|
[Tajuk
Perlembagaan]
UNDANG-UNDANG
DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN KEDAYAN
SABAH (1992)
(
7.
MESYUARAT AGONG PERWAKILAN
[1] Pentadbiran Persatuan ini adalah terserah kepada Mesyuarat Agong
Perwakilan yang
mengandungi ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, Pengerusi Cawangan-Cawangan dan
10 orang
wakil
daripada setiap satu Cawangan. Wakil
yang disebutkan di sini sama ada terdiri daripada
ahli-ahli jawatankuasa cawangan itu sendiri atau wakil yang dilantik oleh
jawatankuasa
cawangan.
Presiden boleh membenarkan ahli-ahli persatuan hadir di dalam Mesyuarat
Agong
Perwakilan tetapi tidak boleh bercakap atau mengundi.
[2] Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat tidak boleh dilantik menjadi wakil
cawangan. Semua ahli-ahli
Jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil Cawagan sahaja yang boleh mengundi di
dalam
mesyuarat agong perwakilan.
[3] Wakil-wakil cawangan hendaklah dilantik tiap-tiap dua (2) tahun oleh
cawangan masing-
masing dan mereka boleh dilantik semula.
[4] Koram untuk Mesyuarat Agong Perwakilan mestilah tidak kurang daripada
setengah bilangan
perwakilan yang ditetapkan untuk mesyuarat.
Presiden boleh mengangguhkan mesyuarat
tersebut selama tidak kurang dari empat belas (14) hari dan
menetapkan tarikh dan tempat
mesyuarat selanjutnya. Jika
koram tidak juga cukup buat kali kedua maka mesyuarat itu
boleh diadakan, cuma mesyuarat tersebut tidak
berkuasa meminda undang-undang.
[5] Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Perwakilan persatuan hendaklah diadakan
dua (2) tahun
sekali, tidak lewat daripada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat yang
ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pusat. Kerja-kerja
Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Perwakilan persatuan ialah:
[a] Menerima laporan Jawatankuasa Pusat berkenaan kerja-kerja persatuan
di dalam dua (2)
tahun yang lalu;
[b] Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit
bagi dua (2) tahun
yang lalu;
[c] Melantik ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan pemeriksa kira-kira untuk
dua (2) tahun yang
akan
datang;
[d] Mengurus perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat
itu.
[6] Pengumuman awal kerana Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Perwakilan yang
menerangkan
tarikh, waktu dan tempat dan panggilan untuk memberi cadangan-cadangan
yang hendak
dibicarakan, cadangan untuk meminda undang-undang dan pencalonan untuk
pemilihan ahli-
ahli Jawatankuasa Pusat, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agong
kepada tiap-tiap
Setiausaha cawangan tidak lewat daripada enam puluh (60) hari sebelum
tarikh yang
ditetapkan untuk bermesyuarat. Pengumuman
ini hendaklah ditunjukkan supaya jelas
kelihatan di pejabat Persatuan yang telah didaftarkan.
Tiap-tiap Setiausaha Cawangan
hendaklah mengadakan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Cawangan tidak lewat
daripada
empat belas (14) hari setelah menerima pengumuman awal itu.
[7]
Nama-nama wakil, pencalonan-pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan
cadangan
untuk dirundingkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar oleh Setiausaha
cawangan
supaya
sampai kepada Setiausaha Agong tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas
penerimaan pengumuman awal mesyuarat.
[8] Setiausaha Agong hendaklah menghantar notis kepada Setiausaha
Cawangan sekurang-
kurangnya empat belas (14) hari sebelum diadakan Mesyuarat Agong Dwi
Tahunan
perwakilan yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat serta agenda
mesyuarat termasuk
peringatan mesyuarat, laporan-laporan serta penyata kira-kira persatuan
bagi dua (2) tahun
yang lalu yang telah diaudit. Salinan
surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca
oleh ahli-ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat persatuan.
[9] Mesyuarat Agong Khas Perwakilan bagi Persatuan ini boleh diadakan:
[a] Bila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Pusat;
[b] Atas permintaan dengan bertulis tidak kurang daripada tiga puluh
peratus (30%) dari
jumlah
cawangan dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.
[10]
Mesyuarat Agong Khas Perwakilan yang diminta oleh cawangan-cawangan hendaklah
diadakan pada satu tarikh dalam tempoh tiga puluh
(30) hari dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat tersebut.
[11]
Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agong Khas Perwakilan itu hendaklah
diedarkan oleh Setiausaha Agong kepada
Setiausaha-setiausaha Cawangan sekurang-
kurangnya
empat belas (14) hari sebelum tarikh yang telahditetapkan untuk mengadakan
mesyuarat
tersebut.
[12] Fasal (4) di dalam undang-undang ini berkenaan koram dan
penangguhan Mesyuarat
Agong Dwi Tahunan
Perwakilan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agong Khas
Perwakilan,
tetapi dengan syarat jika koram tidak mencukupi selepas setengah jam dari
masa yang
telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agong Khas atas permintaan cawangan-
cawangan, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam
masa enam (6) bulan
dari tarikh ini, Mesyuarat Agong Khas perwakilan atas
permintaan cawangan-cawangan
dengan
tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
[13] Setiausaha Agong hendaklah menghantar kepada semua
Setiausaha Cawangan salinan
rangka peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Dwi Tahunan
Perwakilan atau Mesyuarat
Agong Khas Perwakilan
dengan seberapa segera setelah selesainya mesyuarat itu.
[ Back ] [ Next ]
|