Gempa
Bumi yang terkuat pernah dicatatkan adalah berukuran
9.5 Skala ritcher di Chile, pada 22 Mei 1960.
Sebelum alat perakam eletronik dicipta, saintis
menggunakan sebuah alat yang dipanggil Seismometer
spring bandul yang berat satunya ialah 15 tan.
Bandul seismoskop yang pertama dicipta dimajukan
pada tahun 1751 untuk mengukur gegaran bawah tanah
sewaktu gempa bumi. Gempa bumi juga bukan sahaja
berlaku di Bumi yang kita duduki malah ia juga
berlaku di Bulan yang dipanggil sebagai gempa
bulan (Moonquakes). Walaubagaimanapun, gegaran
gempa bulan lebih kecil berbanding gegaran gempa
bumi. Ia berlaku pada kedalaman kira-kira setengah
diantara permukaan dan teras(tengah) bulan. Kadangkala
gegaran gempa bumi yang kuat juga boleh menyebabkan
Tsunami(OMBAK BESAR) dan Air pasang. Perlu diingatkan
Tsunami dan Air pasang adalah merupakan 2 fenomena
yang berbeza. Air pasang berlaku apabila tarikan
graviti oleh Matahari, Bulan dan Bumi. Manakala
Tsunami pula disebabkan gempa bumi yang kuat didasar
laut, Gunung Berapi dan tanah runtuh(selalunya
disebabkan gempa bumi) yang menyebabkan ombak
besar yang boleh mencecah tingginya sehingga 10
meter. Tsunami yang membawa kemusnahan dan terbesar
sekali yang pernah diketahui oleh manusia pada
abad ini ialah Tsunami yang melanda beberapa negara
Asia dan Afrika pada 26 Disember 2004.
 |
Magnitud
gempa bumi adalah ukuran asas bagi setiap gempa
bumi berlaku. Nilai magnitud tidak berubah walau
dimana anda berada atau betapa kuatnya gempa bumi
itu, nilainya tetap akan sama. Dalam kejadian
gempa bumi, tiada istilah cuaca gempa bumi (earthquake
weather). Tambahan lagi, tiada cara fizikal yang
boleh menyebabkan cuaca boleh menganggu pergerakan
tanah yang berbatu jauhnya dibawah permukaan bumi
sewaktu gempa bumi. Perubahan dalam tekanan Barometer
di atmosfera bumi adalah lebih kecil berbanding
kuasa di kerak, dan kesan tekanan barometrik tidak
akan sampai ke bawah tanah. Gempa bumi selalunya
berlaku pada kedalaman kurang dari 80 Km (50 batu)
dari permukaan Bumi. Gempa bumi yang berlaku pada
kedalaman yang dalam sekali selalunya berlaku
di sempadan plat yang dimana kerak bumi disalur
ke Mantel Bumi. Ia berlaku pada kedalaman 750
km(400 batu) dibawah permukaan. Selalunya gempa
bumi dan Gunung Berapi berlaku disepanjang sempadan
plat seperti sempadan diantara plat Pasifik dan
plat Amerika Utara. Antara salah satu plat sempadan
paling aktif yang dimana gempa bumi dan gunung
berapi kerap berlaku ialah di sekitar plat pasifik
atau lebih dikenali sebagai Lingkaran Api Pasifik(Pacific
Ring of Fire). Manusia boleh mengesan bunyi yang
berfrekuensi lingkungan 20-10,000 Hertz. Jika
P wave membias keluar permukaan batu ke udara,
frekuensi bunyi itu dapat didengar lingkungannya
seperti kedengaran bunyi yang bergemuruh. Selalunya
gelombang frekuensi gempa bumi kurang dari 20Hz
yang selalunya tidak dapat didengar, dan bunyi
bergemuruh yang selalu didengar semasa gempa bumi
adalah pergerakan bangunan dan didalamnya. Sewaktu
gempa bumi Chili berlaku pada tahun 1960, seismograf
merekodkan gelombang seismik bergerak keseluruh
dunia. Gelombang seismik ini mengejutkan dunia
untuk beberapa hari! Fenomena ini dipanggil sebagai
ayunan bebas bumi(Free oscillation of the Earth).
Sesar San Adreas dinamakan pada tahun 1895 oleh
seorang ahli geologi A.C Lawson. Dia menamakanya
bersempena nama Tasik San Adreas. -Mohd.Azhier
Farhan