|
*
Koleksi cerita lawak dan pengajaran serta teka-teki. Khas
dipilih dan didapati menepati citarasa dan disukai ramai dan
ia juga bertapis. Baca! Jgn tak baca....
Biskut
Rm
20 Sejam
Citer2 Lawak Pendek
Jurnal Seorang Anak
Kisah 3 nenek
Takdir Tuhan
Kisah Anak Solehah
Teka-teki
Biskut
Ada satu cerita ... Keindahan yang hakiki datangnya
dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu
waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut
yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita.
Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya
turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang
terletak disebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut
mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah
lelaki itu. "Alangkah tak malunya lelaki ni.....sudah
la tak mintak izin dari aku.... makan sama banyak
dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut wanita
itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang
terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut
yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita
itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang
terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh
darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu
marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi
lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu
dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita
itu berkata dalam hatinya "Berani sungguh lelaki
ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.."
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga
panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai.
Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu
kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka
beg kecilnya untuk mengambil barang.
Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan
biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.
Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut
yang aku makan tadi...Ya ...biskut yang dimakannya
tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap
lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut
dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari
awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh
kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi
dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah
pencuri biskut yang sebenarnya.
MORAL CERITA
Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu
bas/keretapi/ kapalterbang ...makan benda lain.
Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding
perempuan
Moral 3: Lain kali simpan biskut yang kita beli...makan
biskut orang dulu.
Moral 4: Klo dah makan biskut tu, offer le kat org
sebelah...
Biskut
Rm 20 Sejam
Citer2
Lawak Pendek
Jurnal
Seorang Anak
Kisah
3 nenek
Takdir Tuhan
Kisah
Anak Solehah
Teka-teki
|
|
Rm
20 Sejam ^atas^
Seorang
bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik
oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat
briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....
Anak:
Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah:
Hmmm...nak tanya apa?
Anak:
Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah:
Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si
ayah mula menengking.
Anak:
Amin saja nak tahu ayah...Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si
anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah:
20 ringgit sejam...Kenapa nak tahu?
Jerkah
ayahnya lagi.
Anak:
Oh..20 ringgit..
Amin
menundukkan mukanya.
Anak:
Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si
ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu
ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak
buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit???
Nak
beli mainan lagi??? Ayah penat-penat kerja cari duit,
kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk
bilik...tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si
anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya
yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira
2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan
besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan
di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu
banyak sebelum ini.
Dengan
perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu
benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"
Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.
Si
anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima
kasih banyak ayah!"
Lalu
dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota
10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
"Kenapa
kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak
itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"
Amin
tunduk...tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia menerangkan...
"Duit
ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari.
Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup
duit..."
"Tak
cukup duit nak beli apa??"
Jerkah
ayahnya lagi.
"Ayah...sekarang
Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin
nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak
ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam
dengan ayah..."
Jelas
Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
Moral:
Kongsilah
cerite ni ngan sesape aje. Yang penting sekali, kongsilah
masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada
sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang
bakal kerja esok lusa... atau sesiapa saja yang selalu
sibuk...
Jangan
biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa
berada di hati kita..
Bayangkan...bila
dah kerja nanti...kalau kita mati.. pihak syarikat akan
senang2 cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga,
rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka...
Fikirlah...selama
ni...apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk
insan yang kita sayang??
"Rumahku,
Syurgaku" - Mek, Ayoh, adik-beradikku sekalian,
I Luv U all.....
Biskut
Rm 20 Sejam
Citer2
Lawak Pendek
Jurnal
Seorang Anak
Kisah
3 nenek
Takdir Tuhan
Kisah
Anak Solehah
Teka-teki
|
|
Citer2
Lawak Pendek ^atas^
CITER
1
Dalam
hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa nampak,
aku cari jalan mudah -
follow
kereta depan, tiba-tiba kereta tu emergency brake, aku
sondol belakang keretanya, aku turun dalam hujan lebat
dan marah pemandu tu kerana berhenti mengejut, tapi
dia nampak hairan kerana dimarahi dalam garaj kereta
rumah dia ..
aku
blahhh
CITER
2
2
ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin
berenang menuju keseberang. Untuk sampai ke seberang
ia memerlukan stamina cukup. anjing A training habis-habisan,
anjing B relaks je. tiba masanya kedua-duanya
pun menyeberang dan anjing B sampai awal dr anjing A,
sempat makan lagi. nak tahu kenapa .. coz anjing B adalah
ANJING LAUT
CITER
3
Seorang
guru sedang mengajar di bilik darjah.
Guru:
Ali, m.a.k.a.n bunyinya apa?
Ali:
makan cikgu!
Cikgu:
Bagus Ahmad pula L.E.M.B.U bunyinya apa?
Ahmad:
Mooooooooooo ......
Guru:
*#***%%%#! #####...
CITER
4
Atok
membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat
ke dalam tong berwarna merah "Atok buat apa tu"
"Atok
bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya
bertanya lagi "Apa bangang sangat kawan atok duduk
dalam tong merah tu?" atoknya terlopong tak reti
nak menjawab.
