Main Page|KPT Website | Kerajaan Terengganu| Forum |GuestBook

BILANGAN 33 TAHUN 08      APRIL  / MEI  2002

 

ALTERNATIF SALURAN MINDA ISLAM

 

Laman SUTRA

CITRA SUTRA

  BALIK TABIR SUTRA

 FATWA BULAN INI

  SURAT PEMBACA

  KESIHATAN

  PSIKOLOGI

DAPUR SUTRA

  PEJAM-PEJAM CELIK

SENYUM SUTRA

LUGHATUL QURAN

JUMPA LAGI 


Info Link


 Bicara Hikmah:  "Dunia dan akhirat itu ibarat dua wanita yang di madu. Apabila engkau senang (pada) salah satu (antara) keduanya, maka akan marahlah yang lain."

INFO&NEWS

Harakah OnLine

Tamadun

Muslimah OnLine

Alumni.net

Hizbi OnLine

AL-Azhar OnLine

AL-islam Online

PanduanGuru.Net

Download.com

Syukur.com

Nasyid.com

Soal Jawab Agama

INTERNET EXPLORER

JAVA SKRIPT (I)

JAVA SKRIPT(II)

MICROSOFT.COM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

This site powered by

 

AGENDA HAWA

Muslimah Dan Perjuangan 
Zarah Itu!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Oleh Asmawati binti Mohd
Penolong Ketua Editor SUTRA

     Kenangan sambutan Perayaan Ulangtahun 70 Tahun PMRAM, diimbau kembali. Dengan pelbagai nostalgia yang mengamit perasaan kita semua selaku penyokong dan pendokong kepada perjuangan persatuan yang sama-sama kita sayangi ini. Kita sedia maklum bahawa IHSAS, merupakan sambutan ulangtahun PMRAM yang julung-julung diadakan semenjak ia dinobatkan. Kita juga mengetahui akan pelbagai mehnah dan tribulasi yang merentangi kesatuan ini. Penulis menganggapkan segala ujian tersebut sabagai tanbih untuk kita semua agar sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua yang mendatang. Adab menusia apabila dilimpahi rahmat mereka mudah lupa akan tangungjawab yang terpundak.

Nostalgia ini kemungkinan besar tidak mungkin dilupakan oleh segenap pendokongnya. Lebih-lebih lagi setiap daripada ahli jawatankuasa ad-hoc mahupun kecilnya yang bertungkus lumus selama 3 bulan sebelum berlangsungnya Ihtifal Sabie’n Sanah (IHSAS) itu. Dengan pelbagai persiapan yang telah dilaksanakan bagi memastikan setiap apa yang dirancangkan adalah selari dengan perancangan daripada Allah Taala. Yang mana kita selaku hambaNya maa’ruf akan ungkapan kata itu.

Apa yang menarik minat penulis untuk mengcungkil kembali kenangan indah IHSAS yang berlangsung selama seminggu iaitu 11 April sehingga 16 April ini ialah lebih berpusat kepada Konvensyen KARISMA 2001. Yang mana ia menjadi salah satu agenda terpenting dalam tentatif program berjalannya IHSAS. KARISMA merupakan gabungan antara pelajar dari muhafazah Kaherah, Muhafazah Mansurah serta Muhafazah Iskandariah. Di samping itu juga kita di datangi oleh para tetamu dari golongan profesioanal dan pelajar yang datang dari pelbagai negara-negara timur tengah iaitu, Jordan dan Yaman Thailand, Singapura, Indonesia serta Malayisa sendiri.

Pada telahan penulis, Konvensyen KARISMA 2001 yang berlangsung pada waktu dan detik itu telah menggariskan 8 resolusi yang mana sama-sama untuk kita hadamkan. Guna bagi merealisasikannya di dunia kita yang sebenarnya. Tujuan penulis mengcungkil kembali akan 8 resolusi yang telah disepakati tersebut adalah untuk memugar kembali ingatan kita semua terhadap apa yang telah kita semua bincangkan semoga ia tidak dibiarkan menjadi usang dan lapuk. Seperti kata pepatah melayu kita ialah Hanya Melukut Di tepian Gantang”. Kata perumpamaan ini cukup sinonim kepada kelapan-lapan resolusi ini seandainya kita hanya memandang sepi akan tindakan yang seterusnya. Iaitu untuk merealisasikan di lapangan yang sebenarnya. Penulis kira tujuan Konvensyen KARISMA 2001 itu diadakan bukan semata memenuhi agenda IHSAS atau menghabiskan wang ringgit penaja utama iaitu MAS dan mencuri masa para tetamu professional dan para pelajar dari Yaman, Jordan, Thailand, Singapura, Indonesia dan juga Malaysia. Malah telah termaktub akan matlamat jangka panjangnya dan juga objektif kenapa ia perlu dilaksanakan.

Penulis menganggap kedatangan semua pihak untuk sama berbincang dan mengeluarkan pandangan juga pendapat masing-masing adalah menunjukkan kepada sikap keprihatinan yang telah sama-sama ditunjukkan. Guna memastikan kedudukan atau taraf muslimat juga mempunyai peranan yang cukup besar. Selaras dengan kemuliaan wanita yang Allah letakkan di sisi Islam yang tercinta. Ini juga menzahirkan akan kepentingan muslimat juga selari dengan kepentingan yang dimainkan oleh kaum Adam.  

 Artikel penuh di dalam SUTRA bilangan 33 dipasaran. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Get a Free E-mail AddressGet ZZN