ANIME : HUNTER X HUNTER : DRAGON BALL : DORAEMON : SHIN CHAN :

CARDCAPTOR SAKURA

:: PENGENALAN ::

Kisah ini bermula dengan pertemuan antara Sakura dan Kero.Kero adalah penjaga kad clow, dia memilih Sakura sebagaai penangkap kad clow "Cardcaptor" kerana Sakura telah membebaskan semua kad-kad clow tersebut. Menurut kata Kero, bukan semua orang boleh membebaskan kad clow kecuali sesiapa yang mempunyai kuasa sihir.

Pada mulanya Sakura enggan, tetapi akhirnya dia bersetuju kerana kad clow boleh mendatangakn bahaya jikalau ianya dibiarkan bebas. Mulai dari saat itu, Sakura digelar "Cardcartor Sakura". Dia ditemani oleh rakan karibnya, Tomoyo yang selalu menyediakan kustom dan merakamkan semua aksi Sakura ketika menangkap kad.

Tidak beberapa lama, datang seorang budak lelaki yang bernama Li Shaoran dari Hong Kong. Dia juga seorang penangkap kad. Dia mula bermusuhan dengan Sakura, apabila mengetahui Sakura juga adlah seorang penangkap kad. Shaoran menyatakan bahawa Sakura tidak layak untuk menjadi seorang penangkap kad. Lama-kelamaan, Shaoran dan sakura mula berkawan baik setelah dia melihat keupayaan Sakura.

Akhirnya, Sakura berjaya menangkap kesemua kad dan Kero kembali menjadi ke bentuk asal.


:: BIODATA PELUKIS ::

CLAMP, kumpulan kreatif komik gadis yang terdiri daripada 4 kartunis wanita:-Nanase Okawa, Satsuki Igarashi, Miku Nekoi dan Mokona Apapa. Dalam CLAMP,kesemua ahlinya mempunyai posisi serta tugas yang tersendiri.

  • Nanase Okawa-ketua kumpulan yang menghasikan karya asal dan skrip.
  • Miku Nekoi-pengarah seni
  • Mokona Apapa-kartunis utama
  • Satsuki Igarashi- menangani lakaran atau perekaan

Keunikkan komik CLAMP ialah memperlihatkan gaya lukisan yang berlainana dalam setiap karya mereka (melebihi 25 tajuk),maka cara penghasilan komik yang penuh kreativiti ini telah mendatangkan keseronokkan membaca yang luarbiasa kepada.Pada peringkat awal,CLAMP ditubuh oleh 7 orang pelajar sekolah menengah karya karya mereka di siarkan di dalam majalah komik amatur SHOTEN lalu menjadi bintang amatur.

Kemudiannya,karya HIKAYAT SAKTI(terjemahan)yang pernah muncul di dalam majalah komik amatur mendapat perhatian majalah CLAMP memasuki majalah komik komersial.Plot cerita dan teknik melukis HIKAYAT SAKTI mendapat penilaian tinggi dari pihak pembaca pada tahun 1996.

Disamping itu, karya TOKYO BABYLON yang disiarkan dimajalah SAUSU dan X yang disiarkan di majalah ASUKA juga mendapat pencapaian yang cukup baik. Akhirnya,TOKYO BABYLON di O.V.A kan. Manakala filem animasi X menemui para peminat pada tahun 1998.

Seterusnya, CLAMP menghasilkan Magic Night Rayearth untuk majalah komik gadis NAKAYOSHI. Karya ini berjaya memperluaskan kumpulan pembaca CLAMP kepada golongan kanak-kanak. Tambahan pula, Magic Night Rayearth juga dijadikan animasi dan permainan. Kerjaya *CLAMP mencapai kemuncak baru apabila kemunculan karya CARDCAPTOR SAKURA di Majalah NAKAYOSI. Komik, animasi dan produk dagangan karya ini menjadikan nama CLAMP dikenali ramai diseluruh dunia!.

Kini CLAMP menghasilkan Angelic Layer untuk majalah MONTHLY SHONEN ACE

:: WATAK-WATAK ::

KINOMOTO SAKURA

sakura Tarikh Lahir: 1 April
Kump. Darah: A
Matapelajaran Yg Disukai: Pendidikan Jasmani, Muzik
Matapelajaran Yg Tidak Disukai: Matematik
Kelab: Kelab Pasukan Penyorak
Warna Yg Disukai: Merah jambu, Putih
Bunga Yg Disukai: Sakura
Makanan Yg Disukai: Nasi goreng telur, mee
Benda Yg Paling Diingini: Beg buku baru

DAIDOUJI TOMOYO

tomoyo Tarikh Lahir: 3 September
Kump. Darah: A
Matapelajaran Yg Disukai: Muzik, Bahasa Jepun
Matapelajaran Yg Tidak Disukai: Tiada
Kelab: Koir
Warna Yg Disukai: Perang Muda
Bunga Yg Disukai: Sakura
Makanan Yg Disukai: Masakan itali
Benda Yg Paling Diingini: Video kamera Baru

KINOMOTO TOUYA

touya Tarikh Lahir: 29 Februari
Kump. Darah: O
Matapelajaran Yg Disukai: Kimia
Matapelajaran Yg Tidak Disukai: Tiada
Kelab: Bola Sepak
Warna Yg Disukai: Biru
Bunga Yg Disukai: Persik
Makanan Yg Disukai: Stik
Benda Yg Paling Diingini: Kasut Sukan

TSUKISHIRO YUKITO

yukito Tarikh Lahir: 25 Disember
Kump. Darah: AB
Matapelajaran Yg Disukai: Matematik
Matapelajaran Yg Tidak Disukai: Tiada
Warna Yg Disukai: Putih
Makanan Yg Disukai: Semua
Benda Yg Paling Diingini: Kotak Nasi Baru

KEROBEROS

gambar kero Nama Panggilan: Kero
Hari Jadi: Rahsia
Makanan Yg Disukai: Makanan Manis
Makanan Yg Tidak Disukai: Makanan Pedas
Warna Yg Disukai: Merah, Jingga
Tempat Tinggal Sekarang: Bilik Sakura

LEE SHORAN

gambar shaoran Tarikh Lahir: 13 Julai
Kump. Darah: O
Matapelajaran Yg Disukai: Matematik dan Pendidikan Jasmani
Matapelajaran Yg Tidak Disukai: Bahasa Jepun
Warna Yg Disukai: Hijau
Makanan Yg Disukai: Coklat