CITER
5
Romantik
betul atuk dan nenek tu makan ayam goreng. atuk makan
manakala nenek asyik pandang saje. rupanya nenek tunggu
gigi palsu yang atuk guna. (mereka bergilir- gilir ikut
giliran)
CITER
6
Pada
suatu hari, pak pandir bersiar- siar,sampai di satu
lorong, dia terkejut lalu melompat. lalu dia menoleh
ke belakang dan terpandang satu objek hitam lantas dia
menghampirinya ...sambil membelek objek tersebut, 'macam
tahi" katanya dalam hati...dengan rasa tidak puas
hati... dia mencubit sedikit dan merasanya ... ehmm
tahi betul rupanya ... "mujurlah aku tak terpijak"
katanya sambil berlalu pergi ...
CITER
7
Seorang
makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai
yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai
tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba terlepas,
jatuh dan berwarna putih, takut dipanggil penipu, penjual
berkata "Tadi merah, pasal jatuh tu la, dia takut
jadi pucat dan putih" makcik tu pun baling kat
muka si penjual.
CITER
8
Sebuah
helikopter yang membawa 3 penumpang, juruterbang beserta
2 orang kenamaan, jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat
tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila
sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat
..
Polis:
Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan.
Juruterbang:
Mm..entahlah ..tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba
saya rasa sejuk
sangat.
Jadi, saya matikan kipas. Sedar-sedar, saya kat spital
......
kui
kui kui......lawak tak?
Biskut
Rm
20 Sejam
Citer2 Lawak Pendek
Jurnal
Seorang Anak
Kisah
3 nenek
Takdir Tuhan
Kisah
Anak Solehah
Teka-teki
|
|
Jurnal
Seorang Anak... ^atas^
Ayah
aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku
tuliskan sini adalah untuk
mereka
yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi
dan berjasa sebelum menyesal.
Kematian
abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi
meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah
besar.kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selama
nie setiap suka duka....pasti telefon dan maklumkan
pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan
bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.
Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak
yang terus menangis.
Syukur,
abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di
telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga
kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih
terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata
nya ke atas....sambil mengucap dan memejamkan mata.
Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan
digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah
lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan
selamat.
Sejam
sebelum kematian....sempat berbual dengan abah. Abah
kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time
AFTA nanti kereta honda jatuh harga. Boleh lah bawak
mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat...dah selera makan.
Pastu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru.
Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari
jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang
guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan
pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka
esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan
aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.
Apabila
Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat
atau menganjak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang
keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya
tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau
seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap
dua kalimah syahadah.
Pertama
kali pergi ke rumah mayat jenazah.Pertama kali naik
van jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama
kali tak tidur 2 hari, pertama kali asyik menangis,
pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air
mawar...semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga
takkan jumpa abah lagi.
Aku
memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai
kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi
kanan....pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku
ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan
mencium dahi nya semula.Ciuman ini adalah ciuman terakhir.
Semasa kecil aku selalu cium abah.Tetapi apabila dah
besar sudah lama tidak mencium pipinya.Ya Allah..tuhan
segala alam...aku dan abang mengangkat jenazahnya dan
mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian
abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata
sayu...penglihatannya kosong...setelah 36 tahun hidup
bersama abah...kini tinggal seorang.
Selaku
seorang anak...aku tahu bagaimana kasih seorang abah.
Abah seorang pendiam... sabar...dan alim. Jemaah masjid...bendahari
masjid...dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.
Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah
secara terus terang. Memang sayang abah...cuma...dengan
abah saya hormat dan memendam kasih saya. Lainnya pula
dengan emak...yang sentiasa berterus terang...seringkali
tidur di peha.
Kelmarin
aku baca dairi abah. Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara
anak-anaknya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya.
Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi abah
catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6...abah
catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya.
Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL...abah pun
catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat
rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok dll. Abah
catat Kak Se keguguran. Abah catat Shaifol (abang sulung)
ke KL...menangis kami semua bila baca dairi tue....
Abah
sayang anaknya...tak pernah tunjuk...sebab abah lebih
suka mendiam dan tidak
bercakap
pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya
banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya
sahaja. Ada kawan kampung abah baru nie cakap, "Abah
kamu masa hidup selalu cakap pasal anaknye. Sorang keje
sana sorang keje sini. Dia bangga ada anak macam korang".
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab
aku selalu fikir aku bukan anak yang baik.
Abah
memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta,
rumah, bil, kedai dll... memang semua tersusun. Aku
terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru, catatan
terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa
ingat kubur". Abah gariskan perkataan ingat kubur
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap
sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada Allah
untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah
memang suka budak kecik...pantang anak saper pasti dia
dukung..bawak berjalan...cucu-cucunya setiap kali balik
pasti nak tidur sama.
Kini
semuanya tiada.......
Ya
ALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa
abah. Baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun
nie nak kasi abah seribu mak seribu. Tapi Allah lebih
menyayanginya. Abah meninggal 5hb...tidak sempat merasai
bonus pertama
anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002. Kali nie tak
sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan
batu nisan untuk abah.
Tok
Imam ada cakap kat kami...."kubur ayah dikorek...pastu
ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih
tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah
kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup
tanah." "abah kamu wajahnya senyum walau pun
dah meninggal" "Abah kamu waktu dimandikan
dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...perkara
itulah menyedapkan hati kami...untuk jadi seperti abah...
Sembahyang
Jumaat minggu sudah di Masjid...aku memulangkan semula
duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari.
Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan
bilal turut menangis..."Dulu abah kau yang tolong
kira pastu tulis kat white board tu".
Ini
semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung
walau kerja apa sekali pun.
Ya
Allah...sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada
aku. Talkin buat abah masih segar..."Wahai Hj Badzri
Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar,
kiamat itu benar, Allah itu benar" dan kita yang
hidup akan pergi juga...Lelaki berat tanggungjawabnya.
