http://www.mgaa-org.net.tc

 

 

Menu

 

 - HOME

 - Seismology

 - Meteorology

 - Geology & Oceano

 - Astronomy

 - Report Earthquake

 - Tsunami Warning

 - Satellite Image

 - Radar Image

 - News Release

 - Articles

 - Who are we?

 - Contact Us

 - Feedback

 - Links

Last Updated:
03-Jun-2005 2:53 PM

Pelawat sejak 31 Mac 2005
Free Tell A Friend from Bravenet.com

Malaysia Maju 2020

 

 

       Welcome to Malaysia Geological and Atmosphere Administration

 

 :: ASTRONOMY DIVISION ::  
Imej Satelit
Pengembaraan Dari Dunia Nusantara
Balai Cerap KUSZA
 Ikutilah Pengembaraan Cakarewala dari Bumi Nusantara.
Berita Astronomi dari Balai Cerap KUSZA,Marang Terengganu.
 
Send your articles here
Himpunan Planet Terindah Jun-Julai >Oleh Shahrin

Assalamualaikum wbt

Pada bulan Jun hingga Julai ini, kita akan disajikan dengan himpunan tiga buah planet, yang akan melakukan tarian-tarian duet dan trio di antara satu sama lain. Planet yang terlibat ialah Utarid, Kejora (Zuhrah) dan Zuhal. ( Saya akan namakan Venus sebagai Kejora bagi mengelakkan sebarang kekeliruan antara Zuhrah dan Zuhal).

Di dalam isitilah astronomy inggeris, fenomena ini dipanggil conjunctions of planets. Saya gelarkan di sini sebagai Himpunan Planet-planet. Maksudnya sama saje.

Ok, berbalik kepada fenomena yang bakal berlaku ini, ketiga-tiga buah planet ini akan berada di kaki langit sebelah barat, selepas waktu Maghrib. Saya rasa waktu paling sesuai untuk mencerapnya ialah sekitar jam 7.45 malam. Jika kita tinjau sejurus selepas matahari terbenam, mungkin agak sukar untuk mengecam Zuhal dan Utarid. Tetapi jika kita benarkan diri kita tunggu seketika, sekitar 1/2 jam selepas maghrib, langit sudah mulai gelap, dan contrast antara langit dan planet-planet ini akan lebih menjurang.

Artikel ini akan memperincikan fenomena ini bemula 15 Jun 2005 hingga 30 Jun 2005.

15 Jun 2005 - Petang ini, Zuhal, Kejora dan Utarid membentuk satu garisan lurus. Perhatikan, untuk hari-hari mendatang, Utarid dan Kejora sedang mendaki dan bergerak semakin tinggi, manakala Zuhal semakin rendah. Utarid berada paling rendah pada altitud (ketinggian) 8 darjah sahaja dari kaki langit. Anda perlukan kawasan yang luas dan bebas dari sebarang halangan untuk menjejaki planet ini.

Kejora berada lebih kurang 7 darjah ke atas Utarid. Dan ia akan semakin tinggi setiap hari. Saya rasa tidak sukar untuk menjejaki Kejora kerana kecerahan agak tinggi, iaitu sekitar magnitud -3.9.

22 Jun 2005 - Pada hari ini, setelah seminggu berlalu dari 15hb, kita akan dapat lihat betapa pantasnya perubahan posisi planet-planet ini, serta corak-corak dibentukkan. Pada petang ini, Utarid dan Kejora semakin tinggi berbanding 7 hari lepas. Perhatikan juga Utarid seolah-olah mengejar Kejora, dan kedua-dua planet ini semakin hampir antara satu sama lain.

Jangan lupa planet Zuhal, yang berada hampir tegak ke atas dari posisi planet Utarid dan Kejora. Amat menarik jika diperhatikan posisi ketiga-tiga planet ini, yang mana ia membentuk satu garisan yang lurus.

