KESIHATAN
Angin Ahmar
Serangnya Sukar Di Ramal
Disusun Oleh Alief Bin Abdul Rahman
Pengarah Perunding SUTRA
Angin
Ahmar atau
juga dikenali
sebagai Stroke
merupakan masalah
kesihatan yang
diakibatkan oleh
salur darah
otak yang
tersumbat atau
pecah seterusnya
menyebabkan pendarahan.
Keadaan ini
seterusnya akan
menyebabkan kematian
sel-sel
otak dan
menyebabkan fungsi
otak terjejas,
seperti fungsi
otak berkaitan
dengan percakapan,
penglihatan dan
pergerakan seseorang.
Mangsa Angin
Ahmar akan
mengalami lumpuh
dan lemah
anggota badan
sama ada
sebelah badan
atau keseluruhannya.
Ramai yang
mengetahui kewujudan
penyakit ini
tetapi tidak
ramai yang
mengetahui sejauhmana
ia boleh
menyerang dan
kekerapan serangannya
terhadap mangsa.
KAJIAN
Sepuluh peratus
(10 %) dari
kematian di
negara-negara
maju adalah
disebabkan oleh
Angin Ahmar
. Insiden Angin
Ahmar pada
1997 di
negara Malaysia
adalah 68.38
per 100
00 populasi
dan ianya
tertinggi di
kalangan penduduk
berbangsa Cina
dan diikuti
dengan bangsa
Melayu dan
India.
Kejadian Angin
Ahmar sering
dikaitkan dengan
mereka yang
berpendapatan rendah
(Kelas V)
dan risiko
untuk mendapatnya
meningkat dengan
peningkatan umur.
Lelaki dan
perempuan mempunyai
risiko yang
sama untuk
mendapatnya.
FAKTOR –FAKTOR
PENYEBAB
Faktor umum
penyebab Angin
Ahmar ialah
apabila pembuluh
darah diserang
penyakit yang
mengganggu pengaliran
darah ke
otak. Seterusnya
bahagian tersebut
akan terjejas
dan berhenti
berfungsi. Diantara
faktor penyebab:
1. Individu
yang menghidap
Hipertensi (penyakit
darah tinggi)
2. Individu
yang mengalami
masalah jantung
3. Paras
kolesterol darah
yang tinggi
4. Merokok
5. Kurang
aktiviti fizikal/Kurang
bersenam
6. Berat
badan yang
berlebihan / Kegemukan
yang melampau.
7. Mereka
yang berpenyakit
Cerebral Haemorrhages
iaitu salur
darah pecah
8. Mereka
yang mengidap
penyakit Diabetis
TANDA -TANDA
Majoriti dari
pesakit tidak
mempunyai sebarang
gejala-gejala
Angin Ahmar.
Selalunya tanda-tanda
nya dapat
dikesan semasa
pemeriksaan rutin.
Bagaimanapun tanda-tanda
dan gejala-gejala
yang boleh
dialami adalah:
1. Pening
kepala (kepala/keadaan
sekitar seperti
berpusing )
2. Pitam
atau pengsan
3. Anggota
badan iaitu
tangan dan
kaki merasa
kebas atau
lemah atau
kedua-duanya
sekali
4 . Pandangan
mata yang
beransur kabur
5. Hilangnya
keupayaan bercakap
dan apaabila
bertutur sukar
difahami.
RAWATAN
Rawatan untuk
Angin Ahmar
adalah bergantung
kepada penyebab
Angin Ahmar
itu sendiri.
Masalah saraf
dan kelumpuhan
akibat pendarahan
atau kerosakan
sel di
otak biasanya
sukar dipulihkan
kecuali pada
kes yang
tidak begitu
teruk. Di
peringkat awal
selepas berlaku
Angin Ahmar,
rawatan sokongan
serta ubat
tertentu diperlukan
untuk mengelakkan
kerosakan otak
yang lebih
meluas/teruk.
