FALSAFAH SEKOLAH

| sejarah sekolah | lokasi sekolah | falsafah pend | objektif sekolah | piagam pelanggan |
| lencana sekolah | lagu sekolah | matlamat dan moto sekolah | gambar perasmian 1965 |

Bahawa pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tengku Mahkota Muar mempunyai potensi untuk menjadi manusia yang berkembang intelek, baik ahlak dan sihat jasmaninya.
Bahawa guru-guru sekolah ini yang berpegang kepada prinsip bersih, cekap dan amanah mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kewibawaan, kesanggupan berkporban, berinisiatif serta sedia memberi pendidikan sempurna, menyeluruh dan bermutu kepada para pelajar.
Bahawa sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal, teknikal dan tenaga pendidikkan serta bersedia untuk memikul tanggungjawabnya bagi melahirkan manusia yang seimbang dan berguna.
Bahawa ibubapa dan masyarakat sedia mengekalkan hubungan erat yang sedia terjalin dengan pihak sekolah dan guru demi mempertingkatkan mutu pendidikan dan pembelajaran di sekolah ini.