Bahasa/Language
 

Muka Utama 
Pengenalan
Biodata
Keluarga 
Galeri
Aktiviti 
Promosi 
Laman Lain 
Artikel 
Pelbagai
Buku Tetamu
Hubungi saya 
Peta Web



Waktu Solat


 


Sebenarnya, segment aktiviti ini saya wujudkan untuk berkongsi cerita dgn korang pasal kerja2 yang telah dilakukan semasa hayat dari lepas spm hinggalah sekarang. Mesti tak kena ngan tajuk 'aktiviti' kan. Ah...peduli apa, ni kan laman web gua...gua punye suka lah. So, ceritanya bermula ngan perkataan 'Kerja pertama...'

Kerja pertama saya bermula lepas SPM tahun 1995 bulan brapa tak ingat, iaitu kerja ukur tanah ngan syarikat ukur kat kuantan. Saya start kerje betul2 first day bulan puasa. Pasal kerja ni, saya kena masuk hutan... keluar hutan, turun naik bukit dan byk lagilah ranjau yg ditempohi ketika menjadi org suruhan pegawai ukur tu. Kerja pulak masa bulan puasa, mana taknye...penat yg amat sangat gua cakap sama lu. Kalau nak diikutkan hati ngan nafsu, nak aje berbuka puasa.Tapi kerana disebabkan saya ni jenis yg kuat agama (konon2 la..) dan kuat semangat, maka tak adelah nak bukak puasa...berdosa beb. Saya kerja ukur tu, betul2 sebulan bulan puasa...pastu cabut sebab tak tahan ngan gaji yg pegawai ukur tu bg, memang tak padan langsung ngan kerja yg saya dah buat. Ade ke patut, saya dapat seratus lebih je...kerje bukan main penat lagi. Hajat hati, nak 'sound' kat pegawai tu, tapi ingatkan budak2 lagi masa tu. So, tak jadi, takut2 kena belasah.....redho je la...

Kerja kedua ialah selepas raya tahun 1995, saya keje construction sebagai kuli (bukan kuali) kat kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan. Bidang kerjanya memerlukan tenaga yg byk. Kerja yg saya buat macam2, kena bancuh simen, welding dan pungut sampah, gajinya pulak bolehlah tahan dgn kadar RM 40 sehari, kira ok gak. Lepas dapat tahu yg saya dapat masuk matrikulasi, gembira jugaklah sikit...tapi otak sedikit 'confius' samada nak belajar ke nak keje. Sebabnya hati dah sebati ngan kerje je...Pikir2, malas nak belajar, tapi kerana my beloved mother & father, so i have to proceed with my study.

Nak dijadikan cerita sebab memang dah tak boleh nak duk diam, maka first sem masuk kat matrikulasi uia, saya cari kerja, macam2 tempat yg saya pergi tanpa rasa segan dan ngan muka yg tebal, saya tanya ade kerja kosong ke tak....punyalah lame mencari kerja lebih kurang 3 minggu, maka dapatlah kerja kat MPH Bookstore, Plaza Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Alhamdulillah...akhirnya dapat jugak kerja. Nak tahu kerjanya ape? Sales assistant, part time. So 'bekerjalah kito sekuetnyo'(pinjam bahasa negri 9). Saya kerja kat situ selama saya belajar kat matrikulasi sampailah tamat matrikulasi, lebih kurang setahun lebih jugak lah, nak masuk 2 tahun kot. Saya mula bulan disember 1997 hinggalah Jun 1998. Gaji yg diaorang bagi, bole la.

Dalam masa nak masuk ke kampus induk uia kat gombak, saya kerja kat Jerneh Insurance Bhd. kat Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang. Kat situ saya kerja sebagai 'office boy' ngan gaji rm40 sehari. Campur ngan overtime, sebulan bolehlah dapat seribu lebih jugak. Saya kerja kat situ lebih kurang 3 bulan starting september 1998 hingga november 1998. .

Masuk je uia, dgn takde motornya, payah sikit nak kerja sebab kat gombak ni, jauh dari KL. So relax jap lebih kurang 1-2 semester. Memang tak senang duduklah. Masa 2nd year, saya dapat motor yg abg dah tak pakai, maka bermulalah semula pencarian kerja tapi sekadar ala kadar je...sebabnya dapat loan ptptn (jadi OKB kejap). Cari punyalah cari, maka dapatlah kerja kat KFC Taman Melawati, keje sbg buzzer. Mungkin ade yg tak tahu buzzer kerjanya macam mana kan. Buzzer ni kena lap lantai, lap tingkap, susun kerusi, cuci tandas. Pendek kata, ia adalah kerja yg rankingnya paling rendah. Saya cuma boleh tahan 3-4 bulan aje dari januari 2000 hinggalah mac 2000. Mulanya nak proceed tapi menyampah dgn bos dia yg cukup cerewet. Boleh dikatakan semua pekerja menyampah kat dialah. So saya tekad berhenti kerja. Lama jugak relax lepas kerja kat KFC.

