Main Page | KPT Website | Kerajaan Terengganu| Forum |GuestBook

BILANGAN 33 TAHUN 08 APRIL  / MEI  2002

 

ALTERNATIF SALURAN MINDA ISLAM

 

Laman SUTRA

CITRA SUTRA

  BALIK TABIR SUTRA

 FATWA BULAN INI

  SURAT PEMBACA

  KESIHATAN

  PSIKOLOGI

DAPUR SUTRA

PEJAM-PEJAM CELIK 

SENYUM SUTRA

LUGHATUL QURAN

JUMPA LAGI

Info Link


Bicara Hikmah:  
"Orang yang takut mendekati cinta (kasih sayang) ialah mereka yang takut dengan kehidupan dan mereka yang takut kepada kehidupan  pula seolah-olah menghadapi tiga macam kematian."

INFO&NEWS

Harakah OnLine

Tamadun

Muslimah OnLine

Alumni.net

Hizbi OnLine

AL-Azhar OnLine

AL-islam Online

PanduanGuru.Net

Download.com

Syukur.com

Nasyid.com

Soal Jawab Agama

INTERNET EXPLORER

JAVA SKRIPT (I)

JAVA SKRIPT(II)

MICROSOFT.COM

Internet Super Search

  

Bravenet Web Services

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

This site powered by

 

KHIDMAT PSIKOLOGI

MINDA

Oleh Ustazah Dayang Siti Noraini Binti Awang Damit
B.A Hons Usuluddin (Hadis dan Ulum)
Bekas Exco HEWI PMRAM 1988-1991
Berasal dari Sabah

     

 

 

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Seseorang itu tidak mendapat sesuatu yang lebih dari keistimewaan akal, kerana akal itu membimbing tuannya kepada hidayah dan mengelakkannya daripada perkara buruk.

Manusia dilahirkan dengan kehebatan tersendiri yang telah dibekalkan oleh Allah SWT. Tetapi anugerah ini telah dilindungi dan disaluti oleh keterbiasaan, sikap, nilai-nilai dan kepercayaan yang negatif. Program dan skrip hidup yang terbentuk dalam minda individu inilah yang menghalang penyerlahan dan penjanaan kecemerlangan diri. HAKIKATNYA kecemerlangan boleh diserlahkan dengan merangsang kehebatan minda yang dikurniakan oleh Allah SWT. Pujangga Arab mengatakan: “Orang yang berjiwa besar ialah orang yang bercakap tentang pelbagai idea.

Orang yang biasa-biasa ialah orang yang mengulas tentang pelbagai peristiwa.Orang yang berjiwa kecil ialah orang yang memperkatakan tentang orang lain. Orang yang berotak kecil ialah orang yang memperkatakan diri mereka sendiri”

UNDANG-UNDANG MINDA

Pakar psikologi berpendapat: Minda kita hanya dapat berfungsi dengan lebih berkesan jika diguna berdasarkan beberapa peraturan atau undang-undang yang tertentu iaitu undang-undang minda seperti berikut :

1) PEMIKIRAN YANG TERBENTUK DALAM MINDA ADALAH YANG BERTENAGA

Sebenarnya apa yang kita rasakan dan fikirkan tentang diri kita , itulah kita . Apa yang kita fikirkan pada hakikatnya itulah yangakan berlaku .Orang yang demikian, orang yang cemerlang jangan memikirkan sesuatu yang boleh melemahkan diri mereka sama ada dari segi fizikal ataupun mental .

 

2) MINDA ADALAH PUSAT PENGHANTARAN DAN PENERIMAAN FIKIRAN

Kita boleh menghantar sesuatu maklumat kepada orang lain melalui pemikiran. Kita boleh berkomunikasi dengan seseorang melalui cara membayangkan wajahnya di dalam minda kita, sebagaimana yangtelah disarankan oleh Al-Imam Syahid Hasan Al-Banna ketika membaca doa rabitah untuk memudahkan penghantaran maklumat tersebutkita mestilah melakukan dengan secara jujur, ikhlas dan tanggungjawab. Sebenarnya apa yang kita fikirkan mengenai seseorang, fikiran dan tanggapan tersebut bergerak dalam bentuk gelombang minda dan jika tiada halangan atau gangguan, gelombang tersebut akan dapat berkomunikasi serta mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jalinan emosi dan pertalian darah yang rapat akan memberi kesan yang mendalam.

3) PEMIKIRAN YANG BEREMOSI MEMPUNYAI DAYA TARIKAN DAN MENARIK SEGALA PEMIKIRAN YANG SEALIRAN

Sekiranya kita membenci seseorang, maka pemikiran itu akan menarik kebencian daripada orang tersebut. Natijahnya orang yang cemerlang sentiasa berfikiran fositif terhadap orang lain agar pemikiran yang sama akan dipulangkan kepada kita. Oleh itu, elakkan dari membenci seseorang, apa yang perlu dibenci adalah perangainya, bukan orangnya.

4) KITA BOLEH MENGAWAL MINDA KITA

Kita berupaya untuk melayan atau menolak sebarang pemikiran yang terbentuk dalam minda kita. Misalnya, kita boleh mengawal pemikiran samada kita ingin marah atau simpati dengan sesuatu keadaan. Jikalau kita keterlaluan semasa memarahi seseorang sehingga tidak dapat mengawal diri, pada hakikatnya kita telah menurunkan nilai diri kita ke tahap kanak-kanak .

5) KITA BOLEH MENYELITKAN SEBARANG PEMIKIRAN DALAM MINDA KITA

Kita boleh menyayangi dan membenci seseorang secara serentak. Kita juga berkemampuan untuk memikirkan pelbagai perkara yang tidak berkaitan dalam satu masa. selain dari pemikiran yang fositif, seseorangjuga seharusnya mempunyai pemikiran yang menarik. Ini akan menjadikan mereka sebagai manusia yang unik serta dapat memberikan keceriaan dalam hidup ini.

