ANIME : HUNTER X HUNTER : CARDCAPTOR SAKURA : DRAGON BALL : SHIN CHAN :

DORAEMON

:: PENGENALAN ::

Doraemon adalah robot kucing pada kurun ke-22. Tingginya adalah 129.3cm dan beratnya ialah 129.3kg.Terdapat poket diperutnya. Makanan kegemarannya adalah kuih Dorayaki. Dia mempunyai adik perempuan iaitu Dorami. Dia datang ke rumah Nobi Nobita melaui mesin masa pada kurun ke-22 dan tinggal bersama dengan keluarga Nobi.Nobita adalah anak tunggal keluarga tersebut. Doraemon menjadi kawannya. Setiap hari Nobita dibuli oleh Giant dan Suneo. Pada masa yang sama, Doraemon membawa keluar barang dari poketnya itu dan diberikan keoada Nobita untuk mengenakan mereka. Jadi, Nobita selalu mengharapkan pertolongan dari Doraemon.

Tidak Semua peralatannya untuk membuli dan mengenakan orang tetapi terdapat berbagai-bagai peralatan di dalam poketnya. Contohnya seperti 'Take-copter' merupakan peralatan yang digunakan untuk terbang di udara. Ianya hanya diletakkan di atas kepala sahaja.'Docodemo-door' pula adalah pintu yang akan membolehkan manusia pergi ke mana sahaja.

Doraemon adalah robot kucing tetapi dia tidak mempunyai telinga kerana dimakan oleh tikus. Oleh sebab itu, dia takut pada tikus.


:: BIODATA PELUKIS ::

Fujiko Fujio adalah nama pena bagi dua orang pelukis iaitu:

  • Hiroshi Fujimoto/Mr Fujimoto - Lahir di Takaoka, Toyama pada 1 December 1933.
  • Mooto Abiko/Mr Abiko - Lahir di Hyomi, Toyama pada 10 March 1934.
Mereka melukis komik seperti satu kumpulan. Hasil karya merela popular dikalangan kanak-kanak. Mereka mula melukis selepas mereka berdua bertemu ketika di sekolah rendah.Mereka berterusan berbuat demikian sehingga di sekolah menengah.

Mereka menyumbang artikel di bawah nama Fujiko Fujio dan pada tahun 1952, mereka membuat kemunculan komik sulung "Tenshi-Rio Tamachan".Pada 1954 mereka pergi ke Tokyo dan 2 tahun kemudian mereka menguruskan sebuah majalah komik "The Shin Manga-to" dengan kerjasama beberapa orang kartunis lain seperti Akatsuka dan Syotara ishimari. Tahun 1963, mereka menubuhkan syarikat animasi iaitu "The Studio Zero". Tahun kemudiannya, mereka telah berjaya dengan satu siri komik blockbuster "Obake-no Qtaro ", yang mana pernah muncul di dalam majalah "Shonen Sunday".

Selepas itu, mereka dengan konsisten menulis karya yang bermotif tentang kehidupan seharian kanak-kanak dan menjadi terkenal diseluruh dunia. Mereka juga telah memenangi banyak hadiah. Antara komik yang paling terkenal hasil kerja mereka adalah"NinjyaHattori-kun","Paa-man","Kaibutsu-kun","Umeboshi-denka","Mataro-ga-kuru",dan "Doraemon" terjual sehampir 7,500,000 naskah.

Pada penghujung 1987, Fujiko Fujio berpecah dan mencari haluan sendiri. Mr Abiko menggunakan nama Fujiko Fujio (A) dan Mr Fujimoto sebagai Fujiko Fujio (F) (kemudian Fujiko f Fujio).Fujiko Fujio (A) meninggal dunia pada 1988 dan Fujiko F Fujio pada September 1996.

:: WATAK-WATAK ::

TRIVIA DORAEMON

doraemonTarikh Lahir : 03 September 2112
Paling Suka : Dorayaki (pau kacang), kucing betina.
Paling Takut : Sejuk dan tikus.
Kelebihan : Baik hati, peramah dan berperikemanusiaan.
Fakta2 : Pemiliknya ialah anak cicit Nobita. Dikategorikan sebagai robot kelas kedua kerana kehilangan 1 skru.

NOBI NOBITA

nobitaTarikh Lahir :07 Ogos 1964
Bintang : Leo Kelebihan : Baik hati, handal dalam permainan tembak dan lompat tali.
Kelemahan : Malas, lemah, suka berlagak dan suka bergantung kepada orang lain.
Hobi : Membaca komik dan tidur (Rekod paling cepat masuk tidur ialah 0.93 saat).
Paling takut : Giant, ibu, guru dan labah-labah.
Impian : Menjadi seorang pegawai tinggi dalam bidangn pemeliharaan alam semulajadi.
Fakta2 : Selalu gagal dalam peperiksaan, suka korek hidung di khalayak ramai dan tidak pernah tekun mengulangkaji pelajaran.

SHIZUKA MINAMOTO

Shizuka

Tarikh Lahir :02 Mei 1964
Bintang : Taurus Kelebihan : Peramah, baik hati, mempunyai belas kasihan, pandai, berbudi bahasa, rajin dan cantik.
Hobi : Mandi
Paling benci : Nobita mengintainya semasa mandi, bermain piano dan biola.
Impian : Menjadi seorang guru tadika atau pramugari.
Fakta2 : Suami masa depan ialah Nobi Nobita, berkahwin pada 25 Oktober dan ingin memiliki sebuah gelanggang tenis.

TAKESHI GIANT

giantTarikh Lahir :015 Jun 1964
Bintang : Gemini Kelebihan : sangat berani dan kuat.
Kelemahan :sikapnya yang panas baran, kasar dan suka membuli
Hobi : Main besbol, baca komik dan menyanyi.
Paling takut : Ibunya.
Impian : Menjadi seorang penyanyi terkenal (Nyanyiannya teruk!Selalu buka konsert sendiri dan menjemput kawan-kawannya tengok konsert tersebut.
Fakta2 : Akan menjemput kawan-kawan ke rumah setiap kali harijadinya untuk menikmati masakannya yang tidak sedap tapi setiap orang mesti bawa hadiah!!Walaupun sikapnya teruk tapi Giant ni sanggup membahayakan nyawa sendiri untuk tolong kawan-kawan.

SHENEO

suneoTarikh Lahir :29 Februari 1964
Bintang : Pisces Kelebihan : Sangat kaya dan mempunyai pengetahuan yanng luas dalam koleksi model-model robot.
Kelemahan : Suka berlagak, mengampu (terutama di hadapan Giant) sombongdan bercakap besar.
Hobi : Mengumpul koleksi model-model aksi robot dan komik, berbohong dan suka membuli (target utama - Nobita)
Paling takut : Giant dan ibunya.
Impian : Menjadi seorang presiden di syarikat besar atau pereka.
Fakta2 : Selalu kencing malam dan ada seorang adik lelaki, Sunetsugu yang tinggal di new York.