"Sesungguhnya
Allah SWT
mempunyai sebuah
kebun di
atas dunia
ini, barangsiapa
yang masuk
ke dalamnya
maka bahagialah
hidupnya. Kemudian
ditanya padanya:
“apakah kebun
itu?, lantas
dijawab bahawa
kebun itu
adalah majlis-majlis
ilmu ( mengingati
Allah )."
Berkata seorang
ulama, Ibrahim
Al-Khawas
RA: “
Sesungguhnya ubat
hati itu
ada lima
perkara, maka
ubatilah hati
kamu dengan
lima perkara
tersebut. Pertamanya,
bacalah Al-Quran
dengan menghayati
isi kandunganya.
Kedua, mengosongkan
perut dari
terlalu kenyang.
Ketiga, bangun
( beribadat ) di
waktu malam.
Keempat, menghampirkan
diri kepada
Allah ( beribadat
) disepertiga malam
dan yang
kelimanya, sentiasa
bersama-sama
di dalam
majlis orang-orang
yang soleh
”.
Al-Quran
yang diturunkan
kepada kita
melalui insan
agung SAW
merupakan mukjizat
yang tidak
ada tolak
bandingnya, bahkan
ia juga
sebagai ubat
bagi mengubati
hati yang
berpenyakit. Dengan
kita melazimi
membacanya dan
mentadabbur apa
yang terkandung
di dalamnya,
akan memperolehi
ketenangan hati
yang akan
menyebabkan hati
sentiasa tidak
lalai mengingati
Allah SWT.
Firman Allah
SWT yang
bermaksud: “ketahuilah,
dengan mengingati
Allah itu,
hati akan
tenang”.
Begitu juga
dengan mengosongkan
perut dari
terlalu kenyang
akan mengubati
segala penyakit
yang tersemat
dihati kerana
dengannya hati
akan beroleh
kerehatan dan
meringankan untuk
melakukan ibadat
kepada Allah
SWT serta
menjauhkan dari
segala penyakit
yang memudhoratkan.
Rasulullah SAW
pernah bersabda:
“Barangsiapa yang
sedikit makannya,
sihatlah perutnya
dan bersihlah
hatinya. Barangsiapa
yang banyak
makannya, maka
sakitlah perutnya
dan keraslah
hatinya”.
Sabda Rasulullah
SAW lagi:
“ janganlah
kamu matikan
hati kamu
dengan membanyakan
makan dan
minum, sesungguhnya
hati itu
seumpama tumbuh-tumbuhan,
jika banyak
disirami air
maka ia
akan mati
”.
Seterusnya, diantara
ubat bagi
mengubati hati
ialah dengan
sentiasa bagun
malam beribadat
kepada Allah
SWT kerana
dengannya akan
menjauhkan diri
kita dari
tipu daya
syaitan dan
menjauhkan dari
melakukan dosa
serta mendapat
keredhoan dari
Allah SWT.
Rasulullah SAW
sentiasa mengingati
ummatnya: “
hendaklah kamu
bangun malam
( beribadat ) walaupun
hanya mengerjakan
satu rakaat
sembahyang ”.
Oleh itu,
bagi memastikan
hati kita
dalam keadaan
sentiasa bersih
dari segala
penyakit, hendaklah
kita melazimi
dengan membanyakan
beribadat kepada
Allah disepertiga
malam kerana
waktu itulah
Allah SWT
turun ke
langit dunia
bagi melihat
siapa diantara
hambanya yang
berjaga malam,
beribadat kepadanya.
Begitu juga,
hati akan
terubat dari
segala penyakit
dengan sentiasa
bersama-sama
di dalam
majlis orang-orang
yang soleh.
Ini akan
menyebabkan sedikit
sebanyak akan
terikut dengan
tingkah laku,
perbuatan dan
percakapan mereka
yang sentiasa
mengingati Allah
SWT. Sesungguhnya
Rasulullah SAW
pernah bersabda:
“ Berkata
Luqman Al-Hakim
kepada anaknya,
wahai anakku,
sentiasalah kamu
berada dalam
majlis alim
ulama ( orang-orang
yang soleh
) dan dengarlah
kata-kata
hikmah dari
mereka. Sesungguhnya
Allah SWT
akan menghidupkan
hati yang
mati dengan
cahaya hikmah
sebagaimana Allah
menghidupkan bumi
dengan siraman
hujan yang
lebat ”.
Berkata seorang
hukama’ : “
Sesungguhnya Allah
SWT mempunyai
sebuah kebun
di atas
dunia ini,
barangsiapa yang
masuk ke
dalamnya maka
bahagialah hidupnya.
Kemudian ditanya
padanya: “apakah
kebun itu?,
lantas dijawab
bahawa kebun
itu adalah
majlis-majlis
ilmu ( mengingati
Allah ).
Begitulah di
antara penawar-penawar
yang digariskan
oleh ulama
bagi mengubati
hati-hati
kita dari
segala penyakit
yang menyebabkan
gerak geri
yang dipertontonkan
oleh kita
melencong ke
arah kemurkaan
Allah SWT.
Mudah - mudahan
kita digolongkan
dikalangan hamba-hambanya
yang sentiasa
dalam keadaan
hati bersih
dari segala
penyakit-penyakit
yang menyebabkan
kita lalai
mengingati Allah
SWT.