Suami menanggung dosa isteri dan anak-anak. insyaAllah
selaku anak-anak, kami telah dibekalkan ilmu agama.
Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya. Sejak
mula bekerja, telah terlupa dgn nikmat Allah. Mak juga
seorang yang solehah. Saya yakin Allah maha pengampun
dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan.
Dulu
mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua...tapi
sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang
diri takut tak tenang hati teringat abah.
Inilah
perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada...jadikan
iktibar.....
Al-fatihah....
Wassalam
Moral:
Apalah gunanya jikalau wajah yg tampan atau cantik dan
tubuh yang kuat tetapi sukar untuk mengerjakan suruhan
ALLAH TAALA.
Fikirkan
lah sebelum terlambat...
Biskut
Rm
20 Sejam
Citer2
Lawak Pendek
Jurnal
Seorang Anak
Kisah
3 nenek
Takdir Tuhan
Kisah
Anak Solehah
Teka-teki
|
|
Kisah
3 Nenek ^atas^
Ada
3 org nenek kat rumah orang-orang tua , depa ni dok sembang-sembang
tentang kenyanyokkan
masing-masing.
Nenek
1: aku ni teruk betul lah. kalau aku letak satu barang
tu aku dah tak ingat kat mana aku letak..
Nenek2:
itu kira ok lah. aku lagi teruk..kalau aku turun naik
tangga..then apabila berhenti.. aku tak ingat samada
aku turun ke, naik tangga..
Nenek3:
apalah hang pa semua ni. aku yang tua dari korang pon
tak nyanyok seteruk
korang...kah..kah..kah..(ketawa
sambil mengetuk-ngetuk meja)
Tiba-tiba
nenek 3 yang bangga gila tu terdiam..
Nenek3:
oit..sapa pulak yang ketuk pintu tu?
Biskut
Rm
20 Sejam
Citer2
Lawak Pendek
Jurnal
Seorang Anak
Kisah
3 nenek
Takdir Tuhan
Kisah
Anak Solehah
Teka-teki
|
|
Takdir
Tuhan ^atas^
Alhamdullilah setelah hampir 4 tahun aku diperantauan
akhirnya aku pulang jua ke desa
tercinta bersama segulung ijazah dari University Of
Arkansas at Little Rock di USA. Kini aku sudah pulang
untuk mewarnai kehidupan Ibu dan Syakilla dengan sinar
kasih sayang diiringi kebahagian.
Dari serambi rumahku kelihatan Syakilla yang sedang
enak bermain melayani kucing
kesayangannya Tompok. Hanya Tompok yang tahu betapa
tulus dan sucinya hati yang dimiliki oleh Syakilla sedangkan
manusia yang dikurniakan akal dan fikiran pun tidak
mampu untuk menerima Syakilla dengan seadanya. Memang
berat tuduhan ini, tapi tidak kutujukan pada semua cuma
pada sebilangan insan yang sering memandang hina dan
jijik pada anak cacat seperti Syakilla.
Aku bersyukur dicelah-celah jutaan insan di mayapada
ini masih ada insan yang sudi
menerima dan menyayangi Syakilla. Insan yang paling
rapat dan terdekat mengasihi Syakilla tentulah Ibu,
selama 9 bulan 10 hari Ibu bertaruh nyawa untuk melahirkan
Syakilla.
Doktor menasihatkan Ibu supaya mengugurkan kandungannya
setelah mengesahkan kemungkinan bayi yang dilahirkan
cacat. Tambahan lagi dalam usia 45 tahun agak merbahaya
bagi Ibu untuk melahirkan anak. Namun naluri seorang
Ibu mengatasi segalanya Ibu sanggup menerima apa sahaja
risiko, tepat jam 6.30 pagi bersamaan hari Isnin 25
Julai 1994 Syakilla dilahirkan ke dunia ini.
Walaupun keadaannya nampak sempurna hakikatnya Syakilla
mengidap Dyslexia. Penyakitnya ini dapat dikesan ketika
Syakilla berusia 7 tahun dia masih belum mampu untuk
bercakap dan menguruskan dirinya sendiri. Berbagai teknik
perubatan telah digunakan dari moden hinggalah tradisional
untuk mengubati Syakilla agar Syakilla boleh bertutur.
Alhamdullilah dengan izin Allah Setelah Ibu dan Angah
bersusah payah berusaha keras, untuk mengubati Syakilla,
akhirnya penyakit Syakilla dapat diubati walaupun tidak
sepenuhnya tetapi kini dia sudah mula dapat bertutur
hasil dari rawatan tradisional Oleh Kiyai Umar. Keadaan
Syakilla semakin pulih dia kini sudah mampu bercakap,
namun pertuturannya agak pelat tetapi masih boleh difahami
apa yang ingin disampaikannya.
Namun hakikat kecacatannya tidak boleh diubah. Syakilla
memerlukan seseorang untuk mengasuh dirinya, dia tidak
boleh berdiri sendiri dan tidak mampu membezakan mana
yang baik ataupun buruk ini kerana dia terlalu beremosi.
Tetapi
aku yakin Syakilla boleh diasuh dan diajar sekiranya
betul teknik dan cara didikannya. Syakilla pasti boleh
dibentuk sekurang-kurangnya untuk menguruskan dirinya
sendiri. Sedar tak sedar kini Syakilla sudah berusia
10 tahun. Bentuk fizikalnya agak kecil berbanding budak
berusia 10 tahun. Syakilla kelihatan seperti kanak-kanak
berusia 7 tahun ditambah lagi dengan sifat keanak-anakannya.
