http://www.mgaa-org.net.tc

 

 

Menu

 

 - HOME

 - Seismology

 - Meteorology

 - Geology & Oceano

 - Astronomy

 - Report Earthquake

 - Tsunami Warning

 - Satellite Image

 - Radar Image

 - News Release

 - Articles

 - Who are we?

 - Contact Us

 - Feedback

 - Links

Last Updated:
31-May-2005 5:35 PM

Pelawat sejak 31 Mac 2005
Free Tell A Friend from Bravenet.com

Malaysia Maju 2020

 

 

       Welcome to Malaysia Geological and Atmosphere Administration

 

 :: KEJADIAN GEMPA BUMI ::  

-Contoh- Taip <Jarak> EQ SABAH . HANTAR KE 39911

Pihak PUSKAL-Sabah melancarkan sistem informasi untuk gempabumi dan sistem penyampaian amaran tsunami melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Disebabkan penyediaan dan kos operasi perkhidamatan melalui SMS terlalu tinggi, maka setiap maklumat ataupun keyword dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 Anda mungkin menganggap ianya adalah “melampau” tetapi adalah lebih baik menganggap bahawa perkhidmatan ini disediakan untuk kepentingan dan keselamatan umum. Anggaplah perkhidmatan ini ditaja oleh Rakyat Malaysia. Kerana tanpa sokongan anda siapalah kami?

Pengendalian perkhidmatan SMS ini dikendalikan dari Pusat Informasi Aktiviti Seismologi dan Bencana Tsunami di PUSKAL-Sabah yang terletak di Daerah Ranau Sabah. Pusat ini dikendalikan oleh kakitangan kami 24 sehari dengan dilengkapi dengan kemudahan sambungan ke pusat pengumpulan data berkaitan di Swiss Seismological Service juga dari U.S. Geological Survey Earthquake Hazards Program dan The Incorporated Research Institutions for Seismology. Maklumat yang diterima daripada Pejabat Seismologi Jabatan Kajicuaca Malaysia juga diambil kira. Setiap maklumat yang dihantar kepada pengguna telefon bimbit adalah melalui pengawasan dan kelulusan ketat dengan mengambil kira kepentingan dan ketenteraman umum.

Sokonglah kami untuk meneruskan perkhidmatan ini dengan memilih mana-mana keyword dibawah:

KEYWORD GEMPABUMI

Maklumat berikut dikemaskini setiap 15-30 minit. Maklumat gempabumi di Malaysia adalah berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh Pejabat Seismologi di Jabatan Kajicuaca Malaysia. Sementara untuk maklumat gempabumi selain Malaysia adalah berdasarkan data yang diterima oleh Pusat Informasi Aktiviti Seismologi Dan Bencana Tsunami di PUSKAL-Sabah

EQ Pulau Pinang
untuk negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia
EQ Kuala Lumpur
untuk kawasan tengah Semenanjung Malaysia
EQ Johor
untuk negeri kawasan selatan Semananjung Malaysia
EQ Sabah
untuk Negeri Sabah dan Labuan
EQ Sarawak
untuk Negeri Sarawak
EQ Sumatera
untuk informasi gempa bumi di kawasan Sumatera
tetapi kesannya tidak dirasai di Malaysia
EQ Indonesia untuk informasi gempabumi yang berlaku di Indonesia 12 jam berlalu
tetapi kesannya tidak dirasai di Malaysia
EQ Filipina
untuk informasi gempabumi yang berlaku di Filipina 12 jam berlalu
tetapi kesannya tidak dirasai di Malaysia
EQ Asia
untuk informasi gempabumi yang berlaku di Seluruh Asia 12 Jam berlalu
tetapi kesannya tidak dirasai di Malaysia
EQ USA
untuk informasi gempabumi yang berlaku di USA dalam masa 12 jam berlalu
EQ Latin
untuk informasi gempabumi yang berlaku di Benua Amerika Selatan dalam masa 12 jam berlalu
EQ Global
untuk status info gempabumi yang berlaku di di seluruh dunia kecuali yang tersenarai di atas dalam masa 12 jam berlalu

 

KEYWORD TSUNAMI

Maklumat berikut akan dikemaskini setiap 15-30 minit dan hanya agensi kerajaan berkaitan yang mempunyai kuasa memberikan sebarang “AMARAN” berkaitan tsunami di Malaysia. Kecuali keyword “Tsunami Global” yang mana maklumatnya adalah berdasarkan pada Pusat Maklumat Tsunami Pasifik USGS

Tsunami Semananjung Timur
untuk amaran tsunami dari Laut China Selatan dan sekitarnya terhadap Pantai Timur Semananjung Malaysia
Tsunami Semananjung Barat
untuk amaran tsunami dari Lautan Hindi dan sekitarnya terhadap Pantai Barat Semananjung Malaysia
Tsunami Sarawak
untuk amaran tsunami dari Laut China Selatan dan sekitarnya terhadap Negeri Sarawak
Tsunami Sabah
untuk amaran tsunami dari Laut China Selatan, Laut Sulu dan sekitarnya terhadap Negeri Sabah
Tsunami Global
untuk sebarang amaran tsunami di mana-mana bahagian dunia kecuali Malaysia dan tiada sebarang ancaman untuk Malaysia
Tsunami Malaysia
Untuk sebarang amaran tsunami untuk seluruh Malaysia

 

KEYWORD PENDAFTARAN SISTEM AMARAN TSUNAMI MELALUI SMS

Maklumat berikut akan dikemaskini setiap 15-30 minit dan hanya agensi kerajaan berkaitan yang mempunyai kuasa memberikan sebarang “AMARAN” berkaitan tsunami di Malaysia

Penduduk yang berada di pesisir pantai seluruh Malaysia adalah dinasihatkan mendaftar nombor telefon bimbit mereka dengan menggunakan keyword di bawah.

