http://www.mgaa-org.net.tc

 

 

Menu

 

 - HOME

 - Seismology

 - Meteorology

 - Geology & Oceano

 - Astronomy

 - Report Earthquake

 - Tsunami Warning

 - Satellite Image

 - Radar Image

 - News Release

 - Articles

 - Who are we?

 - Contact Us

 - Feedback

 - Links

Last Updated:
29-May-2005 11:54 AM

Pelawat sejak 31 Mac 2005
Free Tell A Friend from Bravenet.com

Malaysia Maju 2020

 

 

       Welcome to Malaysia Geological and Atmosphere Administration

 

 :: Gempa Bumi meramal boleh, mengelak tidak ::  

 

GEMPA bumi adalah salah satu daripada kejadian bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Walaupun ahli-ahli kaji bumi mampu meramalkannya tetapi kita tidak mampu mengelakkan gempa bumi daripada berlaku.

Apa yang mungkin dapat kita lakukan ialah hanyalah dengan mencari alternatif yang paling baik untuk mengelakkan daripada berlakunya kemusnahan yang maksimum akibat kejadian gempa bumi.

Di negara-negara yang sering dilanda gempa bumi seperti di Jepun dan Amerika Syarikat umpamanya, kekerapan berlakunya kejadian gempa bumi menyebabkan negara itu mempunyai persiapannya sendiri terutamanya daripada aspek pembinaan kemudahan infrastruktur yang mampu menahan gegaran gempa bumi.

Walaupun tidak pernah dilanda gempa bumi, negara kita pernah merasakan sedikit sebanyak gegaran gempa bumi yang berlaku di negara jiran iaitu di Indonesia.

Sebenarnya, apakah punca kejadian gempa bumi? Gempa bumi, biasanya dalam bentuk geseran batu tiba-tiba terlepas. Gempa bumi juga biasa berlaku kerana letusan gunung berapi.

Melalui pemerhatian yang dilakukan, kita dapati gempa bumi sering terjadi di kawasan yang berada dekat dengan gunung berapi dan juga di daerah yang dikelilingi lautan

luas. Gempa bumi diukur menggunakan alat yang dipanggil Skil Richter dan digredkan dari satu hingga sembilan berdasarkan saiznya.Kenapa gempa bumi berlaku

Faktor pertama seperti yang disebutkan di atas ialah apabila berlakunya pergeseran lapisan-lapisan dalam kerak bumi.

Yang kedua ialah kerana berlakunya letusan gunung berapi yang sangat dahsyat. Letusan dahsyat ini selain menyebabkan goncangan yang kuat juga sering menyebabkan adanya gelombang ombak yang sangat tinggi di lautan yang terkenal dengan nama gelombang "Tsunami".

Jenis Gempa Bumi

Berdasarkan faktor penyebab gempa bumi, kita dapat kategorikan gempa bumi kepada dua iaitu:

Gempa Tektonik
Gempa Tektonik terjadi disebabkan perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan.

Bayangkan keadaan seperti getah yang ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba. Begitulah apa yang akan berlaku apabila terjadinya gempa tektonik.

Gelombang Tsunami -MGAA

Gempa bumi gunung berapi atau gempa vulkanik
Gempa vulkanik terjadi kerana adanya letusan gunung berapi yang sangat dahsyat.

Ia berlaku disebabkan pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi dan ini menyebabkan berlakunya geseran pada batu-batuan yang menghasilkan gempa bumi.

Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batan. Ia akan mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah ke beberapa hari.

TAHUKAH ANDA

Gempa bumi sebenarnya berlaku setiap hari di seluruh dunia. Setiap hari terdapat lebih kurang 1,000 gegaran-gegaran kecil yang tidak dapat kita rasai atau sekali dalam setiap 87 saat.


Setiap tahun, secara puratanya, terdapat 800 gempa bumi yang menyebabkan berlakunya kemusnahan.


Kekuatan sesuatu gempa bumi itu diukur oleh sebuah mesin yang dipanggil seismometer yang menggunakan ukuran skala Richter yang bermula dari satu hingga sembilan mengikut kekuatan.

Gempa vulkanik kerap berlaku berdekatan dengan kawasan gunung berapi seperti Pergunungan Cascade di Barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland dan titik merah gunung berapi seperti Hawai.

Di negara jiran kita, di Indonesia, sejarah mencatat, pernah berlaku letusan gunung berapi yang sangat dahsyat pada tahun 1883 iaitu letusan Gunung Karakatao di Jawa Barat.

Letusan ini dapat dirasai sejauh 5000 km dan menyebabkan berlakunya gelombang pasang Tsunami setinggi 36 meter dan telah mengorbankan lebih kurang 36,000 orang.

 

 

 
 
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION
Any comment or suggestion please e-mail it to:webmaster
©2003-2005 All Right Reserved-
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION, Kota Kinabalu,Sabah