Kalau diperhatikan dari raut wajahnya sekali pandang,
orang tak akan menjangka dia mengalami kecacatan pada
akalnya.
Lamunanku
akhirnya terhenti jua, jauh benar aku merentasi masa.
Suara rengekkan Syakilla menganggu kenanganku. "Acu,
jom mayin ola ngan Ila Acu". Kedengaran suara Syakilla
merengek manja mengajak Acunya bermain bola sambil memegang
bola di tangan kirinya. "Ler, Ila ni sibuk ler,
pergilah sana tak nampak ke Acu sibuk ni nak buat kerja
sekolah".
Kelihatan
dengan muka selamba Acu terus masuk ke bilik dan menghempas
pintu tanpa rasa bersalah meninggalkan Ila terpingga-pinga
memerhatikan gelagat kakaknya itu. Dengan air muka yang
kecewa ku lihat Ila berlalu sambil membawa bola getahnya
ke arah Tompok. "Ompok jom mayin ngan Ila Acu mayah
Ila, ian Ila". Tompok pula seakan faham dengan
kesedihan di hati Syakilla perlahan-lahan Tompok mengosok-gosokkan
kepalanya ke tangan Syakilla. 'Hai binatang pun lagi
pandai menghargai perasaan manusia' getus hati kecilku.
Tuhan
aje yang tahu geram betul aku lihat gelagat Acu, kalau
ikutkan panas baran aku memang aku rasa nak tampar aje
muka Acu, untuk tidak mengeruhkan keadaan aku masih
mampu bersabar. Tetapi aku yakin kalau sikap Acu berterusan
melayani Syakilla dengan kasar dan sedemikian rupa,
lambat laun tangan ini akan hinggap jua ke pipinya saat
dan ketikanya tak dapat di tentukan. Perlahan-lahanku
hampiri Syakilla sambil mengusap lembut rambutnya.
"Ila
jom main dengan Achik yer sayang, Ila nak main bola
sepak ke bola terbang?", tanyaku pada Ila. "Ila
nak mayin ola tabang". Katanya sambil melompat-lompat
riang. Bola itu ku balingkan ke arahnya dengan bersemangat
dia berlari-lari menangkap bola itu "ye..ye.Ila
apat Ola tabang cam ower langers acik ek", jerit
Ila penuh keseronokan setiap kali dia dapat menyambut
bola yang ku baling ke arahnya.
Dari
jauh dapatku perhatikan Ibu memerhatikan aku dan Ila
yang sedang bermain dari anjung rumah. Aku melihat ada
sinar kebahagian di mata Ibu setiap kali melihat Ila
ketawa terbahak-bahak seronok benar dia bermain denganku.
"Achik dah dekat pukul 6.30 ni dah nak mahgrib,
dah ler tuh, suruh adik kamu naik mandi dulu".
Kedengaran suara Ibu melaungkan namaku agar berhenti
bermain.
"Ila
pergi mandi dulu ya, nanti lepas mandi kita solat sama-sama
okey". Aku memberi arahan pada Ila, ku lihat Ila
berlari-lari anak terus naik kerumah tak sampai beberapa
minit kemudian ku lihat Ila turun kembali berlari-lari
ke arahku. "Chik nak pulok ! acih mayin ola ngan
Ila, Achik aiklah". Terharu betul aku dengan sikap
Ila. Boleh ke, dia turun balik semata-mata nak peluk
dan ucapkan terima kasih pada aku kerana bermain bola
dengannya suci betul hati adikku ini, bersama dengannya
aku merasai diriku benar-benar dihargai.
Ku
lihat Ibu menitiskan air mata merenung tepat ke mukaku.
"Achik terima kasih nak, kerana melayani dan menyayangi
adikmu sepenuh hati. Kamu tahu Achik sepanjang 4 tahun
kamu belajar di luar negeri, selama itu lah Adik kamu
Syakilla tak jemu-jemu bertanya tentang kamu, sayang
benar dia dengan kamu Achik. Ibu Senang hati bila melihat
ada di antara anak Ibu yang mampu melindungi Syakilla,
nak harapkan Abanglong, Kaklang atau Acu memang tak
adalah mereka nak menjaga adik kamu tu".
"Benci
benar mereka dengan Ila. Bila Ibu perhatikan yang ada
nilai kasih sayang pada Ila hanya kamu Angah dan Melisa.
Walaupun Angah kamu tu kahwin dengan Bangsa Asing Si
Melisa tu, sikap dia jauh lebih baik dari Isteri Abanglong
kamu". Rungut Ibu meluahkan rasa yang terbuku di
lubuk sanubarinya. Sejak ayah meninggal 5 tahun lalu
akulah tempat Ibu meluahkan rasa selain Angah dan Kak
Melissa.
Tiba-Tiba teringat pula pada kakak ipar ku yang cantik
jelita maklumlah Minah Mat Salleh Angah aku berkahwin
dengan Kak Melissa sewaktu dia belajar di Francis. Kak
Melisa Kacukan German Itali, dia telah memeluk Islam
sebelum mendirikan rumahtangga dengan Angah.
Walaupun Kak Melissa saudara baru sikapnya memang patut
dipuji dia seorang yang penyayang dia amat menghormati
Ibu dan menyayangi Ila seperti adiknya sendiri. Panjang
Umur Angah dan Kak Melissa baru aku terkenangkan mereka.
