PENYAKIT PARKINSON

Penyakit Parkinson ialah gangguan neurologi yang progresif dan tidak dapat disembuhkan. Pesakit Parkinson menunjukkan ciri-ciri tremor, ketegaran dan pergerakan yang lambat. Pesakit Parkinson biasanya menghadapi masalah dalam mengunyah atau menelan makanan kerana rawatan drug akan menyebabkan pergerakan lidah dan mulut yang abnormal.

    Mengambil makanan yang sesuai dapat membantu dalam pengurusan penyakit Parkinson. Berat badan perlu dikawal kerana berat yang berlebihan akan menyukarkan lagi pergerakan pesakit Parkinson. Pesakit Parkinson harus mengambil makanan yang dapat mencegah sembelit yang merupakan masalah biasa dalam penyakit Parkinson. Selain itu, drug perlu diambil sekurang-kurangnya 40 minit sebelum makan dan hidangan perlu mempunyai kandungan protein yang sederhana. Ini kerana pengambilan protein berlebihan akan menjejaskan tindakan drug L-dopa yang digunakan dalam mengawal penyakit Parkinson.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

  

Perbanyakkan pengambilan makanan berfiber tinggi