<< Thrash Metal >>

album Venom!! album Kreator!! album Iron maiden!! album Slayer!! album Slayer!!




Sekitar 1983 sebelum VENOM,SLAYER DAN METALLICA mula mengganas dengan muzik Thrash Metal,album-album yang dihasilkan dari tahun1980 sehingga 1982 oleh kumpulan seperti MANOWAR,EXCITER,TANK,RAVEN,WITCHFYNDE,CIRITH ANGOL,MOTOEHEAD,JUDAS PRIEST dan kumpula-kumpulan Heavy Metal yang baru memulakan karier mereka dianggap cukup laju dan ganas.dalam tahun 1983,Anthrax muncul dengan album pertamanya iaitu 'fistful of metal' yang lebih kepada speed metal tetapi cenderung kearah Thrash Metal,ditahun itu juga Mercyful Fate menerbitkan album pertamanya 'melissa'.Kumpulan baru mengambil inspirasi dari kumpulan-kumpulan Heavy Metal terdahulu,kumpulan punk dan juga hero-hero baru dalam dunia Metal seperti Venom,Metallica dan slayer.Didalam tahun itu juga,banyak kumpulan unerground telah menghasilkan demo dan selepas beberapa tahun band tersebut menjadi satu nama yang cukup besar.

Judas Priest!!



Muzik mereka merupakan campuran Heavy Metal,dan Thrash Metal.Riff-riff Heavy Metal dilajukan dan elemen-elemen punk dimasukan.Kumpulan yang mengeluarkan demo pada tahun 1983 dan memeriahkan lagi suasana taktala Thrash Metal baru lahir ialah Mantas 'Death by metal'(kemudian bertukar kepada death)Sodom 'Witching Metal,Dark Angel 'Into The Inferno,Hellhammer 'satanic Rites,Voivod 'condemm to the gallows'Tankard 'heavy Metal Vanguard dan banyak lagi demo-demo dariBathory Death SS Exodus.Tahun sebelumnya kumpulan seperti Mega Death mengeluarkan demo pertama seperti 'life Threat juga Running wild 'Heavy Metal Like A Hammer Blow.Pada masa dan tahun yang sama juga Discharge mengeluarkan album pertama mereka ;Hear Nothing,see nothing,say nothing'dengan satu bentuk muzik baru iaitu 'hardcore'.hardcore ialah muzik punk yang dikeraskan lagi dari Discharge adalah perintis irama hardcore.hardcore juga adalah salah satu bentuk inspirasi barudalam muzik Thrash Metal.Menjelang tahun 1984 muzik Thrash Metal mula bertapak dan heboh diperkatakan,ianya berkembang diserata Eropah,Amerika dan wilayah-wilayahnya.


Hail! Metallica!!!


Dalam tahun ini semua orang menunggu akam keunculan kumpulan-kumpulan baru.Thrash Metal adalah dimensi baru dalam muzik Metal,setiap album yang keluar pada tahun itu dikaji.Apa-apa album yang keluar dan mempunyai sedikit kelainan dan kelajuan dikatakan Thrash Metal seperti album dari Cross Fire,Vulcain,Acid,Alien dan banyak lagi,kumpulan sebegini agak advance sedikit,mereka cuba mencampurkan speed meetal dan elemen-elemen Thrash Metal.Majalah metal yang popular ketika itu juga tidak ketinggalan untuk menulis artikel mengkaji tentang kewujudan dan phenomena baru dalam muzik Metal.Artikel yang dimasukan itu ialah'speed kills' mencungkil tentang Thrash Metal.Dalam tahun itu juga kumpulan yang penting dalam sejarah Metal dan Underground ditubuhkan seperti Morbit Angel,Sepultura dan sadus.selain album 'Ride The Lighting'dari Metallica yang mewarnai persada Thrash Metal,album-album lain yang merancakan lagi suasana termasuklah Bathory 'Bathotry',Voivod 'war the pain' mini album dari sodom,Destruction,Celtic Frost dan running wild.tidak ketinggalan juga album Metal yang lain dari Living death,Pantera,Mercyful Fate,Exciter,Hellstar,Trauma.Lahirnya juga kumpulan ungul yang menghasilakan ddemo seperti Possessed,tormentor,Destruction,nasty savage,Slaughter,Poison,Razor,Bulldozer,bathory,Legacy dan macam macam lagi.


Metallica!!


Walaupun sambutanya tidaklah secara mendadak tetapi muzik Thrash Metal tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri.Muzik Thrash Metal dikenali sebagai muzik yang bingit dan bising.Dimasa ini juga muzik Hardcore dan Metal sama naik.Muzik Thrash Metal tersebar ke seluruh dunia.di Amerika dan wilayahnya diseluruh eropah,termasuk juga Australia,Asia,dan Malaysia.Kegilaan terhadap satu bentuk muzik baru ini sungguh memeranjatkan.Dimana-mana kumpulan ditubuhkan untuk turut serta meributkan suasana yang sedia ada.









logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net