Mereka dah muncul di depan mataku, kemudian diikuti
dengan kereta Abang Long dan Kaklang bersama ahli keluarga
masing-masing.
Petang ini rumahku begitu meriah dengan kepulangan seluruh
adik beradikku maklumlah hampir aku terlupa esok cuti
minggu pertama selalunya setiap bulan cuti minggu pertama
mereka semua akan berkumpul di rumah Ibu. Ku lihat Ila
bila terdengar bunyi enjin kereta Angah terus aje dia
berlari mendakap dan menyalami Angah, kak Melissa dan
Shauqi anak buah kesayangannya, yang berusia 2 tahun.
"Ila mari sini nak, salam abang dengan kakak- kamu
ni". Kedengaran suara Ibu memanggil Ila, apabila
Ila buat tak tahu aje di atas kehadiran Abanglong dan
kaklang. Ku lihat Ila dengan separuh hati dan takut-takut
menyalami Abanglong dan Kaklang. Kedengaran Abanglong
dan kaklong berkata serentak, "kurang ajar ler
ko nih Ila tak reti nak salam kakak dengan abang ke?".
Kata mereka berdua bengang bila melihat Ila langsung
tak ambil tahu dengan kehadiran mereka sekeluarga. Tersenyum
sendiri aku apabila melihat gelagat Ila yang buat muka
selamba aje, apabila Abanglong dan Kaklang bersungut
memarahinya. Agaknya dia pun dah malas nak melayan perangai
Abanglong dan Kaklang yang suka memarahinya tak tentu
pasal.
Selesai Solat Mahgrib aku ke ruang tengah rumah untuk
mengajar Ila mengaji "Ila sini sayang kita mengaji".
Ku lihat Ila sedang bersiap sedia dengan baju kurung
dan muqadamnya menuju ke arahku dengan penuh bersemangat
untuk mengaji. "Buang masa je Achik, mengajar Ila
mengaji dah dekat 2 tahun Ibu mengajar dia mengaji tapi
tak reti-reti asyik ulang yang sama aje". Kata
Acu dengan bangga menghina adiknya sendiri. Tiba-tiba
Kaklang menyampuk. "Betul tu Acu, anak Kaklang
baru umur 7 tahun dah mengaji Quran juzuk 5, Ila ni
memang lembap".
Aku cuba menangkis hinaan Acu dan Kaklang terhadap Ila
dengan cara baik. "Acu dengan Kaklang ni kenapa
cakap adik macam tu, Acu tahukan Ila ni tak macam kita,
dia kanak-kanak istimewa sepatutnya sebagai kakak, Acu
kena bantu Ibu mengajar Ila mengaji sehari 10 kali pun
tak apa, ajar dia mengenal huruf alif, ba, ta, itulah
tanggungjawab sebenar Ila sebagai seorang kakak yang
normal terhadap adik yang kurang bernasib baik seperti
Ila ni".
"KakLang yang mengarut bandingkan si Amira dengan
Ila tu buat apa! Amira tu cacat ke? Kalau Amira tu pandai
mengaji, semua orang tak hairanlah Kaklang sebab dia
tu kanak-kanak normal. Kalau nak puji anak pun dan nak
membuat perbandingan tu biarlah lojik Kaklang...".
Sindiranku membuatkan KakLang dan Suaminya menarik muka
masam memandangku.
Aku masih cuba berlembut walhalnya dalam hatiku bagai
lahar gunung berapi. "Alah Achik ni tak kuasa Acu
nak mengajar kalau dah benak di tambah bodoh pulak tu
memang tak makan di ajar. Kalau Angah nak ajar-ajarlah,
tapi tolong jangan libatkan Acu. Acu dah bosan nak melayan
karenah Ila ni, takut lama-lama nanti otak Acu pulak
yang terencat". Jawab Acu dengan angkuh dan bersahaja
sambil memandang Kaklang lantas tersenyum sinis sesama
mereka. "Betul sangat apa yang kau kata tu Acu".
Sampuk Abanglong pula seakan menyokong tindakan biadap
KakLang dan Acu.
"Dah lah tu tak baik bertengkar macam ni malu kalau
orang dengar" tiba-tiba Angah bersuara untuk meredakan
suasana yang semakin terancam kedamaiannya. Namun kata-kata
Angah Cuma masuk telinga kanan, keluar telinga kiriku.
Di tambah pula bila ku lihat ada titis jernih di kelopak
mata Ila bergenang menahan sebak, airmukanya semakin
suram ketakutan, dia seakan meraih simpati dariku agar
terus membelanya. Aku tahu Ila faham dengan setiap penghinaan
terhadapnya cuma dia tidak bijak untuk menjawab. Tak
apa Syakilla Sayang Achik ada untuk membela nasibmu.
Pertimbangan dan kesabaranku kali ini kian menipis lahar
telah membuak gunung berapi
meletus jua akhirnya, mungkin inilah dikatakan tindakan
refleks bilaku sedar dipipi Acu melekap lima jariku
merah pipinya.
Acu teresak-esak menangis di dalam pelukan Ibu. "Achik
kenapa dengan kau ni nak? Sabarlah, mengapa kau tampar
muka adik kau ni?". Ibu bersuara tersekat-sekat
dan menangis kerana terperanjat dengan suasana yang
tidak dijangka ini. Dengan rasa tidak bersalah aku terus
menjawab pertanyaan Ibu. "Ibu, kalau ikutkan hati
bukan hanya Acu, malah Abanglong dan Kaklang memang
patut di tampar, mereka semua kurang ajar,
tidak bertanggung jawab!".
