Pejam-pejam
Celik
Bersama Anak
Alamanda
KULIAH
Pejam-celik, pejam-celik,
kuliah dah bukak doh. ALA rasa... baru ajer cuti. Tak sempat nak
gi jalang sana sini. Tak apalah, tak ada peluang, yang penting
kuliah doh bukak dah, bila ALA fikir pasal kuliah ni, rasanya
malas sikit, maklumlah kuliah ALA jauh sikit, lagi pun bas 65 dah
tak gi dah Hussin. Tambahan pulok musim panas dah nak mula doh.
Tahu-tahu ajelah… tapi mabruklah ALA ucapkang kat sahabat-
sahabat ALA yang mula dah gi kuliah tu. ALA harap gi sokmolah.
Jangan pulak jadi macang sesetengah sahabat ALA, gi kuliah eempat
kali setahun ajer. Masa mula-mula bukak kuliah sekali, pastu masa
nak tutup sekali. Maklumlah, gi mula-mula tu, buat urusan kernih,
ambil jadual dan beli kitab. Pastu gi masa nak tutup tu
semata-mata nak ambil muqorro.he..he..he.. Bukan ALA mengumpat
ni..Sajer nak nasihat ...terutama diri ALA lah. Kasihan kat mok
ayah kat Malaysia tu, dia ingat anak dia gi Mesir, ngajilah!!!
tapi sebaliknya . Nauzubillahlah.
ALA: ALA….. doakan
agar kita dijadikan dikalangan hamba-hambanya yang berilmu dan
beramal soleh, InsyaAllah.
NGAJI
Bak kata pepatah Arab
“Sedikit yang berterusang lebih baik dari banyok yang tak
berterusang”. Mengenai kelas tafaquh ni, ALA tengok, banyak
sungguh masa cuti ni, dikata kang semua BKAN anjur, begitu jugak
dengang DPM. Tu...tak termaksuk lagi kat ssejid Azhar dan
tempat-tempat lain. Ooo…kalu lah dapat ikut semuanya, Alim
Kabirlah kita. Ni.. yang buat ALA naik semangat ni. Tahniahlah ALA
ucapkan kat sahabat-sahabat ALA yang gi sokmo tu, ALA doakan
kejayaan untuk sahabat-sahabat sekalian. ALA harap, ajarlah ALA ni
jugok. Maklumlah, ALA ni tak larat nak ikut semua. Mmm.. Satu jer
ALA nak kha Ada sesetengah tempat tu, ALA tengokkan, masa mula mula
tu, bukan main ramai orangnya, tak ada tempat ALA nak duduk.
Terpaksa ALA duduk kat luar. Suka jugak tengok sahabat-sahabat ALA
semangat ngaji. Tapikan yang buat ALA sedihnya, selang beberapa
minggu, orang semakin lama semakin sikit..entah lah kenapa . ALA tak
tahu….ni yang buat ALA teringat satu perpatah orang tua
”hangat-hangat tahik ayam” hehehe.
ALA: ….hangat-hangat
tahik minyak…tak apa, tahik minyak boleh makan.
1423
Mmm…sekejap jer masa
berlalu ….siang- malam, siang malam, gelap-cerah, gelap-cerah
rupa-rupanya dah masuk tahun hijrah baru dah. Mmm….Bermakna 1422
telah gi dah dan 1423 mari doh dan bermakna jugak dunia ni semakin
tua doh, hanya tunggu masa jer. Yang tua dah pergi , yang muda dah
tua .ALA pun sama, dah semakin tua doh, tapi …satu jer tak dok
lagi..heehhe…maklumlah muka tak lawo…tak apalah. Tu tak penting.
Kalu ada rezki, adalah tu… Cuma yang penting sekali bekalan untuk
menemui tuhan. Entahlah….dosa buat sokmo, amalan soleh kurang.
Bila bertambah tahun, maka bertambah lah usia kita. Jadi, dunia kata
pergi, kubur kata mari. Gitulah adat dunia. Sama sama lah pakat
fikir…. Setakat mana doh persiapan kita nak temu denganyass.
ALA: takutnya…..amalan
tak dok ni. Mudah-mudahan kita
sentiasa beringat.
BUKU
NOSTALGIA
Tak larat rasanya ALA nak jawab...pasal
ramai sangat sahabat ALA tanya pasal ni, Terima kasihlah pasal perihatin...sekarang
ni, ALA dan kerabat-kerabat ALA sedang berusaha untuk menyiapkan...InsyaAllah..kami
akan cuba menyiapkannya secepat yang mungkin, doakan lah ya…
ALA: harap, bila siap nanti,
belilah!! Jangan tak beli pulak. Lengoh-lengoh kerabat ALA buat.
|