ANIME : HUNTER X HUNTER : CARDCAPTOR SAKURA : DORAEMON : SHIN CHAN :

DRAGON BALL

:: PENGENALAN ::

Kisah ini bermula dengan pertemuan diantara Bulma dan Goku.Goku masih kanak-kanak pada masa itu dan Bulma adalah seoranng remaja pintar yang sedang mencari bola naga (dragonball) dengan menggunakan radar yang diciptanya. Dia telah melakukan penyelidikan tentang bola naga dan mendapati jika dia dapat mengumpul kesemuanya iaitu sebanyak 7 biji, Dewa Naga akan muncul dan memenuhi impiannya.Goku, pemilik bola naga yang berbintang empat dengan sudinya menolong Bulma memenuhi impiannya.

Dalam perjalanan itu, merekamenemui banyak kawan dan lawan. Goku dihadiahkan 'awan terbang' oleh Pendekar Penyu kerana menolongnya. Goku kemudian belajart ilmu mempertahankan diri darinya. Disitu jugalah dia berkawan dengan Kie dan Mu. Selepas belajar selama beberapa tahun, mereka menyertai Kejohanan Seni Mempertahankan Diri.

Beberapa tahun telah berlalu, Goku membesar dan menjadi bertambah kuat.Musuh pula tidak henti-henti datang menyerang bumi.Majumia, makhluk asing dari planet Nmeck adalah musuh yang agak sukar untuk tandingi. Bagaimanapun, Goku dapat mengalahkan dalam Kejohanan Seni Mempertahankan Diri.Goku berkahwin dengan Chi-Chi dan mendapat 2 orang anak lelaki iaitu Gohan dan Goten.

Musim baru, musuh baru....Kali ini ada 2 orang makhluk asing yang berwajah manusia dari planet Saiya, iaitu Vegeta dan Radietz datang untuk melawat Goku. Radietz(abang Goku) memaksanya untuk bersama dalam manakluki bumi. Radietz menculik Gohan apabila Goku enggan bekerjasama. Goku berlawan dengan Radietz untuk menyelamatkan anaknya. Dengan bantuan Majumia, mereka dapat membunuh Radietz tetapi Goku juga terbunuh. Majumia, melatih Gohan dengan keras tetapi Gohan dapat menerimanya.


:: BIODATA PELUKIS ::

Toriyama Akira, setiap pembaca komik Jepun kenal akan nama ini.Karya-karya Toriyama, terutamanya siri Dragon Ball mendatangkan pengaruh yang sangat besar kepada industri komik Asia, tidak kira dari segi perekaan plot dan watak, ataupun teknik pertarungan. Gaya lukisan unik serta idea luar biasa telah menjadikan Toriyama Akira seorang kartunis yang sempurna!

Toriyama Akira dilahirkan pada 5hb April 1955 di Wilayah Aichi. Pada tahun 1974, Toriyama yang berusia 19 tahun sebagai pereka iklan setelah menamatkan pelajaran sekolah tingginya. Toriyama Akira mula melukis komik kerana tertarik dengan hadiah wang tunai yang ditawarkan dalam pertandingan melukis komik anjuran Majalah . Walaupun Toriyama tidak memenangi sebarang hadiah dalam pertandingan itu, tetapi beliau tetap melukis dan mengirimkan karya kepada syarikat-syarikat majalah komik seolah-olah menjadi satu kebiasaannya.

Pada tahun 1978, karya Toriyama yang bertajuk WONDERLAND diterima oleh Shonen Jump.Pada tahun 1979, Toriyama mencipta nama dengan komik DR, SLUMP yang menceritakan kisah lucu diantara seorang saintis dan robot ciptaannya. Akhirnya, DR. SLUMP dianimasikan pada tahun 1981. Sejak itu, Toriyama Akiar mula dikenali ramai dinegara-negara Asia apabila stesen TV tempatan menyiarkan siri animasi DR. SLUMP.

Pada tahun 1984, industri komik sedunia bergegar apabila Toriyama Akira menghasilkan DRAGON BALL. Jumlah jualan majalah Shonen Jump tuirut meningkat kepada 6,000,000 naskah setiap minggu kerana menyiarkan komik ini. Kejayaan DRAGON BALL telah mngukuhkan kedudukan Toriyama Akira sebagai bkartunis Jepun bertaraf antarabangsa dan produk sampingannya dapat ditemui diseluruh dunia.Kini, Toriyama Akira memperlahankan kerja penghasilan komik dan lebih tertumpu kepada perekaan plot dan watak permainan.

:: WATAK-WATAK ::

SON GOKOU

Son Goku Goku adalah pahlawan yang paling berkuasa dan adalah pahlawan yang pertama "Super Saiyan".Ketika pahlawan-pahlawan dari planet Saiya datang ke bumi dia mula mengetahui rahsia misteri tentangnya. Sebenarnya dia juga adalah pahlawan dari planet Saiyan, yang bernama Kakarot. Goku dihantar ke bumi ketika dia masih bayi dengan harapan supaya memusnahkan bumi.Dia membesar menjadi seorang pahlawan yang berhati mulia dan bertarung untuk keamanan.Goku suka pada keamanan, ikhlas, baik sayangkan keluarga, kawan, setia, boleh dipercayai dan sangat berani.Goku mengahwini Chi-Chi selepas menjadi juara dalam pertandingan Wushu sedunia. Mereka mendapat 2 orang anak iaitu Gohan dan Goten.

GOHAN

Gohan Anak sulung Goku, pahlawan yang unggul, baik sama seperti ayahnya. Gohan menunjukkan potensi yang hebat dalam pertarungan semasa bumi diancam musuh.Gohan mendapat latihan pertama dari Majumia (Picollo) makhluk hijau yang pernah menjadi musuh ayahnya. Mereka berdua agak rapat sehingga pakaian mereka juga sama. Dalam episod kini, Gohan adalah remaja berusia17 tahun yang tinggal disebuah pendalaman bersama ibu dan adiknya.Dia bersekolah di sebuah sekolah di bandar SATAN.

VEGETA

Vegeta Putera raja di Planet Saiya.Datang ke bumi untuk memusnahkan kehidupan di bumi. Walaupun,saiz fizikalnya lebih kecil daripada Goku, tetapi dia boleh meningkatkan kuasanya ke tahap yang tidak dapat dibayangkan. Dia bertarung dengan Goku untuk menandingi tahap yang telah dicapai oleh Goku dan seterusnya menjadi "Pahlawan Super Saiya".Vegeta mahukan Dragon Ball untuk menjadi kuat dan hidup selama-lamanya. Dia berazam untuk menghapuskan Frieza. Selepas pertarungan di Nameck, dia bertarung di pihak baik dan menjadi bapa kepada Trunks.

TRUNKS

Trunks Anak lelaki sulung kepada pasangan Bulma dan Vegeta. Seorang yang keras kepala dan genius.Kemunculan pertamanya dalam Dragon Ballz adalah ketika dia masih remaja. Dia datang dari dunia masa hadapan untuk memberitahu bahawa bumi akan dimusnahkan oleh sekumpulan musuh yang sangat hebat.Dia juga menceritakan bahawa Goku akan mati akibat sakit jantung dan bumi berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Oleh itu, untuk mengelakkan keadaan itu berlaku, dia membawa ubat untu Goku. Bumi dapat diselamatkan dan Trunks kembali ke dunianya. Dalam episod sekarang, Trunks masih lagi seorang budak kecil.