Rawatan sokongan
yang diberikan
bergantung kepada
tahap keterukan
Angin Ahmar,
di mana
ianya boleh
terdiri dari
bantuan pernafasan,
pemantauan status
Kardiovaskular, pemberian
cecair yang
diperlukan tubuh
(Bendalir Intravena)
serta jagaan
kejururawatan.
Di peringkat
seterusnya , rawatan
adalah lebih
tertumpu kepada
terapi Rehabilitasi
iaitu bagi
mengelakkan komplikasi
akibat masalah
kelumpuhan atau
lemah anggota,
cara penggunaan
tandas, penyesuaian
tabiat pemakanan
serta sokongan
emosi. Rawatan
di peringkat
ini memerlukan
sokongan dari
setiap anggota
keluarga bagi
memastikan individu
berkenaan dapat
menikmati kualiti
hidup yang
sebaik mungkin.
Penggunaan vitamin
peransang saraf
otak mungkin
digunakan walaupun
kesan pemulihan
dengan penggunaannya
adalah tidak
begitu menggalakkan.
Disamping itu
juga, pesakit
bolehlah mengamalkan
membaca selalu
doa yang
diajar oleh
Nabi Muhammad
SAW ataupun
sekali seumur
hidup terutamanya
selepas sembahyang,
insyAllah akan
menghindarkan penyakit
yang berbahaya
ini. Setengah
ulama menulis
doa tersebut
dengan dakwat
pada mangkuk
atau pinggan
putih, kemudian
dibasuh dengan
air lalu
sebahagiannya diminum
dan sebahagiannya
disapukan pada
anggota yang
terkena penyakit
tersebut.
SEJARAH DOA
ANGIN AHMAR
Penyakit Angin
Ahmar ini
mempunyai sejarahnya
yang tersendiri,
telah ada
semenjak zaman
Nabi Sulaiman.
Semasa baginda
menerima mengadap
segala rakyatnya
termasuklan segala
jin, manusia
dan binatang,
tiba-tiba
baginda merasa
ujub dan
bangga diri.
Dalam hatinya
baginda berkata:
“Siapakah makhluk
Allah yang
tidak mahu
tunduk kepadaku”.
Seketika itu
juga menjelma
satu makhluk
seperti lembaga
manusia yang
besar, gagah
dan hebat
serta garang.
Nabi Sulaiman
terkejut dan
menggeletar lalu
bertanya kepada
lembaga itu
siapakah dia,
dan mengapa
dia datang.
Lembaga itu
memberitahu bahawa
dia bernama
Ar-Raihul
Ahmar ( Angin
Ahmar ) iaitu
penyakit yang
amat berbahaya
dari lain-lain
penyakit. Ia
diberi kuasa
untuk mendatangkan
kesakitan kepada
anak cucu
Adam, termasuk
boleh meresap
masuk ke
dalam urat
saraf dan
juga otak
seseorang hingga
hilang akal.
Angin Ahmar
itu masih
ada hingga
zaman Nabi
Muhammad SAW
dan zaman
kita sekarang.
Pada zaman
Nabi Muhammmad
SAW, cucu
baginda Saiyidina
Hassan bin
Ali pernah
terkena penyakit
rongga dan
keluar darah.
Ketika itu
turun Malaikat
Jibril dan
memberitahu baginda
bahawa cucunya
terkena penyakit
Angin Ahmar,
lalu baginda
bertanya adakah
ubat penawarnya.
Jibril menjawab
ada lalu
dia ghaib.
Sebentar kemudian
Jibril kembali
dan memberitahu
Rasulullah bahawa
Allah telah
mengurniakan doa
mustajab bagi
sesiapa yang
membacanya walaupun
sekali seumur
hidupnya. Baginda
pun membaca
doa ini,lalu
dengan sebentar
itu juga
sembuhlah Saiyidina
Hassan, boleh
berdiri dan
sihat walafiat.
Lalu Baginda
menganjurkan kepada
para sahabat
agar mengajarkan
doa ini
kepada umat
Islam sekalian.
Artikel penuh SUTRA 33 dipasaran.
|