Bahasa/Language
 

Muka Utama 
Pengenalan
Biodata
Keluarga 
Galeri
Aktiviti 
Promosi 
Laman Lain 
Artikel 
Pelbagai
Buku Tetamu
Hubungi saya 
Peta Web



Waktu Solat


 


Ibu:
Rohani Bt. Mohamud Ayah:
Ab. Rahim Daud

Adik-beradik:
(1) - Rohaimi (imi)
(2) - Rosdi (idi)
(3) - Rohaili (ili)
(4) - Me, Myself & I (izi)
(5) - Rohaila (ila)
(6) - Rahmat (rohmat)
(7) - Raisuddin (rais)
(8) - Rodiah (rodiah)
(9) - Rosidah (sidah)

    Keluargaku boleh dikatakan sederhana besar saiznya iaitu seramai 11 org kesemuanya. Kami tinggal dalam kawasan felda yg dinamakan FELDA NERAM SATU. Kalau korang nak tahu, felda neram ni adalah dalam kawasan kemaman, terengganu...tapi dekat ngan bandar kuantan berbanding ngan bandar kemaman...lebih kurang 15-25 minit perjalanan dgn kereta, 30-45 minit dgn moto, dgn jet pulak...2-3 minit kot. So, kalau kitaorang nak membeli-belah ke atau ape2 jelah, kitaorg akan pegi kuantan jelah. In short, tempat kami ni, boleh dikatakan sempadan antara Pahang dan Terengganu. Amacam...special kan felda kami ni.

    Felda tempat kami adalah felda kelapa sawit. So, sape2 yg nak kenal ngan buah kelapa sawit ngan lebih dekat...datanglah ke tempat kami. Hidup kami sekeluarga ceria dengan saiz rumah yg sederhana sahaja. Kalau nak tahu, ladang kelapa sawit kami, terletak bersebelahan lebuhraya jerangau jabor. Ni siap bagi peta lagi kepada yang nak berkunjung ke rumah kami. Semua dijemput datang...jgn malu2 atau segan.

    Sekarang nak diceritakan pulak perihal keluarga. Emak saya ( 'mek' ), Rohani berasal dari Felda Tenang, Besut, Terengganu. Somethin' special about her, minat kat bunga dan verily expert in decorating bunga plastik dan bunga hidup. Terdapat banyak koleksi bunga2 yg diubahsuai dan kalau nak beli, bolehlah datang kat rumah. Kalau nak beli anak-anak pokok hidup pun ada. Dlm pada masa yg sama, mek saya jugak menjual kain dan menyediakan khidmat sewa pelamin serta perhiasan pelamin bagi sesiapa yg nak sanding. Harga pulak...murah dan berpatutan. Telepon dulu kalau nak datang, 09-514 0440. Kalau nak datang terus ke rumah pun boleh aje. Sila rujuk peta di atas. Sesiapa saje dialu2kan. Ayah saya ( 'ayoh' ), Ab. Rahim berasal dari Pantai Damat, Bachok, Kelantan dan bekerja sbg peneroka. Sekali sekala kalau balik kampung, saya tolong 'ayoh' kat ladang angkat buah kelapa sawit. Tentang 'ayoh', he has very beautiful handpainting and such a hardworking man. I'm proud to be your son...mek dan ayoh.

    Ahli keluarga kami yg pertama & kedua iaitu Rohaimi ( imi ) & Rosdi ( idi ) already get married dan masing2 mempunyai 2 org cahayamata. Yg lain belum lagi mendirikan rumahtangga, especially me....kui..kui..kui (open for 4 sections). Imi kerja kat Felda Chini, Kuantan sebagai kerani felda. Isterinya sy panggil Kak Nor manakala anak2 mereka ialah Nur Syafiqah dan Riduan. Idi pulak kerja kat Bank Islam kat Kuantan. Isterinya sy panggil Kak Ju. Anak2 mereka pulak ialah Rabiatul Adawiyah dan Afiq. Abang saya yg ketiga pulak, Rohaili ( ili ) dulunye study kat UKM in engineering course and currently kerja kat bangi. I ( izi ) pulak, korang just click kat '
Biodata' - malas nak ceghita. Somethin' have in common for 4 of us, semasa darjah enam, kami semua ni jadi ketua pengawas sekolah beb...bukan calang2 org kami ni...tabik spring sikit kat kitaorg ye.

     My 5th member, Rohaila ( ila ) pulak sekarang, tengah cari keje kat kuantan. Dulunya ila ni belajar kat L&G Twintech kat Damansara in IT course. Sebelum tu, belajar kat Sek.Men.Chukai Kemaman dan Sek. Men. Cheneh Baru, lepas tu dapat offer belajar kat Pusat Latihan Felda di Trolak. The 6th member in my family, Rahmat ( rohmat ) completed his study at Sek. Men. Teknik, Rompin dan sambung belajar kat Taman Teknologi Malaysia dlm kursus draughtsman. Sekarang keje kat gebeng, kuantan. Raisudin ( rais ) yg dulunya blaja kat Sek. Men. Cheneh Baru, Kemaman sekarang dah pun menempuh alam pekerjaan kat gebeng, kuantan. Rais ni aktif dlm Persatuan Kadet Polis dan terer berkawad, mcm saya dulu2 jugak. Mengikut permerhatian saya sbg abg diaorg..Ila, Rohmat dan Rais mereka bertiga ni lebih cenderung towards kemahiran punya bidang. Rodiah ( rodiah ) & Rosidah ( sidah ) pulak, masing2 in form 2 and standard 6. Rodiah belajar kat Sek. Men. Felda Neram 1 dan Sidah pulak belajar di Sek. Keb. Felda Neram Satu.  These two sisters are quite intelligent sbb selalu dapat hadiah kat sekolah. Cayalah lu all my adik2.

    So, boleh dikatakan glamer jugaklah my family kat felda tempat kita org tinggal. Tanyalah pasal keluarga 'Pok Rohim' atau 'Mek Ani' Kg. Padang Lalang, pasti org kenal...Jgn jealous ye...nanti lekas tua...hehe :-). That's all about my family, banyak nak diceritakan pasal my beloved family ni, 3 tahun tak cukup kot. Setakat ni ajelah ye...

 

gambar dgn keluarga masa raya tahun 2000, amacam..inilah ciri2 keluarga bahagia.

saya yg mana satu yer? 3 dari kiri, baju hijau muda...ensem kan? heh he :-)

akhir kata...

'Rumahku, Syurgaku...Rumahmu, Syurgamu'

| Muka Utama | Pengenalan | Biodata | Keluarga | Galeri | Aktiviti | Promosi |
|
Laman Lain |
Artikel | Pelbagai | Buku Tetamu | Hubungi saya | Peta Web |

^atas^


Web ini adalah tanda niaga?CybeRom.
Semua kandungan adalah hakcipta terpelihara 2004 © CybeRom dan pemiliknya.