Sebaik sahaja pihak kami mendapat arahan ataupun maklumat mengenai bencana tsunami yang akan melanda, kami akan menghantar maklumat berkenaan kepada nombor yang tersenarai dalam senarai daftar. Proses ini selasai dalam masa 5 minit, sebaik sahaja maklumat ataupun arahan terkini diterima

Sila ambil perhatian bahawa pihak kami tidak mempunyai kuasa untuk menghantar sebarang maklumat berkaitan tsunami kepada mana-mana nombor yang tidak didaftar dalam kemudahan ini.

Pendaftaran secara automatic akan dilakukan oleh system kami setiap 3 bulan sekali bagi nombor yang tersenarai dalam system ini

Tsunami Daftar Semananjung Timur
untuk amaran tsunami dari Laut China Selatan dan sekitarnya terhadap Pantai Timur Semananjung Malaysia
Tsunami Daftar Semananjung Barat
untuk amaran tsunami dari Lautan Hindi dan sekitarnya terhadap Pantai Barat Semananjung Malaysia
Tsunami Daftar Sarawak
untuk amaran tsunami dari Laut China Selatan dan sekitarnya terhadap Negeri Sarawak
Tsunami Daftar Sabah
untuk amaran tsunami dari Laut China Selatan, Laut Sulu dan sekitarnya terhadap Negeri Sabah
Tsunami Daftar Global
untuk sebarang amaran tsunami di mana-mana bahagian dunia kecuali Malaysia dan tiada sebarang ancaman untuk Malaysia
Tsunami Daftar Malaysia
Untuk sebarang amaran tsunami untuk seluruh Malaysia

 

KEYWORD KELUAR SISTEM AMARAN TSUNAMI MELALUI TSUNAMI

Tsunami Keluar Semananjung Timur
untuk amaran tsunami dari Laut China Selatan dan sekitarnya terhadap Pantai Timur Semananjung Malaysia
Tsunami Keluar Semananjung Barat
untuk amaran tsunami dari Lautan Hindi dan sekitarnya terhadap Pantai Barat Semananjung Malaysia
Tsunami Keluar Sarawak
untuk amaran tsunami dari Laut China Selatan dan sekitarnya terhadap Negeri Sarawak
TsunamiKeluar Sabah
untuk amaran tsunami dari Laut China Selatan, Laut Sulu dan sekitarnya terhadap Negeri Sabah
Tsunami Keluar Global
untuk sebarang amaran tsunami di mana-mana bahagian dunia kecuali Malaysia dan tiada sebarang ancaman untuk Malaysia
Tsunami Keluar Malaysia
Untuk sebarang amaran tsunami untuk seluruh Malaysia

 

KEYWORD PENDAFTARAN MASUK ATAU KELUAR SISTEM INFORMASI GEMPABUMIMaklumat berkaitan akan dikemaskini setiap 12 jam

Kependekan perkataan boleh digunakan untuk:
Pulau pinang - PP
Kuala Lumpur - KL
Johor - JB
Sarawak - Swk
Sabah - Sbh
Semananjung Timur - Semtimur
Semananjung Barat - Sembarat
Indonesia - Indo
Filipina - Ph
Gempabumi - EQ
Tsunami Tsunami

1. Hotline PUSKAL-Sabah 088 878 748

2. Untuk Kawasan Malaysia hanya gempa bumi pada dan melebihi 5.0 pada skala richter dan berlaku dalam lingkungan 700 km dari Malaysia (cth. 700km dari bandar terdekat di Malaysia) sahaja yang akan dimasukkan dalam setiap pengumuman. Bahagian ini dikemaskini setiap 15-30 minit

3. Semua informasi berkaitan untuk Malaysia akan dikemaskini setiap 15-30 minit

4. Setiap amaran tsunami untuk subscriber TSUNAMI DAFTAR akan mengambil masa 15-30 minit untuk dikeluarkan hanya dengan kelulusan ataupun arahan daripada pihak Jabatan Kaji Cuaca Malaysia, Bahagian Seismologi ataupun arahan daripada Pusat Bencana Negara dan mana-mana agensi kerajaan berkaitan.

5. Semua maklumat tsunami biasa (jika pengguna menaip Tsunami <nama tempat>) akan dikemaskini setiap 15-30 minit.

6. Informasi EQ mengambil masa sekitar 15-30 minit untuk dikemaskini kerana setiap data yang diterima memerlukan analisis daripada kakitangan senior dan kadang-kadang memerlukan pengesahan daripada pihak Jabatan Kaji Cuaca untuk tujuan keseragaman data.

7. Semua perkhidmatan di atas dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 bagi setiap maklumat sepanjang 140 huruf.

8. Dalam saat-saat cemas, kemungkinan talian telefon kami mungkin akan dihujani dengan penggilan telefon. Jika anda memerlukan nasihat terkini sila ulang hantar sms anda dengan menghantar keyword EQ <nama tempat> ataupun Tsunami <nama tempat> untuk maklumat terkini. Keyword ini adalah untuk maklumat terkini bencana tsunami ataupun gegaran di Malaysia sahaja yang akan dikemaskini setiap 15 minit.

 

 

 
 
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION
Any comment or suggestion please e-mail it to:webmaster
©2003-2005 All Right Reserved-
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION, Kota Kinabalu,Sabah