Kelihatan Abanglong dan Kaklang juga turut hilang pertimbangan
bila mendengar kata-kataku. "Achik kau jangan melampau!
Kurang ajar aku dan Kaklang ni abang dan kakak kau tahu
tak?". Abanglong bersuara bengis dan meluru ke
arahku mungkin ingin menamparku, sepantas kilat Angah
bertindak menghalang Abanglong dari merapatiku. "Sudahlah
tu Abanglong, kita dah tua kena bersikap rasional".
Rayu Angah untuk melindungiku dari serangan Abanglong.
Keadaan Semakin tegang aku terus jua menyambung hujahku
yang terhenti. "Abanglong, Kaklang sebab aku menghormati
kau berdualah, aku cuma menggunakan hak aku untuk menampar
Acu, adik aku supaya tidak terus bersikap kurang ajar
seperti kalian berdua. Syakilla tu adik kau orang. Biarpun
dia cacat dia tetap darah daging kau orang dunia akhirat!
Di mana nilai kemanusiaan, kasih sayang dan keimanan
dalam diri kau orang!!?. Kau ingat Ila nak dia cacat!!
Dia pun kalau boleh nak jadi macam kita menjalani kehidupan
yang normal!".
Di ketika ini aku dah hilang pertimbangan masa tu dah
tak ada perkataan abang kakak atau adik. Yang ada cuma,
kau aku. Sebelum aku berlalu, dengan berani aku merenung
muka mereka satu persatu dan menghabiskan hujah ku yang
terakhir. "Jangan lupa Syakilla juga punya hati!".
Aku rasa cukup puas kerana telah melakukan apa yang
patut pada mereka yang kejam dan menzalimi perasaan
suci anak cacat seperti Syakilla adik kesayanganku.
'Syakilla tidak minta dirinya sebegitu apa yang terjadi
takdirnya tuhan ke atas dirinya pasti ada hikmah disebalik
dugaan ini adikku sayang', bisik hati kecilku sendirian.
Lantas aku terus berlalu dan mencapai tangan Syakilla.
Kami berdua terus berjalan beriringan menuju ke pangkin
di bawah pohon mempelam yang telah dibina oleh ayah
10 tahun yang lalu masih kukuh disitu. "Chik Ila
ayang Chik anyak-anyak". Perlahan-lahan Ila memelukku
dengan penuh erat.
"Achik juga sayang Ila. InsyaAllah Achik akan sentiasa
menjaga dan melindungi Ila". Bisikku perlahan padanya.
Aku merenung Ila, matanya mula bercahaya ada sinar keberanian
dan keyakinan dalam dirinya kini. Mungkin dia rasa kini
adanya aku sebagai wira untuk melindunginya selain ibu
dan Angah. Aku dan Syakilla terus bersembang dan bergelak
ketawa berdua. Aku rasa kini ada ketenangan dan kebahagian
dijiwaku, kemarahanku kian reda bila mendengar bicara
dan gelak ketawa Syakilla.
Syakilla seakan sudah lupa kejadian yang baru berlaku
kira-kira setengah jam yang lalu. Jiwa Syakilla terlalu
bersih sehingga dia tidak sempat untuk berdendam dengan
AbangLong, KakLang dan Acu. "Achik, Syakilla...mari
naik nak". Ibu kini sudah berdiri di depan kami
berdua memujuk aku dan Ila masuk ke rumah. "Tak
apalah Ibu...duduk disini lagi tenang, di sini ada damai".
Jawabku perlahan pada Ibu.
"Shini besh ada uai ada okok ila nak idur ngan
Chik kat shini...ibu jommm..". Kata Ila pula merengek-rengek
manja sambil menarik Ibu untuk turut serta duduk di
pangkin. Perlahan-lahan Ila meletakkan kepalanya dipangkuan
Ibu sambil mengajakku baring di sisinya. "Tak apalah
Ila tidur dulu atas riba ibu ya". Kataku padanya
sambil mencium dahinya. Terlalu mudah Ila terlena tak
sampai 5 minit ibu mengusap-usap rambutnya dia sudah
pun terlena
dipangkuan Ibu.
"Ibu, Achik marilah kita naik ke rumah hari sudah
jauh malam". Kini tiba giliran Angah dan isterinya
pula menjemput aku dan Ibu naik. Kemudian Angah mendekati
Ibu dan perlahan-lahan mengangkat Ila dari pangkuan
Ibu untuk dibawa ke bilik Ibu. "Jom Achik kita
naik". Kata Ibu sambil memimpin tanganku untuk
naik ke rumah. Tersenyum sendiri aku melihat gelagat
Ibu. Beriya-iya benar dia memimpin tanganku.
Takut
benar dia aku merajuk dengan Abang dan Kakakku. Jangan
takut Ibu. Aku tak akan merajuk dan berdendam dengan
mereka, dari Syakilla aku belajar untuk menjadi seorang
insan yang berhati suci dan tidak berdendam. Yang berlalu,
biarlah berlalu. Namun jauh disudut hatiku, aku akan
terus memanjatkan doa kepada Ilahi semoga pertengkaran
tadi
akan membuka pintu kesedaran untuk Abanglong, Kaklang
dan Acu agar memberi ruang di hati mereka untuk menyayangi
dan mengasihi Syakilla sepenuh hati keranamu Ya Allah.
