TOKOH
UMMU
SALAMAH Tokoh
Srikandi Islam
Disusun Asmawati Mohammad
Beliau juga
merupakan Ummu Mukminin yang banyak meriwayatkan hadis
Baginda s.a.w iaitu sebanyak 378 hadis dan sempat bersama
Rasulullah s.a.w selama tujuh tahun.
Sebelum berkahwin dengan Baginda s.a.w beliau telah pun
berkongsi hidup bersama suami tersayang iaitu Abdullah Bin
Abu Asad al-Makhzumi. Beliau juga telah dikurniakan dua
cahayamata, hasil dari perkongsian hidup mereka berdua
iaitu Salamah dan Zainab. Sewaktu beliau dan suami ingin
berhijrah ke madinah mereka telah dihalang oleh keluarga.
Akibat dari itu Salamah telah di ambil oleh keluarga suami
beliau. Abdullah Bin Abu Asad telah berhijrah tanpa isteri
dan anak tersayang
".Ketabahannya
kian terserlah dalam menghadapi ujian hidup yang
merentangi mereka sekeluarga dengan kecekalan beliau yang
mana turut sama berhijrah ke Habsyah, pulang semula ke
Mekah lalu berhijrah lagi ke Madinah. Beliau juga terkenal
dengan seorang wanita mukmin yang pintar dan bijak."
Lantaran
perpisahan yang begitu menyayat hati dengan suami dan
anaknya itu, telah mengundang seribu keresahan dan
kegundahan dihati beliau. Kesedihan dan kepiluan itu
berlarutan selama setahun. Akhirnya dengan pertolongan
daripada sepupunya yang bersimpati akan apa yang telah
menimpa dirinya, sudi menjadi orang tengah untuk
mendapatkan semula hak penjagaan Salamah. Setelah berjaya
mendapatkan semula anak yang dikasihinya Salamah, Ummu
Salamah telah berjaya menjejaki suami tercinta untuk turut
sama berhijrah ke Madinah dengan menunggang unta. Di
Tan’im beliau bertemu dengan Uthman Bin Talhah ( seorang
arab yang ketika itu masih lagi kafir tetapi gagah dan
berani. Beliau akhirnya memeluk Islam pada masa perjanjian
Hudaibiyyah ). Uthman bersimpati dengan Ummu Salamah
beserta anaknya yang terpaksa merentasi padang pasir yang
gersang itu dan telah menawarkan diri untuk menemani
mereka berdua. Sehinggalah dipertemuka Allah dengan suami
beliau sesampainya mereka di Kota Madinah.
Suami
beliau Abu Salamah adalah orang pertama berhijrah ke
Madinah di kalangan sahabat Rasulullah SAW. Beliau juga
termasuk di kalangan sahabat yang aktif menyerta
peperangan bersama Rasulullah dan para sahabat yang lain.
Beliau telah syahid di medan jihad Uhud, yang mana beliau
mengalami luka parah.
Setelah habis iddah, Rasulullah s.a.w telah pun meminang
Ummu Salamah menolak pinangan tersebut dengan pelbagai
alasan antaranya dia seorang yang sangat cemburu ditakuti
tidak dapat menahan cemburu lantaran hidup bermadu. Dia
juga mempunyai anak dan banyak tanggungan serta dia
mengakui bahawa dia juga telah tua.
Alasan-alasan tersebut di balas dengan baik oleh
Rasulullah SAW seraya berkata, “ Wahai Ummu Salamah,
jika kerana engkau telah tua maka aku lebih tua daripadamu.
Jika kerana engkau bersifat cemburu maka Allah SWT akan
menghilangkan sifat tersebut daripada dirimu dan jika
engkau banyak tanggungan keluarga maka Allah SWT dan
RasulNya akan menanggung.”
WANITA IDEAL
Beliau
juga merupakan wanita ideal yang boleh diteladani oleh
wanita zaman globalisasi sebagai idola. Yang mana, beliau
dihiasi dan terserlah dengan banyak keistimewaan antaranya.
Beliau merupakan wanita pertama berhijrah ke Habsyah
bersama suami tercinta. Ummu Salamah juga, wanita pertama
berhijrah ke Kota Madinah dengan menunggang unta. Beliau
juga, tekun mendidik anak-anaknya sedangkan suaminya
berperang menegakkan Islam.
Ketabahannya kian terserlah dalam menghadapi ujian hidup
yang merentangi mereka sekeluarga dengan kecekalan beliau
yang mana turut sama berhijrah ke Habsyah, pulang semula
ke Mekah lalu berhijrah lagi ke Madinah. Beliau juga
terkenal dengan seorang wanita mukmin yang pintar dan
bijak.
KEBIJAKAN UMMU SALAMAH
Kebijakan beliau terbukti di Hudaibiyyah. Sewaktu
rombongan Rasulullah s.a.w
dalam perjalanan ke Mekah untuk mengerjakan umrah, mereka
berhenti di Hudaibiyyah. Utusan Baginda s.a.w yang di
hantar ke Mekah telah di tahan oleh tentera-tentera gajah.
Ini telah menyebabkan ahli rombongan menyangka mereka
dilarang memasuki mekah dan terpaksa pulang ke Madinah.
Semasa di Hudaibiyyah ini Rasulullah SAW memerintahkan
umat Islam supaya membuat korban binatang dan mencukur
kepala tetapi mereka enggan kerana mereka sedang
membayangkan bagaimana akan pulang ke Madinah sedangkan
mereka belum tawaf, saie dan umrah.
Ummu
Salamah telah mencadang kepada Baginda SAW sambil berkata,
“ Rasulullah adakah engkau menyukai perkara itu segera
diselesaikan? Kalau memang demikian jangan berkata sepatah
pun kepada seseorang sebelum engkau menyembelihkan
korbanmu. Kemudian engkau panggil tukang gunting
mengguntingkan rambutmu.” (Hadis Bukahri, hadis ke 1255
Bab Perjanjian Hudaibiyyah)
Setelah
mendengar dan melaksanakan cadangan Ummu Salamah tersebut.
Para muslimin telah pun berbuat demikian. Cadangan Ummu
Salamah itu, terlalu besar ertinya dalam perjuangan dakwah
di mana ia membuktikan bahawa berdakwah secara pratik atau
contoh secara langsung mampu mempengaruhi sesuatu keadaan.
Berbanding dengan kata-kata yang di keluarkan.
Di petik dari:
Majalah Anis
Artikel penuh di dalam SUTRA
terbaru di pasaran...
|