Sebabkan minat kat komputer, maka dipendekkan cerita, saya cuba belajar sendiri macam mana nak pasang dan repair komputer. Mana2 yg tak tahu, saya refer kat org yg lebih terer. Tapi yg banyaknya, belajar sendiri. Saya create business sendiri kat UIA. Hasil bisnes kecil2an tu, bolehlah menampung sedikit perbelanjaan harian. Bergantung kepada permintaan, biasa2nya sister.

Pastu, ade kawan(lobo namanya atau nama sebenarnya, Mohd Sarif Sidek) rekemen kerja ngan dia kat Bestari Net Computer Sdn. Bhd. Hampir setahun lebih jugaklah saya kerja kat situ. Start bulan jun 2001 dan last sekali bulan November 2002. Saya kerja sebagai 'part time' juruteknik komputer kat Bestari Net Computer Sdn. Bhd. Biasalah kalau dah dinamakan technician tu, takde kerja lain yg saya buat, repair komputer, pasang komputer baru dan juga outstation pergi repair komputer kat rumah @ pejabat. Keje ni saya dapat masa blaja kat UIA, maknanya lepas kelas atau pun hari cuti saya pegilah kat Bestari.

Lepas abis belajar dan jadi graduate dari UIA bulan oktober 2002, saya start cari keje. Memang lama jugak menganggur...anggaran 3 bulan camtu ler. Hajat hati, nak cari keje sebagai IT eksekutif tapi tak dapat2, payah le sbb byk sgt saingan. Cari punya cari, januari 2003 saya dapat keje kat Time Dot Com, Jalan Tun Razak sebagai 'data entry clerk', tu pun kontrak sampai akhir tahun 2003. Rembat je dulu mana yang ada, kurang2 cari pengalaman dulu.

Lepas abis kontrak kat TIME, saya keje kat UIA sebagai juruteknik komputer kat Kulliyyah of Science(KOS). Saya mula keje kat KOS, UIA pada Februari 2004 dan akhir sekali keje kat situ, bulan Ogos 2004. Kat KOS keje saya repair komputer rosak samada yg staff punya tak pun komputer2 dalam Lab.

Dan sekarang ni atau dlm bahasa omputeh nya, currently...keje kat Jaring (bukannya jaring sangkar tu yer...), Teknologi Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil...ala yang dekat Stadium Nasional tuu. Saya join Jaring bulan 9 2004. Kat sana saya keje sebagai customer service representive (csr). Biasa la keje angkat telepon, melayan karenah pelanggan. Keje ni memang tough sikit sebab ikut syif...tak tentu waktu kejenya. Ada syif 8pg ke 5ptg, 9pg ke 6ptg, 3ptg ke 12mlm dan 11.30mlm ke 8.30pg...pendek kata, keje 24 jam. Hari keje pun tak tentu, kadang2 sabtu dan ahad pun keje. Dalam seminggu, cuti pulak 2 hari, tapi tak tentu harinya...kadang2, ada jugak cuti hari2 keje biasa.

So, moralnya di sini (mungkin moral yg tak kena langsung ngan topik ini kan..baca je la)...kalau ada sape2 yg nak beli komputer ke, upgrade, repair, format komputer @ install windows/program ke, consultation pasal nak beli komputer ke, nak tanya masalah komputer, atau apa2 je pasal komputer, jgn malu2 @ segan, hubungi saya di 019-303 6365. Servis komputer kat rumah pun ada. Maklumat pasal komputer, klik je kat 'Promosi' atau emailkan saya romkipas@yahoo.com. Transaksi perniagaan saya - 'Kepercayaan anda, saya perlukan'. Bagitau kat kawan2 anda ye...

...akhir kata...

"Majulah diri, untuk diri sendiri"

| Muka Utama | Pengenalan | Biodata | Keluarga | Galeri | Aktiviti | Promosi |
|
Laman Lain |
Artikel | Pelbagai | Buku Tetamu | Hubungi saya | Peta Web |

^atas^


Web ini adalah tanda niaga?CybeRom.
Semua kandungan adalah hakcipta terpelihara 2004 © CybeRom dan pemiliknya.