Biskut
Rm
20 Sejam
Citer2
Lawak Pendek
Jurnal
Seorang Anak
Kisah
3 nenek
Takdir Tuhan
Kisah
Anak Solehah
Teka-teki
|
|
Kisah
Anak Solehah ^atas^
" Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang
bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu
nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai
jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik
yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya
minggu depan bayaran mesti dibuat," beritahu pegawai
itu lagi. "Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa
segera," janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin
segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik
ke rumah. "Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei
sebaik turun dari keretanya. "Apa bendanya terlolong-lolong
ni bang?" tanya Mak Pah. "Ada berita baik
ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan
tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.
Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,"
cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.
"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu
dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada
dalam senarai." "Betullah Pah oii...saya ni
baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian
awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."
"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu
tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek
mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu."Mak Pah
merenung gusar wajah suaminya.
"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan
Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak,
cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin
berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang
itu tidak akan menghampakan harapannya. "Lusa hari
minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik, boleh la
nanti kita berunding," cadang Pak Uwei. "Kalau
tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu.
Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa
pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit
anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan
Pak Uwei.
"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita.
Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi...takkan
nak hulur dua ribu pun tak boleh. Lagipun selama ni
kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan
kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang
menggunung digantungkan kepada anaknya.
"Tapi bang...". "Dahlah...pegi siapkan
kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.
Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei
sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati
Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian
Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya
menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya. "Insya
Allah Kis balik nanti abah. Emm...abah nak Kis suruh
Intan balik sama?" tanya Balkis. "Ikut suka
kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan
tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya...," balas
Pak Uwei.
Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya
cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap
degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan
dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz
dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur
sepatah,sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei
ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja
kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini
hubungan mereka seperti orang asing.
"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu.
Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak
bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.
"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah
Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram."
bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.
"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja
kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang
rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak,
bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam
tu?" "Itulah abah, selalu nampak yang buruk
aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat
abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya
hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah."
Intan cuba membuat abahnya faham.
"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang
dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah
dia membantah cakap macam kau ni!" "Intan
memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan
membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan
bara dalam dada abahnya.
"Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau
kau nak pergi, pergi...aku dah tak larat nak larang.
Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah. Kau buat
apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!"
Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan
langsung apa yang Intan nak buat.Namun begitu Intan
tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba
biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu
menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya
pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya.
Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah
sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat
sikit," Pak Uwei memulakan bicara. "Hajat
apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam
senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup
lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak
banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan
hasratnya. "Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu
sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan
buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah
Az ikhtiarkan," ujar Muaz.
"Tapi...pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat
segera selewat-lewatnya minggu depan." "Kalau
dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat.
Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka
tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,"
jawab Muaz serba salah.
"Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak
buat apa?" tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.
"Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat
kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing
nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah,
pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri
Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.
"Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti
abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah
durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling
pada Balkis. "Kis pun rasanya tak dapat nak tolong
abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah
modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah...
ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."
Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan
Balkis.
"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam
duit kad kredit boleh. Tapi yelah kata orang kalau nak
ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman." "Betul
kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman
dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei.
Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa
bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan
menghampakannya.
"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah
abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki
mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan
keadaan. "Kalau nak pergi sendiri dah lama saya
pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak
tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak
ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei
bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan
rasa kesal.
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang
tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan
faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga
anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya
begitu. "Anak awak tu tak balik ke?" tanya
Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik
bersama abang dan kakaknya. "Tak, katanya cuti
sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil
mencapai kain selendangnya.
"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat
Mak Pah bersiap-siap. "Nak ke kedai Long Semah
tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya."
Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya.
Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar
membeza-bezakan anak.
Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap
hendak keluar. "Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi
dah bersiap ni?" "Intan ada hal sikit kat
bandar mak. Intan pergi dulu ye."
"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan,"
suruh Mak Pah. "Tak payah mak, Intan nak pergi
banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi
dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu.
Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang
keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika
Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya
sedang menikmati juadah tengah hari.
"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar
tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung
salai, mak masak lemak cili api." "Ingat lagi
abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan
tak bertangguh mencapai pinggan. "Mak bapak memang
tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang
lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan
tersenyum pahit.
Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat
Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang
sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar.
Mak Pah pula melipat kain.
"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...,"
ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar
yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang
digunakan untuk membaca. "Apa hal... kamu nak kahwin
ke?" soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak
tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak
besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama,
riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu
mula menyatu.
"Abah ni... ke situpulak...." "Habis
tu?" "Ini... kad Tabung Haji mak. Tadi Intan
ambil dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke
akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu
untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi
ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat
nanti. "Intan memasukkan duit itu dalam genggaman
Pak Uwei. "Apa??" Pak Uwei terkejut matanya
merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.
"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu.
Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah.
Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak
pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun
Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak
Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis,
apatah lagi bijak seperti mereka.
Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali
ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali
abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak
Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang
ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian
Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata
menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.
"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil
duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan
Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak
abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah
Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran
hati anak yang selama ini dimusuhinya.
"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita
ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian
Intan." "Pemberian kau ni terlalu terlerai
bagi abah dan mak kau Intan...," ujar Pak Uwei.
Intan peluk abahnya erat.
"Hah... tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan
anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil
mengesat airmata penuh kesyukuran. "Mak ni...,"
gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak
saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah.
Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.
"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk
ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang
keperluan semasa di Mekah.
"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan
mak belikan di sana nanti?" "Tak ada mak.
Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang
penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."
"Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan
ibadah bukan nak membeli-belah," tambah Pak Uwei
yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.
"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun
dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan
bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil
memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah
air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya.
Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang
kesulitan terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan
rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu
Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun
tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.
"Kenapa resah aje ni bang?" Mak Pah terjaga.
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan
dan anak-anak kita." "Sabarlah dah nak sampai
dah ni," pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei
sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. "Mak...
abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan
kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis
laju.
"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak
Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. "Mereka
menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis
sambil mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak
datang juga ke?" tanya Pak Uwei terasa hampa. "Awak
ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah."Mak
Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas
dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk
sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak
Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai
ada yang tak kena.
"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau
terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar
cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada
Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.
"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang
bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun
terasa sayu.
"Tapi abah rasa macam ada yang tak kena aje Az,
dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu
dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya
renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau
Az?" "Err... tak ada abah. Kita berhenti minum
dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman. "Tak
payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,"
tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.
Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka
dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir
menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah
bersalaman dengan ibubapa mentuanya. "Sihat, cuma
batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik, ke?"
Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. "Naik
dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.
"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila
tak seorangpun memberitahu di mana Intan. Pantas dia
memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku
pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang
bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya
Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa
lemah, dia berpaut pada tepi pintu. "Sabar abah...,"
Muaz menggosok belakang abahnya. "Kenapa Az...kenapa?"
Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan
melangkah laju ke bilik Intan.
"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu
memeluk emaknya yang terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak
Pah terus pengsan.Bila dia terjaga dia melihat anak
menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk ditepi kepalanya.
"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan
pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya
nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long
Semah yang masih belum pulang.
"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang
dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap
barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan
supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta
kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu
Mak Pah yang tersedu."Bila dia meninggal? Siapa
yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah.
"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik
kematiannya mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini,
katanya nak kemaskan rumah. Mak dan abah nak balik.
Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis
tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak
boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya
masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya.
Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas.
Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,"
cerita Muaz.
Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan
bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan
pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar
suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah
belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan
mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan
akhirat.."
Biskut
Rm 20 Sejam
Citer2
Lawak Pendek
Jurnal
Seorang Anak
Kisah
3 nenek
Takdir Tuhan
Kisah Anak Solehah
Teka-teki
|
|
Cuba
dahulu, klo tak dapat gak, boleh tengok jawapan kat
bawah...
1.
kalau masuk kandang kambing mengembek, kalau masuk kandang
harimau?
2. apa dia: ayam di luar, ikan di dalam?
3. ada seekor monyet dikejar seekor harimau. monyet
ini memanjatlah satu pokok ni. bila dah sampai half-way,
rupa-rupanya ada sekor ular sawa kat atas pokok tu.
camana monyet tersebut ingin menyelamatkan dirinya?
4.
banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah?
5.
buta apakah yang boleh nampak?
6.
kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?
7. banyak-banyak jenis ikan, ikan apakah yg selalu sakit
perut?
8. apa dia: bila kecik dia hitam, bila besar dia putih?
9.
banyak-banyak singa, singa apa yg tak makan daging?
10.
kenapa hidung lembu berair?
11.
burung apakah yang paling penyayang?
12.
kenderaan apakah yang paling tua di dunia ini?
13.
lembu apakah yang selalu dicari?
14.
kalau seorang, sendiri tahu. kalau berdua, dua-dua sama
tahu. bertiga tiada siapa yang tahu kecuali orang yg
buat. kalau berempat, lagi lah tak tahu .... apa dia?
15.
bom apa yang tidak pernah meletup?
16.
kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
17.Dalam
banyak-banyak negara, negara manakah tidak boleh duduk?
Berehat
dulu, dapatkan kit-kat dikedai2 behampiran...jawapan
teka-teki ada di bawah gambar org ngantuk ni...hehehe
:-)

Jawapannya
ialah:
1.
mengucaplah dua kalimah syahadat sebelum kena ngap
2.
ikan sardin cap ayam
3.
tak payahlah korang pikir camana monyet tu nak selamatkan
dirinya, banyak lagi masalah korang kena pikir....umpamanya
nak beraya kat mana tahun ni
4.
air hitam
5.
buta hati & buta perut
6.
ikan jadi banyaklah
7.
ikan kembung
8.
michael jackson
9.
singapura
10.
lembu tak tahu kesat hidung dengan tisu .... lagi satu,
bau tuan dia ..hahahaha
11.
burung belatuk .... sebab dia bela atuk
12.
motosikal & basikal ..... sebab dia ada tongkat
13.
lembu yang hilang
14.
kentut
15.
bomba & kuih bom
16.
teksi
17.
Negaraku.
Biskut
Rm 20 Sejam
Citer2
Lawak Pendek
Jurnal
Seorang Anak
Kisah
3 nenek
Takdir Tuhan
Kisah
Anak Solehah
Teka-teki
|
|
|
"Tamat
dah..."
p/s:
klo kengkawan ada artikel menarik, plz emel me....
Email
kawan anda tentang artikel ini
|
Muka
Utama | Pengenalan
| Biodata
| Keluarga
| Galeri
| Aktiviti
| Promosi
|
| Laman
Lain |
Artikel
| Pelbagai
| Buku
Tetamu | Hubungi
saya |
Peta Web
|
^atas^
|
Web
ini adalah tanda niaga?CybeRom.
Semua kandungan adalah hakcipta terpelihara 2004 © CybeRom
dan pemiliknya.
|
|