Tidak lengkap jika kita melupakan bintang Castor dan Pollux, yang selama ini telah menemani planet Zuhal merentasi langit petang, sejak istiqbal Zuhal beberapa bulan yang lepas. Kedua-dua bintang ini akan berada di sebelah kanan dari lokasi planet Utarid dan Kejora. Cuba guna binokulars untuk memudahkan pencarian bintang-bintang ini. Walaupun pada asasnya magnitud kecerahannya agak tinggi, namun posisi altitudnya agak rendah, dan hampir dengan kaki langit, serta keadaan langit sekitar jam 7.45 malam masih bercahaya, mungkin akan menyukarkan kita menjejakinya dengan mudah.

24 Jun - Utarid dan Kejora semakin rapat. Malah kedua-dua planet ini dipisahkan sejauh kurang dari 1 darjah pada petang ini! Ini lebih kurang saiz angular Bulan! Jika teleskop kita boleh melihat Bulan secara keseluruhannya, maka pada petang ini, kita akan dapat melihat Utarid dan Kejora di dalam satu medan penglihatan teleskop yang sama!

Zuhal berada di sebelah atas kiri dari Utarid dan Kejora, dan ia berada 2 darjah dari Kejora

25 Jun - Ketiga-tiga planet ini semakin rapat dan mula berkumpul di dalam satu kawasan yang kecil. Perhatikan jika kita unjurkan satu garisan dari bintang Castor ke Pollux, ia akan bertemu dengan planet-planet ini.

Utarid dan Kejora dipisahkan sejauh 34 arc minit sahaja (lebih kurang 1/2 darjah)! Dan Zuhal berada 1.5 darjah ke sebelah atas kiri dari Kejora.

26 Jun - Utarid dan Kejora sungguh rapat, iaitu 1/3 darjah sahaja antara satu sama lain! Subhanallah! Jangan lepaskan peluang untuk melihat kedua-dua planet ini serentak menerusi teleskop!

Zuhal pula berada 1.3 darjah dari Utarid dan Kejora.

Jika kita mempunyai teleskop berkuasa amat rendah, yang membolehkan kita 'memuatkan' 2 buah Bulan, InsyaAllah pada petang ini, kita akan berpeluang melihat KETIGA-TIGA planet ini di dalam satu medan penglihatan yang sama!!!!!

27 Jun - Petang ini kita bertuah untuk melihat himpunan planet yang begitu rapat antara Utarid dan Kejora. Kedua-dua planet ini dipisahkan sejauh 1/12 darjah sahaja!!!! Dekat sangat tu!! Menerusi mata, binokulars atau teleskop, cuba perhatikan perbezaan saiz dan kecerahan antara kedua-dua planet ini. Kita mungkin tidak berpeluang melihat himpunan planet seumpama ini dalam masa terdekat.

Zuhal pula semakin jauh dari planet Utarid/Kejora ini, iaitu hampir 2 darjah. Dan ia juga semakin rendah ke kaki langit.

28 Jun - Utarid dan Kejora mula menjarak diri, namun kedua-duanya masih rapat, iaitu sekitar 1/4 darjah sahaja! Manakala Zuhal pula berada hampir 3 darjah dari posisi kedua-dua planet tersebut.

Hari-hari selepas ini, Zuhal semakin rendah ke kaki langit, tetapi Utarid dan Kejora semakin tinggi. Namun jarak antara Utarid dan Kejora semakin membesar. Pada 8 dan 9 Julai nanti, Bulan akan berada berhampiran lokasi planet-planet ini, membentuk satu lagi jenis himpunan planetari yang indah untuk dicerap.

Sepanjang fenomena ini, saya berpendapat bagi kita yang mempunyai kamera, samada slr atau digital, jangan lepaskan peluang untuk mengambil foto kejadian ini. Dan jika berjaya jangan lupa untuk berkongsi bersama di Falak-Net atau di laman web Falak-Online.

Apa lagi, jom teropong!!!

Wassalam
_________________
-Shahrin-
Admin FALAK-ONLINE >>>>>>>>>>Artikel ini disumbangkan oleh Shahrin, Falak -Online

 

 
 
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION
Any comment or suggestion please e-mail it to:webmaster
©2003-2005 All Right Reserved-
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION, Kota Kinabalu,Sabah