perlembagaan (...samb)

                      [Tajuk Perlembagaan]

 

 

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN  KEDAYAN SABAH (1992) (bahagian keempat)

 

               

8.        JAWATANKUASA PUSAT

 

[1] [a] Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Persatuan adalah seperti berikut:

      

i.         Presiden

ii.       Seorang Timbalan Presiden

iii.      Dua Ornag Naib Presiden

iv.      Seorang Setiausaha Agong

v.       Penolong Setiausaha Asgong

vi.      Bendahari Agong

vii.    Penolong Bendahari Agong

viii.   Setiausaha Penerangan

ix.      Tujuh Ornag Ahli Jawatankuasa Puisat

 

 

                [2] Pemegang-pemegang jawatan persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas

                      pemerintah dalam persatuan ini hendaklah Warganegara Malaysia.

 

                [3] Nama-nama untuk jawatan-jawatan di perenggan (1) (a) di atas kecuali bagi jawatan iv, vi, viii dan tiga

                      (3) orang ahli Jawatankuasa Pusat Biasa hendaklah dicadang dan disokong dan pemilihan dijalankan

                      dengan cara mengundi oleh wakil-wakil di dalam Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Perwakilan.  Semua

                      pegawai-pegawai boleh dilantik semula.

 

                 [4] Setiausaha Agong,Bendahari Agong,Setiausaha penerangan dan tiga orang ahli     Jawatankuasa Pusat

                       biasa hendaklah dilantik oleh    Presiden atas persetujuan Jawatankuasa Pusat.                          

 

                 [5] Pekerjaan Jawatankuasa Pusat ialah mengelolakan dan mengatur kerja-kerja harian persatuan dan

                       membuat keputusan atas perkara-perkara megenai perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar 

                       dari dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agong Perwakilan.  Jawatankuasa Pusat seharusnya 

                       tidaklah  boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan mesyuarat agong perwakilan dengan 

                       tidak   terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Pusat mestilah sentiasa taat 

                       kepada keputusan   mesyuarat agong perwakilan.  Jawatankuasa Pusat hendaklah memberi

                       laporannya berkenaan dengan  kegiatan-kegiatan di dalam dua tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat

                       Agong Dwi Tahunan

 

                  [6] Jawatankuasa Pusat hendaklah mernsayuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tiga (3) bulan.

                        Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah  diberi kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terlebih dahulu.

                        Presiden dengan bersendirian, atau idak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa Pusat bersama-sama

                        boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada bila-bila masa.  Sekurang-

                        kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan

                        perjalanan dan mencukupkan koram mesyuarat.

 

                   [7] Jika timbul perkara mustahak yang berhekendakan kelulusan Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat

                        Jawatankuasa Pusat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agong boleh mendapatkan kelulusan

                        daripada ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dengan surat pekeliling.  Syarat-syarat yang berikut hendaklah

                        disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima:

 

                        [a] Masaalah yang berbangkit itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang

                             dihantar kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat;

                        [b] Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawtankuasa Pusat mestilah menyatakan

                              persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu; dan

                         [c] Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

                               Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporakan oleh Setiausaha

                               Agong kepada mesyuarat Jawatankuasa Pusat kemudiannya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam

                               peringatan mesyuarat.

 

                     [8] Ahli Jawatankuasa Pusat yang tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga (3) kali berturut-

                           turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan ini dalam

                           Jawatankuasa Pusat.

 

                     [9] Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan Jawatan, calon yang kedua

                           mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan

                           kekosongan itu.  Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu maka berkuasalah

                           Jawatankuasa Pusat melantik ahli persatuan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga

                           mesyuarat agong perwakilan diadakan.

 

                    [10] Jawatankuasa Pusat boleh memberi arahan kepada Setiausaha Agong dan Pegawai-pegawai lain

                            untuk menjalankan urusan-urusan persatuan dan melantik pengurus-pengurus dan kakitangan-

                            kakitangan yang difikir mustahak.  Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang

                            pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan

                            keputusan Jawatankuasa Pusat, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan merosakan Persatuan.

 

                     [11] Jawatankuasa Pusat ini boleh menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa kecil jika difikirkan

                             mustahak dan memberikan kewajipan-kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

 

9.        KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI-PEGAWAI

 

                    [1] Presiden, dalam masa jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agong Perwakilan

                          dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan bertanggongjawab atas kesempurnaan perjalanan semua

                          mesyuarat.  Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek-cek Persatuan

                          bersama-sama dengan Setiausaha Agong dan Bendahari Agong.  Presiden juga adalah wakil tetap

                          persatuan dan berkuasa penuh terhadap hal ehwal persatuan.

 

                     [2] Timbalan Presiden akan membantu Presiden di dalam melaksanakan tugas-tugasnya dan memangku

                           jawatan Presiden semasa ketiadaannya.

 

                     [3] Naib Presiden hendaklah membantu Timbalan Presiden menjalankan tugas-tugasnya dan salah seorang

                           dari naib Presiden hendaklah memangku jawatan Timbalan Presiden semasa ketiadaannya.

 

                     [4] Setiausaha Agong hendaklah menjalankankerja-kerja pentadbiran persatuanmengikut undang-undang

                           dan ia hendaklah menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agong perwakilan dan Jawatankuasa

                           Pusat.  Ia bertanggungjawab mengurus hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku-buku,

                           surat-surat dan kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku kewangan.  Setiausaha Agong hendaklah

                           menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur,  nombor kad

                           pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli.

 

                           Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.  Ia hendaklah

                           menandatangani semua cek-cek persatuan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari Agong. 

                           Setiausaha Agong hendaklah di dalam masa dua puluh lapan (28) hari dari tarikh mesyuarat Agong

                           Dwi Tahunan Perwakilan diadakan, atau sekiranya tiada Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Perwakilan

                           diadakan, sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap tahun, mengirim penyata tahunan Persatuan kepada

                           Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan,

                           1966.

 

                     [5] Penolong Setiausaha agong hendaklah menolong Setiausaha Agong menjalankan kerja-kerjanya dan

                            memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agong.

 

                     [6] Bendahari Agong adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.  Ia hendaklah

                            membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di

                            atas kebetulannya.  Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek Persatuan bersama-sama dengan

                            Presiden dan Setiausaha Agong.

 

                     [7]  Penolong Bendahari Agong hendaklah membantu Bendahari Agong menjalankan kerja-kerjanya dan

                            memangku jawatan Bendahari Agong semasa ketiadaan Bendahari Agong.

 

                     [8] Setiausaha Penerangan bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas publisiti persatuan seperti yang

                           diarah oleh Jawatankuasa atau Presiden.

 

                     [9] Ahli-ahli Jawatankuasa biasa menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Jawatankuasa Pusat atau

                           Presiden.

   

Back ] Next ]

                                                                                          

 

 home | latarbelakang | cawangan | presiden | barisan exco | projek | semasa | pendaftaran |link | buku tamu

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved.  Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.