phosphate yang perlu dielakkan. Selain itu, antasid dengan kandungan aluminium hidroksida yang tinggi yang digunakan dalam rawatan indigesi perlu dielakkan, remedi ini hanya dapat melegakan kesakitan buat sementara waktu sahaja, hanya perubahan dalam tabiat pemakanan yang akan menyembuhkan masalah ini.
Tip Rawatan:
Memperbanyakkan
ubi kentang, bayam, ofal, kacang soya, sayur-sayuran hijau
Makanan akar dan sayur-sayuran serta rumpai laut
Mengurangkan
ingesi tablet antasid
Mengelakkan
masakan makanan berasid, seperti yamg dimasak dalam kuali aluminium, penambah makanan , terlalu banyak alkohol