:: PENGENALAN ::
|
 Ia dimulakan sebagai::
Sebuah manga mingguan bersiri majalah <Shonen Jump Weekly> pada 1998.
Pelukis Manga::
Yoshihiro Togashi, iaitu pelukis yang pernah menghasilkan Yu Yu Hakusho.
Jumlah Jilid (Manga)::
14 .
Episod Animasi TV::
62
Stesen Penyiaran::
Fuji Television
Masa Penyiaran::
Dari pertengahan Oktober 1999 hingga Mac 2001
|
:: SINOPSIS ::
|
Dengan hanya dilengkapi dengan sebuah joran,Gon, menyertai sebuah organisasi yang bernama 'Hunters'. Tujuanya adalah untuk bertemu dengan ayahnya yang telah lama hilang.Di situlah juga dia bertemu denag kawan-kawanya yang amat berkebolehan seperti Killua, Kurapica dan Leorio dan juga musuh yang dahsyat seperti Hinka dll.
|
:: BIODATA PELUKIS ::
|
 Yoshihiro Togashi dilahirkan di Yamagata Prefecture pada 27 April 1966. Jenis darahnya ialah A dan berbintang Taurus. Dia mempunyai seorang adik perempuan dan seorang abang yang telah memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi seorang mangaka. Manga pertama yang telah dihasilkanya ialah pada tahun 1988 untuk Pertandingan Bakat-Baru Shonen Weekly Jump iaitu "Tende Showaru Cupid". Dia menjadi semakin terkenal apabila menerbitkan manga 'Yu Yu Hakusho pada tahun 1990. Melaui manga itu di mula dikenali di seluruh Jepun.
Togashi sangat suka melukis, bagaimanapun apabila ada masa terluang beliau suka menonton filem seram, menonton TV, bermain video game, bowling dan bersantai bersama keluarga .
Jika anda berminat untuk menulis kepada pelukis ini:
Mr. Yoshihiro Togashi
Shueisha; Shukan Shonen Jump
2-5-10 Hitotsubashi
Chiyoda-ku Tokyo 101-8050
JAPAN
Maklumat dari U.S. Shonen Jump Volume 1; Issue 5, May 2003
|
Tahun | Peristiwa
1966 | Lahir di Shinjo, Yamagata Prefecture, Japan
1986 | Memenangi Anugerah Tezuka untuk Pelukis Manga.
1988 | Kemunculan pertama melalui manga "Tende Showaru Cupid" yang disiarkan oleh majalah "Weekly Shonen JUmp".
1989 | Togashi menerbitkan "Okami Nante Kowakunai"
1990 | Yu Yu Hakusho bermula :-)
1994 | Yu Yu Hakusho berakhir :-(
1996 | Togashi menerbitkan "Level E"
1998 | Togashi memulakan "Hunter x Hunter"
1999 | Berkahwin dengan Naoko Takeuchi, pelukis"Sailor Moon"
| | | | | | | | | |
Fakta-Fakta Menarik
Hunter x Hunter telah dijual sebanyak 20 juta naskah. (U.S. Shonen Jump Volume 1; Issue 5, May 2003)
Togashi mula melukis ketika di tahun pertama atau kedua elementary school.
Tempat kegemaran Togashi ialah Turkey, Mesir, and Spain.
Dia berkahwin dengan pelukis 'Sailormoon' Naoko Takeuchi
Makanan kegemaranya ialah ais krim dan puding.
|
|
:: WATAK-WATAK :: |
GON FREECSS
|
Tarih Lahir- 5 May
Tempat Lahir- Whale Island
Tinggi- 154cm
Berat- 49kg
Jenis Darah- O
Hatsu- Kyouka
Seiyuu
Takeuchi Junko
Latar Belakang
Anak kepada pemburu termasyur Ging Freecss.Gon ditinggalkan kepada Mak Ciknya untuk dijaga sejak masih bayi.Pertemuan dengan Carter telah menyemarakkan semangatnya untuk mencari ayahnya dan mendapatkan 'Hunter License'.
