“Ilmu
adalah harta bagi si miskin, penghormatan bagi si kaya,
bekalan bagi yang muda dan keselesaan bagi si tua.”
Awal bicara syukur
kepada Ilahi dalam keterbatasan ruangan dapat ana
mencoretkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua.
Terima kasih atas bantuan yang telah diberikan kepada diri
yang serba dhoif ini. Semoga segala ilmu yang kurniaan
Ilahi ini dapat sama-sama kita aplikasikannya dijalankan
di jalan yang sebaiknya kerana Allah. Harapan ana semoga
segala gerak kerja yang lalu dan bakal kita laksanakan
mendapat keredhaan dan keberkatan daripadaNya.