Main Page | KPT Website | Kerajaan Terengganu| Forum |GuestBook

BILANGAN 33 TAHUN 08 APRIL  / MEI  2002

 

ALTERNATIF SALURAN MINDA ISLAM

 

Laman SUTRA

  CITRA SUTRA

BALIK TABIR SUTRA

 FATWA BULAN INI

  SURAT PEMBACA

  KESIHATAN

  PSIKOLOGI

DAPUR SUTRA

PEJAM-PEJAM CELIK

JUMPA LAGI

 

Info Link


Bicara Hikmah:  
"Orang yang takut mendekati cinta (kasih sayang) ialah mereka yang takut dengan kehidupan dan mereka yang takut kepada kehidupan  pula seolah-olah menghadapi tiga macam kematian."

INFO&NEWS

Harakah OnLine

Tamadun

Muslimah OnLine

Alumni.net

Hizbi OnLine

AL-Azhar OnLine

AL-islam Online

PanduanGuru.Net

Download.com

Syukur.com

Nasyid.com

Soal Jawab Agama

INTERNET EXPLORER

JAVA SKRIPT (I)

JAVA SKRIPT(II)

MICROSOFT.COM

Internet Super Search
  

Bravenet Web Services

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

This site powered by

 
 
  
JASAMU DIKENANG
Editorial SUTRA 2000/2001

Assalamualaikum wrt. brt

     Anjakan demi anjakan paradigma yang berlaku mutakhir ini, sedikit-sebanyak membias rasa ke dalam diri setiap insani agar tidak turut ketinggalan dalam mengejari, mendominasi jua menakluki setiap maklumat dan informasi, apatahlagi dengan situasi kini, dunia hanya dihujung jari.

     Justeru, dalam satu tuntutan memenuhi aspirasi masyarakat mahasiswa/wi di Bumi Perlembahan Nil ini, SUTRA tampil, cuba menyampaikan sebuah alternatif, berfungsi sebagai medium menyalurkan segala maklumat dan informasi seantero dunia sekaligus mencakupi segenap aspek dalam usaha mengasah minda pembaca ke arah yang lebih berdaya kreatif, dinamik dan Islamik, sesuai dengan tema yang dibawa; “Alternatif Saluran Minda Islam”.

     Kehadiran SUTRA diharapkan bukanlah sekadar menambahkan lagi kuantiti suara kampus-suara kampus yang wujud di Bumi Mesir ini semata-mata, bahkan berperanan mevariasikan lagi keilmuan dan ketrampilan mahasiswa yang amat dahagakan wasilah dakwah dan informasi yang berkonsepkan penulisan.

     Di kesempatan ini juga, ana ingin merakamkan sekalung penghargaan buat semua tenaga penggerak di sebalik tabir SUTRA yang selama ini tanpa jemu, bertungkus-lumus membantu memberikan kontribulasi dan responsif yang terbaik demi SUTRA. Tidak lupa kepada para pembaca yang turut serta sama menyumbang ke arah kemantapan SUTRA. Tanpa anda, siapalah SUTRA. Infiniti terima kasih ana tujukan khas  buat inspirasi ana yang sentiasa memberi dorongan, sokongan serta tunjuk ajar selama ini dan selamanya. Kemaafan ana pohonkan di atas semua salah dan silap selama ana diamanahkan memegang jawatan sebagai ketua Biro ini. Semoga usaha kerdil kita dalam memartabatkan lagi Islam menerusi mata pena ini akan diterima sebagai amalan yang soleh di sisiNya. Sekian. Wassalam.

Salam Juang Tanpa Noktah,

Mohd Zaini Afindi bin Haji Senik
Ketua Biro Informasi Dan Penerbitan.
Perekabentuk Dan Grafik SUTRA
Sesi 2000/2001.

 

Kembali Ke JASAMU DIKENANG

 

 


 

 

Get a Free E-mail AddressGet ZZN