KANDUNGAN
MODUL 
Peta Konsep
Sebatian Kimia
Ikatan Ionik
Ikatan Kovalen
Sebatian Ionik/ Kovalen
Jadual 
  Berkala
Lembaran Kerja
Latihan
Rujukan
 Maklumat pengarang
     IKATAN KIMIA 
PERBANDINGAN SEBATIAN KOVALEN DAN SEBATIAN IONIK

Anda telah pelajari secara terperinci tentang ikatan ionik dan ikatan kovalen.
Ikatan yang manakah melibatkan perpindahan elektron dari satu unsur kepada unsur lain?
Ikatan ionik !!
Sebatian yang terbentuk dari melalui ikatan ionik dikenali sebagai sebatian ionik.
Mari kita perhatikan salah satu sebatian ionik yang sering digunakan di rumah dan di makmal .....natrium klorida
Jika dilihat secara terperinci sebatian natrium klorida terbentuk melalui ikatan ionik yang kuat antara ion natrium bercas positif dan ion klorida bercas negatif. Adakah susunan ion- ion berlawanan cas ini  teratur dan sekata?
Daya tarikan yang kuat antara ion berlawanan cas ini dikenali sebagai daya tarikan elektrostatik.

Cuba fikirkan apakah sifat fizik yang kelihatan pada sebatian ionik disebabkan oleh ciri - ciri ini.