Kebolehan
Deria rasa,bau dan dengar yang luarbiasa.Nalurinya membantu kawan-kawanya melalui banyak rintangan ketika menyertai 'Hunter Exam'.Kebolehan istimewanya ialah dapat bercakap dan berkawan dengan binatang.
Keupayaan Berlawan
Senjata yang di gunakan ialah joran.
|
KILLUA ZAOLDYECK
|
Tarih Lahir-7 July
Tempat Lahir- Kukulu Mountain
Tinggi- 158cm
Berat- 49kg
Jenis Darah- B
Hatsu- Enka
Seiyuu
Mitsuhashi Kanako
LAtar Belakang
Killua dilahirkan dalam keluarga pembunuh ganas termasyur iaitu keluarga Zaoldyeck.Dia telah mahir beberapa teknik membunuh ketika masih kecil lagi.Bosan dan letih dengan hanya membunuh dia memberontak menentang keluarganya, dia mencederakan ibu dan abangnya, kemudian melarikan diri dan menyertai 'Hunter Exam'.Pertemuan dengan Gon semasa di halangan yang pertama dia melihatkan Gon sebagai seorang pesaing dan ia berakhir dengan persahabatan.
Sifat-Sifat
Secara luaran, Killua seolah-olah seorang budak yang riang, gembira dan penuh dengan idea-idea nakal. Bagaimanapun, kekejamanya dan kecenderunganya untuk membunuh memperlihatkan dirinya yang lain - iaitu berbahaya, kejam dan suka menumpahkan darah.
Keupayaan Berlawan
Killua tidak mengunakan sebarang senjata dalam pertempuran. Dia hanya mengunakan tanganya yang boleh bertukar menjadi kuku yang bertindak sebagai pisau yang tajam untuk membunuh mangsanya dengan pantas.
|
KURAPICA
|
Biodata
Tarikh Lahir- 4 April
Tinggi- 171cm
Berat- 59kg
Jenis Darah- AB
Hatsu- Gugenka and Tokushitsu
Seiyuu
Kaida Yuki
Latar Belakang
Kurapica adalah dari kaum Kuruta. Mereka mempunyai sepasang mata yang beleh bertukar menjadi warna merah apabila mereka marah. Kemasyuran tentang mata merah menyala itu menyebabkan mereka menjadi buruan pengumpul harta.
Beberapa tahun yang lalu,'Phantom Brigade' datang ke tempat Kurapica dan membunuh keseluruhan kaumnya.Sebagai ahli yang hanya terselamat, dia bersumpah untuk membalas dendam dan mendapatkan kembali mata orang-orangnya yang telah dicuri.
Personaliti
Cerdik dan berpengetahuan luas.
|
LEORIO
|
Tarih Lahir- 3 March
Tempat Lahir- Tidak diketahui
Tinggi- 193cm
Berat- 85kg
Jenis Darah- O
Seiyuu
Goda Hozumi
Latar Belakang
Masih banyak tanda tanya tentang Leorio. Apa yang dikerahui ialah, dia pernah kehilangan kawan rapatnya yang sakit.Leorio sangat menyesal kerana tidak dapat menyelamatkan kawanya, tiada duit dan juga tiada pengetahuan untuk merawat penyakit kawanya itu. Oleh yang demikian, dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor - bukan sahaja untuk mmerawat pesakit, tetapi dia tidak akan menerima bayaran dari golongan miskin.
Personaliti
Leorio bukan seorang yang mudah mengalah dalam pertempuran. Seorang yang setia dan boleh dipercayai. Bertindak sebagai abang dalam kumpulan tersebut. Bagaimanapun, kegopohanya kadang-kadang menyebabkan masalah kepada orang di sekelilingnya.
|
|