6) APA YANG DIFIKIRKAN DALAM MINDA MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG INTIM DENGAN ALAM PERSEKITARAN

Pada hakikatnya apa yang berlaku pada diri kita adalah merupakan natijah kepada apa yang kita minta dengan izin Allah s.w.t. Apa yang terbentuk dalam minda mempunyai hubungan dengan apa yang berlaku secara realiti. bayangkan apa yang kita inginkan dan sekaligus padamkan perkara-perkara yang kita tidak mahu dalam hidup ini.

7) KEKUATAN MINDA DATANGNYA DARI DOA DAN SOLAT

Orang yang sentiasa berdoa dan menunaikan solat akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui ketenangan fikiran, kegigihan semangat, keyakinan dan pemikiran yang lebih terfokus. Apabila kita tenang maka mudahlah untuk memberi perhatian dan tumpuan pada setiap perkara yang kita lakukan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya . Surah Al-Mukminun ayat 1-2 .

8) SANTAPAN MINDA MEMPENGARUHI KESIHATAN FIZIKAL

Pemikiran yang bersih dan sangkaan yang baik terhadap orang lain merupakan pra syarat kepada kesihatan fizikal yang menyeluruh . Pemikiran yang positif akan menggerakkan fizikal secara positif. Berfikir mengenai sihat menyebabkan kita bertambah sihat dan begitulah sebaliknya .

9) SANTAPAN FIZIKAL MEMPENGARUHI KESIHATAN MINDA

Kesihatan minda juga bergantung kepada bahan-bahan yang kita makan. Terdapat bahan-bahan yang dapat merangsang kehebatan dan ada pula yang membantutkan kecemerlangannya. Makanan yang berzat, halal, bersih dan seimbang akan membantu dalam pembentukkan minda yang sihat. Berasaskan kepada undang-undang minda ini, individu boleh menyerlahkan diri dengan memberikan label yang positif dan optimis yang boleh mempengaruhi perlakuan dan prestasi individu dengan membatasi potensi yang telah terbentuk dalam diri untuk membangunkan diri ke arah kecemerlangan.

MINDA YANG BERNILAI TINGGI

Antara faktor kecemerlangan hidup manusia ialah cepat dan pantas berfikir. Untuk memastikan penjanaan minda dapat melahirkan idea yang bernas , beberapa proses hendaklah dilalui mengikut peringkat dan teknik-teknik berikut :

1) MENGUMPULKAN FAKTA-FAKTA

Dalam melahirkan idea atau ilham yang bernas , kemampuan berfikir untuk mengaitkan idea di antara satu fakta dengan fakta yang lain adalah cara paling berkesanuntuk melahirkan idea .Cara mengasas otak berfikir ke arah itu dapat dilakukan dengan membuat kajian di dalam bidang sosial sains atau melalui pembacaaan beberapa buah buku yang berkaitan .

2) BERFIKIR HINGGA KE TITIK HATI

Prinsip atau cara yang paling berkesan melahirkan idea ialah dengan cara bertenang dan merehatkan fikiran. Bagaimanapun jangan terlalu mudah mengalah kerana daya pemikiran kita juga mempunyai tenaga kedua di dalam proses mengeluarkan idea. Teruskan berfikir hingga sampai ke titik di mana kita jadi buntu, fikiran jadi berkecamuk dan persoalan yang hendak difikirkan hilang begitu sahaja. Jika anda telah benar-benar berfikir sebelumnya, bahagian kedua di dalam seluruh proses mencari idea telah selesai dankini anda perlu bersedia di dalam proses ketiga .

3) MELEPASKAN PERSOALAN PEMIKIRAN TIDAK SEDAR ( BEREHAT )

Bagi proses ini, anda tidak perlu lagi mengingatkan segala persoalan yang difikirkan sebelumnya. Bagaimanapun, ini juga sama pentingnya dengan proses yang pertama dan kedua tadi. Apa yang perlu anda lakukan ialah memindahkan persoalan tadi dari pemikiran sedar kepada tidak sedar. Biarkan ia bertugas dalam tidur atau lakukan perkar-perkara yang ringan, merehatkan serta berfaedah sepereti berzikir, munajat, mendengar alunan-alunan Islamik atau membaca dan sebagainya.

Hakikatnya, di dalam peringkat pertama melahirkan idea anda telah mengumpulkan bahan kemudian mengunyahnya dan peringkat ketika membiarkan bahan-bahan tersebut dihadamkan oleh pemikiran yang tidak sedar itu.

4) KELAHIRAN IDEA

Jika anda telah melalui dan melakukan ketiga-tiga proses tadi, secara tiba-tiba dan tanpa disedari idea yangdicari akan datang dan ia menjelam di saat yang tidak diduga.

5) MENGHASILKAN IDEA MENJADI KENYATAAN

Satu peringkat yang perlu dilalui unutk menyelesaikan keseluruhan proses ialah cara mana idea tersebut dapat digunakan dan menjadi kenyataan. Ia memerlukan ketenangan. Anda akan dapati idea yang bernas dan baik secara langsungnya mempunyai pertalian untuk berkembang. Dengan secara tidak langsung, beberapa perkara yang tidak terlintas atau terlupa akan timbul serentak dengan lahirnya idea tadi.

Bersambung…….

 

Artikel penuh di dalam SUTRA keluaran terbaru di pasaran...

 

 

 

 

 

 


 

 

Get a Free E-mail AddressGet ZZN